Bab11

398 13 0
                                    

Suara Qalif jelas didengari oleh Rizqi dan Qaisara. Lelaki itu berjalan menuju ke keretanya tanpa memandang ke arah mereka.Rizqi geram dengan kawannya itu, suka sangat menyindir Qaisara.

Selepas itu, Qaisara meminta diri untuk menyambung kerjanya.Rizqi pula mengikuti Qaisara. Perutnya tiba-tiba lapar.Tapi tidak lah terlalu lapar. Dia sengaja ingin melihat Qaisara lagi.Akhirnya mereka jalan bersama-sama ke arah lif.

Tingg!

Pintu lif berbunyi dan terbuka menandakan mereka telah sampai di tingkat 4.Dia memang ditetapkan untuk bekerja di tingkat itu. Selain dirinya, terdapat lagi dua orang waitress perempuan yang bekerja di tingkat itu.Qaisara tidak terlalu rapat dengan mereka. Bertegur pun jarang kerana dua orang perempuan itu hanya rapat sesama mereka. Entah apa yang tidak disukai tentang dirinya.

Rizqi duduk di meja yang berada di tengah-tengah ruangan itu.Dua orang waitress perempuan itu seperti berebut untuk ke meja Rizqi.Akhirnya, seorang dari mereka mengalah dan seorang lagi datang ke meja Rizqi.Perempuan itu seperti sengaja berjalan dengan cara menggoda.Rizqi hanya menayangkan wajah tidak berminat. Tetapi perempuan itu tetap percaya diri berjalan seperti itu.

"Sorry, i nak waitress lain. Qaisara."

Rizqi meminta untuk Qaisara yang datang ke mejanya. Qaisara mendengar apa yang dikatakan. Dia terus ke meja Rizqi manakala perempuan tadi menjeling ke arahnya. Qaisara membalas jelingan itu dengan menjelir lidah. Jelas kelihatan wajah perempuan itu berubah merah kerana marah terhadapnya.

"Awak nak order apa?"

Qaisara menghadiahkan senyuman. Hati Rizqi mula berdegup laju. Perempuan ini memang suka tersenyum. Senyuman itulah yang mencuri hatinya.

"Awak?"

Qaisara memanggil Rizqi yang termenung memandang dirinya.Dia membetulkan sedikit tudungnya. Takut Rizqi pandang seperti itu kerana tudungnya senget.

"Sorry. I nak chocolate pancakes,mint chocolate chip ice cream , and hot chocolate."

Rizqi tersedar dari lamunannya bila di panggil oleh Qaisara. Qaisara laju menaip semua pesanan Rizqi tadi dan menghantar pesanan itu kepada chef.Rizqi melihat Qaisara pergi sambil tersenyum.Dia ingin memiliki perempuan itu suatu hari nanti. Perasaannya terhadap Qaisara semakin hari semakin bertambah.

Beberapa minit berlalu, Qaisara datang bersama troli membawa makanan Rizqi.Dia menyusun makanan itu di hadapan Rizqi. Tiba-tiba Rizqi menolak air hot chocolate di tempat duduk hadapan. Qaisara memandang pelik.Dia berfikir mungkin Rizqi akan berjumpa seseorang.

"Teman i makan boleh?"

Qaisara terkejut dengan permintaan Rizqi itu. Dia teragak-agak untuk mengangguk ataupun menggeleng. Akhirnya dia mengangguk dan duduk di hadapan Rizqi.

Rizqi mula makan makanannya. Melihat Rizqi yang sudah makan, Qaisara mengangkat cawan berisi hot chocolate itu dan meminumnya. Mulut Qaisara sedikit comot terkena cream. Rizqi yang melihat bibir Qaisara sedikit comot terus mengambil tisu dan mengelap bibir itu.

"Apa you ni. Minum pun comot. Nasib baik comel."

Rizqi tergelak kecil bila melihat pipi Qaisara menjadi merah. Dia tahu Qaisara sedang malu.Tisu itu terlepas dari tangan Rizqi.

Rizqi memegang dadanya yang tiba-tiba sakit.Pandangannya tiba-tiba menjadi kabur.Dia sukar untuk bernafas.

"Qi, awak ok tak ni? Awak sakit ke?"

Qaisara mula cemas melihat Rizqi seperti sukar untuk bernafas dan tangan yang memegang dada.Dia tidak tahu perlu buat apa kerana dia terlalu cemas.

"G..get m..me some water. Please."

Tergagap-gagap Rizqi bersuara.Dia meminta Qaisara untuk memberinya air.Qaisara laju berlari ke dapur mengambil air mineral yang tersedia di situ. Dia datang semula ke Rizqi. Penutup botol dibuka dan diberikan pada laki itu. Rizqi mengeluarkan botol kecil berwarna putih seperti botol ubat dari poket seluarnya.Dia membuka penutup botol itu dan mengambil sebiji ubat lalu ditelannya.

Air mineral itu diminum dengan laju.Selepas beberapa saat barulah dadanya tidak sakit lagi. Qaisara yang melihat Rizqi kembali normal itu menghembuskan nafas lega.

"Sorry buat you cemas. I sakit biasa je.Don't worry."

Rizqi meminta maaf kepada Qaisara. Dia nampak perempuan itu tadi terlalu cemas dengan keadaan dirinya.Lama penyakit itu tidak muncul. Kini penyakit itu menyerang diri nya kembali. Untunglah dia sentiasa membawa ubat itu bersama.Selepas itu, mereka kembali makan bersama.

QALIFWhere stories live. Discover now