Bab27

364 10 0
                                    

Selepas majlis selesai, Qalif dan Qaisara menyalam Sariah dan datin Qamilia sebelum balik.

"Mama,Qalif nak bawak Sara pergi rumah yang Qalif baru beli tu.Kami pergi dulu ya?"

Datin Qamilia mengangguk dan memeluk anaknya itu.Sariah pula memeluk Qaisara.

"Jaga Sara ya Qalif."

Datin Qamilia memesan kepada Qalif untuk menjaga Qaisara.Entah ini kali ke berapa dia dengar ayat itu.Takut sangat dia dera Qaisara.

Selepas itu mereka berdua keluar dari hotel itu.Qaisara berpaut dengan tangan Qalif.Kaki mula rasa sakit kerana sibuk melayan tetamu sampai tak sempat duduk.

"Sayang sakit kaki ke?Bukak lah kasut tu."

Qaisara pandang Qalif.Dia menaikkan kening kanannya.Bibir menguntumkan senyuman pada suaminya itu.

"Eh, hilang dah aku kau?"

Qalif pula yang malu.Niat nak bagi isterinya yang malu.

"Aku saja je tadi tu. Cepat la bukak kasut kau tu. Ke nak aku dukung?"

Qaisara menyesal tegur tadi.Hati baru nak berbunga dipanggil sayang.Dia mencebikkan mulutnya. Tangan disilang ke dada.

"Eh merajuk ke.Memang nak kena dukung la ni?Okay sayang."

Qaisara terkejut bila Qalif mendukungnya.Mata laju melihat sekeliling.Nasib lah cuma ada mereka. Tiba-tiba mata terhenti pada sebuah kereta. Dia kenal kereta itu dan orang yang berada di dalam kereta itu.

"Awak,tu bukan kereta Qi ke?Kenapa dia tidur dalam tu?"

Qalif terus melihat sekeliling mencari kereta kawannya itu.Memang Rizqi juga ada di dalam. Dia mula rasa tidak sedap hati bila ingat kejadian tadi.Rizqi tiba-tiba laju lari keluar. Qalif menurunkan Qaisara dan memegang tangan Qaisara.Mereka berjalan ke arah kereta Rizqi.

"Jom pergi check. Aku tak sedap hati la."

Bila mereka sampai di hadapan kereta itu,Qalif mengetuk tingkap kereta berkali-kali.Tapi Rizqi masih tidak terbangun.Qalif cuba membuka pintu dan untunglah pintu tidak terkunci. Dia menggoncang badan Rizqi tapi lelaki itu masih tidak bangun.Mata tertumpu pada satu botol ubat. Dia mengambil ubat itu.

"Ubat apa ni?"

Qalif membelek botol ubat itu. Tiada tulisan.Qaisara pula teringat kejadian Rizqi sakit dada semasa makan dengannya.Botol ubat itu lah yang ada bersama Rizqi.

"Awak,haritu Rizqi sakit dada lepas tu ubat tu lah dia makan."

Qalif terkejut mendengar apa yang Qaisara cerita. Mungkin sekarang Rizqi sedang pengsan kerana sakit dada.Dia terus mendukung kawannya dan diletakkan di tempat duduk belakang.Qalif duduk di tempat pemandu.

"Sara, masuk."

Qaisara bergegas masuk ke dalam kereta. Mereka berdua mula cemas takut Rizqi tak dapat di selamatkan.Qalif laju membawa audi r8 itu ke hospital terdekat.Setelah sampai di hospital, Qalif turun dari kereta dan memanggil jururawat untuk mengambil Rizqi yang berada di tempat duduk belakang.Rizqi segera dibawa ke wad kecemasan. Qalif masuk ke dalam kereta semula untuk mencari parking.

Hampir sejam mereka duduk di hospital itu menunggu Rizqi keluar dari wad kecemasan.Selepas Rizqi keluar, dia di masukkan ke bilik 303 iaitu bilik yang dia duduk semasa di tikam.Qalif dan Qaisara segera masuk ke bilik Rizqi. Rizqi sedang tersandar pada katil dan memandang keluar tingkap.Tangan memegang dadanya.

"Qi! Kau sakit apa? Kenapa tak cerita dekat aku?"

Qalif laju ke arah Rizqi. Dia geram kerana Rizqi merahsiakan penyakit nya. Qaisara pula setia di sisi Qalif.

"Aku sakit jantung.Kau jangan risau lah.Pergi lah balik Lif. Hari ni kau tu pengantin. Takkan nak duduk hospital teman aku.Aku mintak maaf dah menyusahkan kau."

Rizqi rasa bersalah kerana menyusahkan Qalif.Hari ini hari bahagia kawannya itu.Tapi dia dah mengganggu hari itu.

"Kau cakap apa ni Qi.Kau tak menyusahkan aku pun.Kalau kau nak aku teman kau pun aku tak kisah."

Qalif memandang Rizqi dengan tatapan sayu.Dia syukur kawannya itu masih selamat. Entah berapa lama dia pengsan dalam kereta tadi.

"Tak apa Lif.Balik lah. Kesian Qaisara tu penat sampai kaki ayam."

Rizqi memandang kaki Qaisara yang tidak memakai kasut.Mungkin sakit kerana pakai kasut tumit tinggi itu terlalu lama.Qaisara malu dan menyorok kaki di bawah bajunya yang labuh itu.

"Kalau macam tu tak apa lah.Aku dengan Sara balik dulu."

Qalif menepuk bahu Rizqi dan memeluk kawannya itu.Dia berharap Rizqi dapat sembuh dari penyakit itu.Qalif memegang tangan Qaisara dan berjalan untuk keluar dari bilik itu. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

"Lupa bagitau. Aku pinjam kereta kau tau. Nanti ambik dekat hotel tu. Aku nak ambik motor aku."

Rizqi senyum tanda membenarkan Qalif membawa keretanya.Selepas Qalif dan Qaisara keluar, datang seorang doktor perempuan.Lama dia perhatikan doktor itu.Firasatnya mengatakan mereka pernah berjumpa. Dia cuba mengingat kembali. Dan baru lah dia sedar perempuan itu lah yang dia terlanggar semasa di Korea haritu.

"Nur Qaseh Rihanis?"

Perempuan itu terkejut. Macam mana pulak laki itu tahu nama penuhnya.Dia juga lama melihat Rizqi dan barulah dia tahu inilah laki yang terlanggar dia lepas tu pergi pujuk girlfriend.

"Awak yang langgar saya lepastu pergi pujuk girlfriend tu kan?"

Mereka berdua tergelak.Tak sangka mereka berjumpa kembali.

QALIFWhere stories live. Discover now