"Sara, bangun. Jom solat maghrib."
Qalif mengejutkan Qaisara yang sedang tidur lena.Mungkin penat pusing satu rumah.
"Saya ngantuk lagi lah."
Qaisara mengeluh bila tidurnya dikacau Qalif.Mata masih berat untuk terbuka.Selesa sangat katil baru tu.
"Kau nak bangun sendiri ke nak aku belit dengan telekung?"
Qalif menarik tangan Qaisara untuk bangun. Qaisara menguap beberapa kali sebelum bangun dan mengambil wuduk.Qalif duduk di sejadah sambil menunggu Qaisara.
Selepas ambil wuduk, Qaisara memakai telekungnya dan duduk di sejadah belakang Qalif.Mereka solat bersama-sama.Qaisara gembira bila Qalif menjadi imamnya.Dia mendengar suara Qalif sedang membaca surah.Suara itu lantang dan merdu.
Selepas memberi salam, Qalif memusingkan badannya menghadap Qaisara.Qaisara menghulurkan tangan untuk salam Qalif.Dia mencium tangan Qalif dan memeluk Qalif. Qalif membalas pelukan isterinya itu dan mengusap lembut kepala Qaisara.
"Sara,tolong terima semua kekurangan aku.Aku harap kau ada dengan aku bila aku susah.Tolong jaga hati aku.Aku janji aku cuba jadi suami yang baik untuk kau dan aku harap kau boleh jadi isteri yang solehah untuk aku."
Mata Qaisara mula bertakung air. Dia janji dia akan sentiasa sayangkan Qalif dan cuba jadi isteri solehah untuk lelaki itu.Dia juga harap Qalif dapat terima kekurangannya.
"Kau lapar tak?"
Qalif bertanya kepada Qaisara.Kali terakhir mereka makan ialah di majlis perkahwinan mereka. Selepas itu perut dah tak di isi.
"Lapar.Awak masak lah."
Qaisara laju mengangguk dan menyuruh Qalif masak.Suami dah chef buat apa dia penat-penat nak masak.Biarlah chef yang masak.
"Kau nak makan apa?"
Qaisara berfikir terlebih dahulu. Macam-macam makanan yang dia terbayang.Akhirnya dia memilih mee goreng.
"Saya nak mee goreng lah."
Qalif menggelengkan kepalanya.Malam-malam makan makanan yang berminyak.Lama-lama isterinya ini ikut jejak kawannya itu.
"No.Kita makan ayam bakar."
Qaisara laju menggeleng. Dia tidak memilih sangat dalam bab makanan. Semua yang boleh di makan dia telan.
"Kau tolong aku. Jom."
Qalif bangun dan menunggu Qaisara membuka telekungnya. Telekung itu dilipat kemas dan diletakkan di atas sejadah.Selepas itu Qalif berjalan dengan Qaisara ke lif untuk turun ke tingkat satu.Tangannya selamat mendarat di pinggang Qaisara.
"Dalam peti ais ni macam-macam barang ada. Aku dah beli siap-siap. Nanti kau nak masak apa-apa kau masak je lah."
Qalif mengeluarkan ayam yang telah siap dipotong dan bahan-bahan yang lain. Dia letakkan semua bahan-bahan itu di atas meja.Tangan mencapai apron yang tergantung di dinding dan memakainya.
"Nak pakai jugak."
Qaisara mendepakan tangannya meminta Qalif untuk memakaikan apron. Qalif mengambil lagi satu apron yang tergantung di situ dan dipakaikan pada Qaisara. Selepas dia pakaikan Qaisara apron, dia mencium dahi Qaisara sekali. Qaisara memegang dahinya.Dia tiba-tiba rasa malu.
"Kau ambik bahan-bahan tu pergi potong."
Qaisara memotong bahan-bahan yang ada di atas meja kecuali ayam selepas itu dia berikan pada Qalif.
"Bawang ni potong kecik lagi."
