Rizqi yang turun untuk keluar semula melihat Qaisara berlari masuk ke dalam hotel teresak-esak menangis. Dia cuba memanggil Qaisara tapi Qaisara sikit pun tidak memandangnya.Qaisara mula melangkah untuk memasuki lif. Rizqi ingin mengejarnya tetapi dia tidak sengaja terlanggar seorang perempuan.
Buku yang dipegang perempuan itu bertaburan di atas lantai.Rizqi membatalkan niatnya untuk mengejar Qaisara. Dia membantu perempuan itu mengutip buku.
"Sorry."
Rizqi meminta maaf.Salah satu buku tertulis nama perempuan itu.Rizqi membaca nama itu dengan sekilas pandang. Nur Qaseh Rihanis.Tidak sangka perempuan itu rupanya Melayu. Muka dah macam orang Korea. Mungkin dia telah lama meneta di sini. Asyik makan kimchi sampai muka pun jadi artis korea.
"It's okay.You Melayu eh?"
Qaseh cuba meneka. Tengok muka seperti Melayu. Entah lah, pandai pandai dia saja.
"Yes.Pandai you teka.I have to go now. Bye."
Rizqi teringat semula tentang Qaisara. Dia tergesa-gesa bangun dan berlari ke lif. Qaseh hanya memandang Rizqi pergi.Nak pujuk awek la tu. Laju je lari.Akhirnya dia pun bangun dan pergi dari situ.
Rizqi sampai di depan bilik Qaisara.Pintu diketuk beberapa kali tapi Qaisara tidak menyahut. Dia tahu Qaisara masih di dalam bilik.Pintu diketuk lagi berharap kali ini Qaisara membuka pintu itu.Tapi hampa, tetap tiada sahutan. Pintu masih terkunci. Mungkin Qaisara tidak mahu bertemu sesiapa. Akhirnya Rizqi pergi. Biarlah Qaisara menenangkan dirinya dulu.
Qaisara bersyukur Kak Liz dan Kak Lin tiada di bilik.Mereka bertiga berkongsi bilik. Memang satu bilik perlu dikongsi tiga orang.Dia nangis semahu-mahunya.Air mata memang tidak dapat di tahan. Hati masih sakit dengan kata kata Rizqi.Tapi salah dia juga kerana menaruh perasaan kepada Qalif.Sedangkan Qalif tidak menyukainya.Dan salah dia juga kerana luahkan perasaan masa laki itu sedang sedih mengingat kenangan lama.
Sedang sibuk melayan perasaan, tiba-tiba dia teringat malam ini mereka akan ke restoran berhampiran hotel ini untuk makan beramai-ramai.Restoran itu memang terkenal dan viral di media sosial kerana masakannya yang sedap walaupun harga mahal tapi tetap berbaloi untuk dibeli.Dia termenung dan mengeluh memikirkan nasib nya malam nanti.Takut Qalif menyindirnya cukup-cukup.Sabar lah telinga, bukan tidak biasa di sindir laki itu.
Jam menunjukkan pukul 8:50 malam.Dia, kak Liz dan kak Lin telah selesai menunaikan solat isyak. Mereka bersiap-siap untuk ke restoran itu pada pukul 9:20.Kak Lin dan Kak Liz memakai baju sedondon. Dua sahabat itu memang kelihatan seperti adik beradik. Qaisara pula memakai dress berwarna hitam dan dipadankan dengan tudung shawl satin warna putih.Kak Liz memujinya.
"Cantik betul la kamu ni Qaisara. Makin terpikat la tuan Qalif tu."
Qaisara hanya senyum tawar. Telinga rasa panas dan berasap bila mendengar nama itu. Ya,dia mula alergik dengan nama QALIF.
Pukul 9:20 tepat mereka semua telah sampai di restoran itu.Suasana di sana memang kelihatan mewah.Pelbagai makanan unik menarik perhatian Qaisara.Restoran ini mempunyai kolam di tepi nya. Di situ ada juga beberapa meja kecil dan kerusi untuk di duduk. Suasana di kolam itu lebih menarik perhatiannya.
Restoran itu telah menyediakan empat meja khas untuk mereka. Meja itu panjang, cukup lah untuk mereka semua duduk. Qaisara duduk di tengah-tengah antara kak Liz dan kak Lin. Mereka hanya perlu menunggu makanan sampai. Ada tiga menu yang disediakan untuk mereka semua. Dan yang paling menarik dan banyak ditunjukkan di dalam kdrama ialah bulgogi.
Semasa makan, Qaisara tahu Rizqi sedang memandang ke arah nya. Mungkin laki itu tertanya-tanya kenapa dia menangis ketika masuk ke dalam hotel tadi. Bila diketuk pintu, tak mahu buka. Tapi dia tidak ingin ceritakan pada Rizqi.Biarlah dia pendam seorang diri kisah tragik itu.
Beberapa orang yang telah selesai makan bangun dan pergi bersiar siar berdekatan restoran itu.Qaisara juga bangun dan pergi bersiar-siar di kawasan kolam di tepi restoran ini. Angin malam meniup lembut ke wajah nya. Mungkin malam ini dia hanya duduk di bilik dan tidak ke pantai. Niat untuk menenangkan fikiran di situ pada waktu malam telah terbatal. Dia tidak ingin menjejakkan kaki di situ lagi.
Tiba-tiba dia merasakan sepasang tangan menolak badannya. Dia jatuh ke dalam kolam itu.Mata sempat melihat orang yang menolaknya.Setelah dia ditolak, perempuan itu melarikan diri.Hanya dua orang yang perasan kejadian itu.Qalif dan Rizqi. Mereka berdua bangun dan berlari lompat ke dalam kolam itu untuk selamatkan Qaisara.
YOU ARE READING
QALIF
RomanceSeorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak dia bekerja di situ hidupnya perlahan lahan mula berubah apabila hadir rasa cinta terhadap bos nya Sy...