Bab14

371 10 0
                                    

Beberapa jam berlalu, akhirnya semua selamat sampai di Incheon. Qaisara dapat lihat ramai orang Korea sedang berjalan kaki menuju ke destinasi masing-masing. Suasana di situ cantik dengan bunga Sakura. Bunga itu berterbangan jatuh di jalan dan pelbagai tempat.

Mereka sedang mengangkat barang untuk masuk ke hotel. Qalif telah menyediakan hotel lima bintang untuk mereka.Mungkin dia juga akan duduk di hotel yang sama.Hotel itu berhadapan dengan pantai. Qaisara dah berniat ingin meluangkan masa di situ malam nanti.Duduk di pasir pantai sambil rasakan wajah ditiup angin malam, ditemani bunyi ombak dan cahaya bulan.Qaisara tidak sabar ingin menenangkan fikiran di situ. Harap-harap tidak ramai yang ingin ke sana malam nanti. Dia tidak mahu terganggu dengan bunyi bising.

Rizqi menolong Qaisara mengangkat beg nya. Boleh tahan berat juga beg si Qaisara ni. Tapi biasa lah, beg perempuan.Ini kalau buka semua ada. Silap-silap nenek dia pun dia bawak.Kak Liz dan Kak Lin lalu di hadapan mereka berdua dan mengangkat ibu jari pada Qaisara.Mereka yakin, Rizqi suka kan Qaisara.

"Qaisara, lepas ni you nak rehat ke? Jom kita keluar sama-sama nak?"

Mereka semua bebas untuk ke mana sahaja. Asalkan pandai jaga diri dan ingat jalan balik.Qaisara tidak rasa letih kerana sepanjang perjalanan ke sini dia banyak tertidur.

"Boleh lah.Qi nak pergi mana?"

Qaisara bersetuju untuk keluar bersama Rizqi. Rizqi pula sedang kawal degupan jantungnya yang semakin laju.Terlalu bahagia dapat berdating dengan Qaisara.Dalam perjalanan dia tertarik dengan kedai yang menjual oleh-oleh. Kedai itu tidak jauh dari hotel mereka.Jalan kaki pun boleh.

"I nak ajak you pergi kedai oleh-oleh dekat depan sana. Tak jauh sangat pun. Kita jalan kaki nak?"

Qaisara pun memang rasa nak berjalan.Dapat lah dia pegang bunga sakura yang berguguran itu.Niat nak selfie dekat pokok sakura tu, tapi dia terlupa bateri fon nya habis.

"Qi, boleh tak nanti saya nak selfie pakai fon awak? Nanti awak hantar dekat saya. Fon saya habis bateri."

Qaisara ingin meminjam fon Rizqi.Malu juga dia nak mintak. Untunglah Rizqi mengangguk laju. Tanda membenarkan dia pinjam iphone 13 itu.

Setelah mereka selesai meletakkan barang masing masing di dalam bilik, mereka meneruskan perjalanan untuk ke kedai yang dikatakan Rizqi.Dalam perjalanan itu, Qaisara asyik melihat bunga sakura. Dia tidak hiraukan Rizqi di sebelah. Geram juga Rizqi dengannya. Ingatkan boleh lah mereka berkenalan jadi lebih rapat.

Akhirnya ada satu pokok sakura yang Qaisara rasa paling cantik. Dia menghampiri pokok itu dan meminta Rizqi untuk mengambil gambarnya.Rizqi hanya akur dengan arahan buah hati.Dia mengambil gambar Qaisara yang sedang tersenyum melihat ke arah bunga di tangannya.Cantik.Rizqi terkesima untuk beberapa saat melihat Qaisara.

"Ok jom kita selfie berdua pulak Qi."

Bertambah bahagia lah Rizqi bila Qaisara mengajak dirinya selfie bersama.Memang gambar itu nanti dia buat menjadi wallpaper telefonnya.Rizqi mendekatkan diri dengan Qaisara.Mereka dua dua tersenyum memandang ke arah kamera.Selepas itu, mereka sambung berjalan beberapa minit. Akhirnya sampai juga di kedai oleh-oleh itu.

Kedai itu memang cantik.Susunan barang nya juga kemas.Lampu yang berwarna kuning itu menaikkan lagi seri kedai.Qaisara tertarik dengan bola kristal kecil.Di dalamnya ada patung lelaki dan perempuan yang sedang duduk sambil melihat pemandangan pantai.Qaisara mengambil bola kristal itu dan pergi bayar di kaunter.

Rizqi pula sedang melihat gelang tangan. Dia sedang memilih gelang yang paling cantik.Semua gelang telah di lihat satu persatu hinggalah dia terlihat seutas gelang yang berwarna putih. Di gelang itu ada bunga sakura kecil-kecil. Dia membayangkan Qaisara memakainya. Pasti cantik bila dipadankan dengan tangan putih itu.

Mereka dua telah membeli barang yang dipilih. Sekarang mereka sedang berjalan untuk balik semula ke hotel.Rizqi nampak Qaisara membeli bola kristal itu tadi. Dia rasa ingin bertanya kepada siapa Qaisara beli bola itu.

"You beli tu untuk siapa?"

Akhirnya mulut berjaya mengeluarkan suara bertanya kepada Qaisara. Qaisara tersenyum dan melihat beg kertas di tangannya.

"Untuk seseorang. Awak beli gelang tadi untuk siapa?"

Qaisara tidak mahu mengaku dia membeli bola kristal itu untuk Qalif. Biarlah setakat ini dia sahaja yang tahu tentang perasaannya itu.

"I pun beli untuk seseorang juga. Someone special."

Rizqi pun tidak mahu mengaku dia membeli gelang itu untuk Qaisara. Dalam fikiran sudah merancang untuk memberikan gelang itu pada Qaisara malam nanti semasa mereka semua akan pergi ke restoran mewah untuk makan malam.

Akhirnya mereka sampai di hotel.Mata Qaisara melihat seorang lelaki sedang duduk di pantai seorang diri. Dari belakang seperti Qalif. Hati ingin ke sana untuk memastikan sama ada itu Qalif atau orang lain. Dia meminta Rizqi masuk ke dalam hotel terlebih dahulu. Rizqi yang mula rasa penat terus masuk ke dalam hotel. Dia melambaikan tangannya pada Qaisara sebelum terus berjalan dan hilang menjauh.

QALIFWhere stories live. Discover now