Bab28

452 10 0
                                    

"Kau boleh naik ke tak?"

Qaisara bersusah payah nak naik motor Qalif dengan baju pengantinnya.

"Okay dah.Jom balik!!"

Qalif terkejut bila pinggangnya di peluk Qaisara.Tiba-tiba kejadian lalu terimbas kembali dalam fikirannya.Dia masih ingat waktu Qaisara tidak sengaja terlanggar motornya ini.Wajah Qaisara yang cemas masa itu masih segar dalam ingatannya.Comel.Cantik.Sekarang perempuan itu telah menjadi isterinya.

Di atas motor,Qaisara sedang membayangkan hari-harinya dengan Qalif.Dia juga tidak sabar ingin melihat rumah mereka.Di rumah itu lah nanti dia dan Qalif akan tinggal bersama.Tangan semakin erat memeluk Qalif.Qalif pula melihat Qaisara dari cermin motornya.Tak puas dia melihat Qaisara kerana hari ini Qaisara terlalu cantik.

Tiga puluh minit kemudian mereka selamat sampai di rumah mereka.Qalif parking motornya di halaman rumah itu.Qaisara turun dari motor. Dia terpegun melihat rumah tiga tingkat itu.Cantik dan mewah.Qalif turun dari motornya dan menutup mata Qaisara dari belakang.

"Pejam mata.Biar aku bawak kau masuk dalam rumah tu. Nanti dah masuk baru kau boleh buka mata."

Qalif memegang tangan Qaisara dan menarik Qaisara perlahan-lahan. Takut pulak isterinya itu terjatuh.Tadi sudah beratus kali di pesan jaga Qaisara.Setelah mereka masuk ke dalam rumah, Qalif menutup pintu dan melepaskan tangan Qaisara.

"Buka mata."

Qaisara membuka mata nya dan dia berjalan ke arah dinding yang dipenuhi gambarnya.Ada gambar yang dia sedang bekerja dan ada juga gambar semasa di Korea. Tak sangka Qalif ambil gambar dia diam-diam.

"Dulu aku boleh tengok kau dari jauh je. Sekarang hari-hari aku boleh tengok kau depan mata."

Qalif duduk di sofa sambil melihat Qaisara yang masih melihat gambarnya satu per satu.

"Tapi bukan ke awak tak suka saya?"

Qaisara pelik juga dengan Qalif. Haritu masa dia bagitau tentang perasaannya bukan main lagi Qalif tolak. Tapi diam-diam tengok dia dari jauh.

"Kan aku dah cakap.Aku tak faham dengan perasaan aku masa tu.Don't think to much. Now i like you Sara."

Qaisara duduk di sebelah Qalif.Dia memegang tangan Qalif dan mata merenung ke mata Qalif.

"Like je?"

Qaisara cuba menyakat Qalif. Selalu asyik dia yang kena.Kali ni biar Qalif pulak kena.

"Suka, sayang, cinta. Puas hati?"

Qaisara memandang ke bawah. Akhirnya dia yang malu dengan Qalif.Pipi mula bertukar warna menjadi merah.

"Jom tengok bilik pulak.Lepastu kau nak pusing satu rumah ni kau pusing lah."

Qaisara mengikuti Qalif menaiki lif ke tingkat tiga.Tangan Qalif masih digenggamnya.

"This is our room.Suka?"

Qaisara melihat bilik dia dan Qalif.Bilik itu dicat putih. Semua perabot pun berwarna putih.Cantik.Dia pergi ke balkoni pula. Pemandangan bilik mereka ialah bukit-bukit dan pokok-pokok yang hijau.Dia tenang melihat pemandangan itu. Mata di pejam sambil merasakan angin petang yang ditiup ke wajahnya.Qalif datang dan memeluk Qaisara dari belakang.

"Aku harap kau suka rumah ni.Lepas ni kalau kau penat kau rehat lah.Nanti maghrib kita solat sama-sama ya sayang?"

Qalif semakin erat memeluk Qaisara. Dia rasa ingin seperti itu dengan Qaisara sampai esok.

"Okay abang."

Qaisara memegang tangan Qalif yang berada di pinggangnya.Bau perfume Qalif wangi dan menenangkan.Tangan Qaisara naik ke wajah Qalif pula.Rasa sayang nya kepada Qalif semakin bertambah dan akan terus bertambah setiap hari.

QALIFWhere stories live. Discover now