Bab23

359 12 1
                                    

Hari ini hari kedua Qalif akan menjaga Qaisara.Dia masih membawakan sejambak bunga untuk gadis itu.Sebaik sahaja dia sampai di hospital, bilik 304 akan menjadi tujuannya.Semasa dia lalu di bilik 303,bilik itu telah dihuni pesakit lain.Rizqi telah sihat sepenuhnya dan telah dibenarkan untuk balik.

Seperti biasa, Qalif akan mengetuk pintu dahulu sebelum masuk.Setelah Sariah membenarkan untuk masuk baru lah dia masuk.Pintu bilik ditutup semula dan bunga yang dibelinya itu di letakkan di atas meja di bilik Qaisara.Bunga ros yang diberinya semalam telah cantik terletak di dalam pasu bunga. Mungkin Sariah yang meletakkan bunga itu di dalam pasu.Selepas itu dia datang menyalam Sariah.

"Assalamualaikum nek."

Qalif memberi salam terlebih dahulu. Sariah menjawab perlahan.Dia suka melihat Qalif yang berusaha tetap ada di sisi Qaisara.Diam-diam dia mendoakan lelaki itu berjodoh dengan cucunya.

"Kamu dah lama ke kenal Qaisara?"

Bibir Sariah mengeluarkan satu soalan kepada Qalif.Qalif tersenyum dan memandang Qaisara yang masih memejamkan mata.Dia rindu nak melihat mata cantik itu.

"Baru lagi nek."

Sariah hanya mengangguk.Walaupun Qalif baru mengenali Qaisara, tetapi lelaki itu benar-benar sayangkan cucunya.

Qaisara tersedar. Dia melihat sekeliling yang gelap tanpa sedikit pun cahaya.Tiba-tiba dia mendengar satu suara.

"Mama.."

Qaisara dapat rasakan suara itu berada di sebelah kanannya. Dia memusingkan kepalanya melihat sebelah kanan. Ada satu cahaya yang sedang menuju padanya.Semakin dekat, semakin jelas dia dapat lihat seorang budak perempuan yang bercahaya.

"Mama... Bangun..."

Budak itu telah sampai di hadapan Qaisara.Cahaya pada dirinya menyukarkan Qaisara untuk melihat wajah budak perempuan itu.

"Adik ni siapa?"

Qaisara cuba bertanya. Terkejut juga tiba-tiba budak ini memanggilnya mama sedangkan dia masih belum mempunyai anak. Kahwin pun belum.

"Qaiser"

Selepas budak itu memberitahu namanya, dia perlahan-lahan meraih tangan Qaisara. Qaisara hanya membiarkan tangannya digenggam budak itu.Budak itu menariknya. Mereka berjalan bersama-sama sehingga sampai di satu cahaya. Cahaya itu lebih terang dari cahaya pada budak perempuan itu.Qaisara merasakan namanya di panggil oleh cahaya di hadapannya itu. Dia cuba mendekati cahaya itu dan tiba-tiba
suasana menjadi gelap kembali.

Tetapi Qaisara dapat mendengar suara neneknya.Mata masih tidak mampu terbuka. Dia cuba menggerakkan badannya tapi gagal.

"Qai budak baik.Nenek harap sebelum nenek pejam mata nanti, dah ada yang sudi jaga Qai.Nenek sayang dia.Kalau dia bahagia, nenek pun bahagia. Dia lah satu-satunya cucu nenek.Qalif,boleh janji dengan nenek?"

Qaisara dengar semua kata-kata neneknya.Air mata jatuh setitik. Sebak bila Sariah berkata seperti itu.Dia juga sayangkan Sariah dan takut kehilangan neneknya itu.Wanita itu lah yang menjaganya selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia.

"Janji apa nek?"

Qaisara mendengar suara Qalif.Dia rindu ingin melihat lelaki itu.Dia rasa mengalami tidur yang lama.Dia harap dia dapat buka matanya.

"Kahwin dengan Qaisara.Jaga dia.Nenek percayakan kamu."

Qaisara tergamam dengan apa yang dikatakan Sariah.Bukan dia tidak suka untuk berkahwin dengan Qalif. Tetapi dia rasa masih terlalu awal. Dia dan Qalif masih saling mengenali satu sama lain.Hati berdebar menanti jawapan Qalif.

"Insyaallah nek.Nanti bila Sara dah sedar, saya bawak dia jumpa mama saya.Kalau mama saya terima dia, saya sudi untuk jaga dia seumur hidup saya."

Dia terharu mendengar jawapan Qalif.Dia telah bersedia untuk terluka kali ke dua jika Qalif menjawab yang sebaliknya.Tiba-tiba matanya terbuka sedikit. Cahaya dari matahari menyebabkan matanya pedih.Dia kembali memejamkan mata. Kemudian mencuba untuk buka kembali.Badannya juga cuba digerakkan.Jari tangan mula bergerak sedikit demi sedikit.Matanya juga mula terbuka lebih luas.Tetapi mulut masih belum dapat bersuara.

"Qalif nak pergi tandas sekejap ya?"

Qalif meminta diri untuk ke tandas.Qaisara masih mencuba untuk menggerakkan badannya dan membuka mulutnya.Melihat Qalif semakin hampir dengan pintu bilik,Qaisara terus memaksa mulutnya untuk terbuka dan memanggil nama Qalif.

"Qalif!!"

Qalif berhentikan pergerakannya.Dia merasakan Qaisara memanggil namanya. Dia melihat gadis itu. Qaisara sudah membuka matanya.Sariah terkejut melihat cucunya telah sedar. Dia terus memeluk Qaisara. Mulut tidak lepas mengucapkan syukur.Qalif berlari menuju ke Qaisara.

"Sara??"

Qalif masih tidak percaya Qaisara telah sedar. Dia juga meluahkan rasa syukur dalam hatinya.Qaisara tersenyum memandang Qalif dan Sariah. Tangan cuba diangkat perlahan-lahan untuk membalas pelukan Sariah.

"Nek,kenapa Qai rasa Qai tidur lama?"

Qaisara cuba bertanya tentang keadaannya pada Sariah.

"Qai koma tiga hari. Syukurlah Qai dah bangun. Nenek rindu cucu nenek."

Qaisara terdiam.Patutlah dia sukar untuk membuka mata dan bergerak tadi. Rupanya dia koma tiga hari. Qalif memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Qaisara.Dia berharap Qaisara segera dapat balik. Boleh lah dia membawa Qaisara berjumpa dengan mama nya.Datin Qamilia iaitu mama kepada Qalif akan balik ke Malaysia esok.Dia tidak sabar ingin melihat reaksi mamanya bila berjumpa dengan Qaisara.

QALIFWhere stories live. Discover now