Bab12

385 9 0
                                    

Tiba lah hari yang dinanti-nantikan semua pekerja Qalif.Semua telah sampai di airport awal sejam.Takut di tinggal nanti menyesal tak sudah.Bila semua berkumpul baru lah Qaisara tahu sebenarnya pekerja Qalif ramai. Ada lah hampir 80 orang.

Setelah melihat sekeliling barulah dia perasan Qalif masih belum sampai.Tapi jika Qalif tidak datang pun tiada siapa yang akan memarahinya kerana percutian tiga hari dua malam ini dia yang tanggung.Kecuali kalau nak shopping sahaja guna duit sendiri. Setiap orang perlu lah membawa duit kerana di Korea nanti pasti banyak kedai dan tempat yang menarik. Takkan nak minta Qalif bayarkan. Percuma sahaja di maki lelaki itu.

Sementara menunggu Qalif, Qaisara duduk di kerusi bersebelahan dengan Kak Liz. Wanita itu sedang memakai lipstik berwarna merah jenama silkygirl.Dia masih belum menyedari kehadiran Qaisara di sebelahnya.

"Hi guys! Semua dah excited ke nak pergi jumpa oppa korea? Ada yang nak buat pembedahan plastik tak?"

Rizqi menyapa mereka semua.Benar kata Qaisara minggu lalu. Rizqi bertambah macho bila memakai baju pilot itu.Tetapi hatinya tetap memilih Qalif berbanding Rizqi.Qalif juga bertambah macho bila badannya tersarung apron hitam dan lengan baju di singsing hingga paras siku.Fikiran mula melayang mengingati kejadian lalu semasa dia mengintai Qalif sedang masak.Tanpa dia sedar Qalif dan Kak Liz sudah berdiri di hadapannya.

"Assalamualaikum cik Sara, kau nak bercuti dekat airport ni ke?"

Qaisara tersedar dan terus berdiri.Untung lah Qalif tidak dapat membaca fikirannya.Qaisara mengambil barang-barangnya dan berjalan bersama Kak Liz dan pekerja yang lain. Qalif pula berada di hadapannya.Beg mereka perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.

Setelah masuk, Kak Liz tiba-tiba berlari dan duduk bersama seorang wanita seperti seusia dengannya.Mereka berpelukan dan rancak berbual. Mungkin sahabat Kak Liz. Qaisara masih mencari tempat duduk yang kosong. Yang penting tidak bersebelahan dengan lelaki. Disebabkan Qalif telah membeli semua tempat duduk di dalam kapal terbang ini, jadi semua bebas untuk duduk di mana sahaja.

Akhirnya Qaisara duduk di bahagian paling belakang. Kedua-dua tempat duduk di situ kosong. Dia mengeluarkan novel nya dan diletakkan di tempat duduk sebelah. Headphone di gantung di lehernya.

Seorang pramugari berdiri di hadapan dan memberi arahan tentang perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan cara menjaga keselamatan jika berlaku kemalangan.Semua mendengar dengan teliti takut melakukan perkara yang akan membahayakan mereka.

Tiba-tiba Rizqi datang dari arah belakang pramugari itu. Dia terus berjalan sehingga sampai di tempat duduk Qaisara.Qaisara melihat Rizqi menyorokkan tangan kanannya di belakang badan.

"Qaisara, i have something for you.I hope you like it."

Rizqi menghadiahkan senyuman manis kepada Qaisara dan tangan kanannya menghulurkan teddy bear berwarna putih.Qaisara membulatkan matanya, terkejut diberi teddy bear oleh Rizqi. Tetapi dia berfikir Rizqi sengaja memberikan patung itu untuk lebih rapat dengannya. Dia langsung tidak terfikir Rizqi menyukainya.

"So cute...Thanks Qi. Tapi maaf la saya tak ada hadiah nak bagi dekat awak.

Qaisara mengambil teddy bear itu dari tangan Rizqi. Dia meletakkannya di tepi novel yang berada di tempat duduk sebelah.

"It's okay. I bagi you teddy bear ni sebab nak dia teman kan you. I nak sangat teman you tapi nanti tak terbang pulak kapal terbang ni."

Qaisara dan Rizqi tergelak kecil. Semua sedang memerhatikan mereka. Ramai yang merasakan mereka sesuai bersama.Tetapi ada dua mata yang sedang memandang tajam ke arah mereka iaitu dua waitress perempuan yang bekerja di tingkat yang sama dengan Qaisara.

Perjalanan mereka untuk ke Korea memakan masa selama 4 jam. Qaisara menghabiskan sejam dengan membaca novel. Teddy bear yang diberi oleh Rizqi dipeluknya dengan tangan kiri.Beberapa minit kemudian, makanan pertama sampai. Mereka dihidangkan dengan nasi lemak dan air teh. Mungkin kerana masih pagi jadi mereka diberikan menu itu.

Selepas makan,Qaisara mendengar lagu sambil melihat pemandangan dari tingkap sebelahnya. Dia rasa tenang melihat awan biru itu sehingga matanya perlahan-lahan terpejam.Semasa dia tertidur dia merasakan seseorang memakaikan selimut untuknya.Mata terlalu berat untuk terbuka melihat orang itu.Dia yakin tiada yang ingin mengambil kesempatan kerana kapal terbang itu bukan ada dia seorang malah dipenuhi pekerja Qalif.Tiba-tiba telinganya mendengar suara.

"Sweet dreams."

Hanya itu yang dia dengar.Tiada lagi suara lain.Kapal terbang itu menjadi hening. Mungkin ramai yang sedang tidur kerana kenyang diberi makan tadi. Perut kenyang mata pun memberat.

QALIFWhere stories live. Discover now