Qaisara mengambil semula bawang itu dan memotongnya lebih kecil. Tiba-tiba air bawang itu terpercik ke dalam mata nya.
"Aduhh!!"
Qalif yang sedang melumur ayam dengan bahan-bahan tadi terus membasuh tangannya.Dia menarik Qaisara ke singki.Tangan mengambil sedikit air dan di lapkan ke mata Qaisara.
"Sakit lagi ke?"
Qaisara mengedip mata nya beberapa kali.Pedih semakin hilang.
"Dah okay. Thanks."
Qaisara mencium pipi Qalif. Qalif tergamam dengan tindakan Qaisara. Dua-dua makin miang. Qaisara puas hati dapat cium pipi Qalif. Tadi pipi nya yang dicium.
"Dah kau pergi la duduk.Nanti siap aku panggil."
Qalif mengambil bawang tadi dan di letakkan di sekeliling ayam.Kemudian ayam itu dimasukkan ke dalam oven.
Selepas dua puluh minit bau ayam memenuhi ruang dapur itu.Qalif memanggil Qaisara untuk makan. Ayam itu diletakkan di dalam pinggan untuknya dan Qaisara.Perut Qaisara sudah berbunyi menandakan dia semakin lapar. Selepas membaca doa makan, mereka makan bersama-sama.
"Sara,aku nak kau berhenti kerja."
Qaisara yang baru nak menyuap ayam masuk ke mulut untuk kali ketiga terus meletakkan semula ayam itu di dalam pinggan.Dia memandang Qalif yang berada di sebelahnya.
"Kenapa?"
Kalau dia tidak pergi kerja bertambah bosan lah dia.Rumah ni pun ada dia dan Qalif sahaja. Kalau Qalif pergi kerja, tinggal lah dia sorang.
"Kau nak kerja buat apa lagi.Jaga aku dah lah."
Qalif tidak ingin Qaisara bekerja lagi. Dia mampu untuk tanggung kehidupan mereka. Terlampau mampu. Jadi untuk apa lagi Qaisara bekerja.
"Tapi nanti saya bosan lah duduk rumah sorang-sorang."
Qaisara membantah arahan Qalif. Dia tetap ingin bekerja.Kalau nak kata Qalif risau tidak masuk akal juga kerana dia bekerja di restoran Qalif.
"Kalau kau bosan duduk rumah sorang, lepas ni aku tambah penghuni dalam rumah ni."
Fikiran Qaisara mula terfikir madu.Takkan Qalif dah nak bagi dia madu. Baru sahaja kahwin.
"Awak jangan nak bagi saya madu pulak."
Qalif tergelak dan meletakkan sudu nya. Dia memandang Qaisara dan menggenggam tangan Qaisara.
"Aku takkan bagi kau madu lah.Aku nak bagi benda lain."
Qaisara cuba berfikir.Kalau bukan madu mungkin Qalif nak bawa mamanya duduk di sini. Ataupun neneknya.Dia mula rasa gembira. Seronok juga kalau mereka tinggal di sini. Ada lah kawan untuk dia berborak.
"Aku bagi mini Sara."
Barulah Qaisara faham sebenarnya Qalif nak bagi dia apa.Dia mencubit peha Qalif.Qalif menarik tangan Qaisara dan memeluknya.
Mereka harap mereka akan kekal bersama dan tiada orang ketiga.Semoga bahagia menjadi milik mereka berdua selamanya.Mereka sedia dengan ujian-ujian yang akan mereka hadapi dan mereka akan kuatkan satu sama lain untuk hadapi ujian itu.
-TAMAT-
Thanks!sudi baca Qalif sampai tamat walaupun jalan cerita tk best mana pun. I will improve my skill. Btw esok ada special chapter! Stay tuned!
YOU ARE READING
QALIF
RomanceSeorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak dia bekerja di situ hidupnya perlahan lahan mula berubah apabila hadir rasa cinta terhadap bos nya Sy...