Bab21

373 13 1
                                    

Qaisara dimasukkan ke dalam wad kecemasan.Keadaan dia sangat lemah dan masih belum sedarkan diri.Rizqi yang telah dirawat di letakkan di wad biasa. Dia telah sedar dan ingin melihat keadaan Qaisara. Tetapi doktor menyarankan untuk dia berehat dahulu.Untunglah kesan tikaman dia tidak terlalu dalam dan tidak merosakkan organnya.

Rizqi meraba-raba poket seluarnya. Dia mengeluarkan telefon dan tangan laju menekan skrin menelefon Qalif.Dia menceritakan semua kejadian yang berlaku.Dia dapat dengar suara Qalif mula cemas merisaukan keadaan Qaisara.Qalif memberitahu dia akan segera ke sana bersama nenek Qaisara dan panggilan ditamatkan.

Rizqi melihat gambarnya bersama Qaisara ketika di Korea.Dia diselubungi rasa bersalah. Sepatutnya dia tidak perlu berlawan dengan perompak itu dan terus membawa Qaisara lari ke keretanya.Air mata jatuh setitis di atas skrin telefon.

"Sorry Qaisara.If anything happens to you, i will never stop blaming myself."

Dia mengelap air matanya dan meletakkan telefon di atas meja yang berada di sebelah katilnya. Mata di pejam untuk merehatkan diri. Tangan memegang perut yang masih rasa sakit.

"Sabar nek.Nenek duduk sini dulu biar Qalif pergi dekat kaunter tanya bilik Qaisara."

Qalif cuba menenangkan Sariah.Mata tua itu tidak berhenti menangis bila mengetahui cucunya berada di hospital kerana ditikam sebanyak tiga kali.Dia berdoa supaya Qaisara selamat.Dia tidak sanggup kehilangan cucunya itu. Cukuplah dia sudah kehilangan anak dan suaminya.Dia tidak sanggup merasakan kehilangan untuk kali ke tiga.

"Saya nak tahu bilik Qaisara dan Rizqi."

Qalif sabar menanti jawapan dari jururawat itu.

"Bilik encik Rizqi 303 dekat sebelah sana.Bilik cik Qaisara 304 tapi dia masih dalam rawatan.Encik tak dibenarkan masuk."

Setelah diberitahu bilik mereka, Qalif berterima kasih kepadanya dan pergi ke Sariah semula.Qalif memberitahu Qaisara masih dalam rawatan dan mereka tidak boleh berjumpa dengannya lagi.Sekarang mereka boleh berjumpa dengan Rizqi dahulu. Sariah bangun dari kerusinya berjalan bersama Qalif mencari bilik Rizqi.Tidak lama mereka mencari kerana jururawat tadi telah memberitahu arah bilik mereka.

Qalif membuka pintu bilik Rizqi perlahan-lahan.Dia melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah.Qalif mendekati Rizqi dan melihat wajah kawannya itu yang pucat. Sariah juga masuk dan berdiri di sebelah Qalif. Qalif memberikan kerusi kepada Sariah.Mendengar bunyi tangisan Sariah, Rizqi terbangun dan melihat ke arah Sariah dan Qalif yang berada di hadapannya.

Rizqi bangun dan bersandar pada katil itu. Dia merenung Qalif dengan tatapan bersalah.

"Aku mintak maaf Qalif. Aku tak dapat selamatkan dia."

Mendengar kata-kata Rizqi, Qalif tidak mampu lagi menahan air matanya.Dia juga seperti Sariah. Takut kehilangan Qaisara.

"It's okay Qi.Kau tetap dah selamatkan dia. Kalau kau tak ada aku tak tahu apa jadi dekat dia. Aku tak nak hilang orang aku sayang lagi Qi."

Qalif meluahkan apa yang dia rasa.Rizqi menepuk perlahan bahu kawannya itu.Sekarang mereka hanya mampu berdoa supaya Qaisara selamat.Itu sahaja yang mereka mampu lakukan.

Qalif bangun dan keluar dari bilik itu. Dia pergi ke bilik sebelah iaitu bilik Qaisara 304.Dia dapat lihat dari luar doktor seperti telah selesai merawat Qaisara.Qalif terus memegang tombol pintu bilik itu dan memulasnya. Dia masuk ke dalam bilik Qaisara dan menghampiri doktor.

"Macam mana dengan dia doktor??"

Jantung Qalif berdegup laju menanti jawapan dari doktor lelaki itu.Riak wajah doktor itu sedikit suram seperti ada perkara buruk yang berlaku terhadap Qaisara.Qalif semakin risau, dia masih memandang doktor itu.

"Awak keluarga pesakit ke?"

Doktor bertanya dahulu kepada Qalif.Dia tidak boleh beritahu tentang keadaan pesakit kepada orang yang bukan keluarga pesakit itu.Qalif mengangguk laju. Biarlah tipu pun, suatu hari nanti dia tetap akan pastikan dia menjadi suami Qaisara.

"Pesakit kehilangan banyak darah dari kesan tikaman dan kepala dia ada mengalami hentakan kuat.Dia akan mengalami koma dalam jangka masa pendek.Encik bersabar ya?"

Qalif tak mampu bersuara setelah mendengar jawapan dari doktor itu.Kaki rasa lemah untuk berdiri. Dia jatuh terduduk dan memandang Qaisara yang sedang terbaring.Dia merasakan semua ini terjadi kerana dia.Jika dia tidak melukakan hati Qaisara, mereka pasti balik bersama-sama dan Qaisara tidak akan dirompak.Dan tidak akan koma.Dia menangis menyesali perbuatannya.

"Aku mintak maaf.Bangunlah Sara,aku rindu senyum kau.Tolong jangan tinggal aku."

Dia tidak tahu Sariah berada di belakangnya.Sariah juga mendengar apa yang dikatakan doktor tadi. Jujur hatinya sayu melihat cucunya itu. Dia juga rindukan senyuman Qaisara.Senyuman manis yang mampu jadi penawar.Sariah memegang bahu Qalif. Dia juga kesian melihat Qalif tak berhenti menangis.

"Bangun Qalif.Kita kena sabar.Kita jaga dia ya?"

Sariah memujuk Qalif.Dia tahu Qalif cintakan cucunya itu.Dia bersyukur ada yang mencintai cucunya itu.Dapatlah dia pejam mata dengan tenang nanti.

QALIFWhere stories live. Discover now