Bab19

364 13 3
                                    

Awal-awal pagi lagi Qalif dah datang ke bilik Qaisara. Dia menyuruh Qaisara untuk bersiap keluar dengannya.Dia ingin membawa Qaisara ke Incheon Grand Park. Tempat itu memang sesuai untuk dijadikan tempat dating.Di dalamnya terdapat taman bunga Sakura dan mini zoo.

Qaisara memakai blaus merah dan seluar jeans hitam.Tudung pula berwarna brown.Ini saja baju yang cantik untuk dating.Takkan nak pakai dress semalam.Dalam beg pun tinggal lagi satu tshirt dan dua sweatshirt.Dia hanya memakai lipstik dan bedak.Nak make up lebih lebih takut mereput Qalif tunggu di depan biliknya. Qaisara mencapai begnya yang berada di atas katil dan keluar dari bilik.

"Wow.You look pretty today."

Qalif memuji Qaisara. Memang Qaisara nampak cantik walaupun pakaiannya simple.

"Betul ke ni?Tah tah tak cantik pun. Takut saya masuk bilik balik sebab tu kata cantik kan."

Qaisara menuduh Qalif.Dia sengaja ingin bergaduh awal-awal pagi.Baru lah sweet.Silap-silap tak sampai seminggu Qalif dah menyesal terima dia.

"Betul Qaisara. Akak pun tengok kamu cantik. Qalif tu lagi la nampak kamu berseri-seri."

Kak Lin yang baru bangun dah masuk drama Qaisara dan Qalif.Biasalah,sekarang masih malu-malu, 24jam kena nampak cantik. Nanti dah lama, sorang pakai baju kelawar sorang lagi pakai kain pelekat.

"Terima kasih Kak Lin. Akak pun lawa jugak."

Qaisara pula memuji Kak Lin. Tapi nampak sangat menipu. Kak Lin baru bangun tidur. Rambut pun macam kena vacuum.

Qaisara dan Qalif menaiki teksi untuk ke taman itu.Sorang duduk di hujung kanan, sorang lagi duduk di hujung kiri. Tengah tengah dibiarkan kosong. Mereka masih belum berkahwin. Biarlah ada jarak sedikit di antara mereka.Perjalanan untuk ke Incheon Grand Park itu memakan masa selama 15 minit.Nak berbual malu pula ada pak cik teksi. Walaupun pak cik tu bukan faham apa yang mereka cakap.Akhirnya dua dua hanya mendengar lagu korea dari radio teksi itu.

Setelah sampai di taman itu benda pertama yang mereka nampak ialah bunga Sakura. Hampir 80 peratus taman itu di penuhi pokok sakura.Masuk ke taman ni percuma sahaja.Memang ramai lah orang.

Qaisara berjalan dengan Qalif sehingga lah sampai di tempat yang disediakan kerusi.Lama mereka berjalan sampai kaki pun dah mula kebas.Sepanjang berjalan Qalif sibuk menyakat Qaisara. Qaisara terhibur dengan Qalif.Kalau dulu Qalif mulut puaka, sekarang dia berubah menjadi mulut manis.Dia tak sangka dia masih berpeluang untuk bahagia dengan lelaki ini.

Tak sampai sehari dia di reject kemudian di terima pula.Bila ingat balik, dia sepatutnya perlu merajuk dahulu. Ini senang-senang saja dia berikan peluang kedua.Tapi dia percaya, Qalif tidak akan sia-siakan peluang kedua itu.

"Dulu aku dengan tunang aku suka jalan-jalan tempat macam ni.Dia suka sangat bunga."

Baru dia puji lelaki itu dalam hati sekarang dah cakap pasal arwah tunang dia.Qaisara cuba bersabar dan menepis perasaan cemburu.Dia hanya tersenyum tipis.Tak tahu apa yang perlu dikatakan.

"Kalau lah ada perempuan yang muka sama macam dia kerja dekat restoran aku,memang aku bagi bodyguard untuk jaga dia."

Kali ini perasaan cemburu Qaisara semakin membuak-buak.Dia bangun dan meninggalkan Qalif seorang diri di situ.Qalif terkejut kerana Qaisara tiba-tiba tinggalkan dirinya.Niat tadi cuma ingin bergurau. Tak sangka Qaisara merajuk dengan apa yang dia kata. Qalif mengejar tapi gadis itu laju meninggalkannya.Kaki dah mula membuka langkah untuk berlari. Tapi dia dah terlambat. Qaisara telah menaiki teksi dan pergi dari situ.

Beberapa minit berlalu, Qaisara sampai di hadapan hotel. Bayang Qalif masih tidak terlihat.Akhirnya Qaisara masuk ke dalam hotel dan balik ke biliknya. Hati membara-bara marahkan Qalif.Esok dah balik Malaysia.Patut nya hari ini mereka perlu menghabiskan masa bersama. Bukan selalu dapat dating di Korea.

Qalif baru sampai kerana selepas Qaisara pergi tiada teksi yang lalu di situ sehingga lah 10 minit berlalu baru teksi ini muncul.Niat nak ke bilik Qaisara terbatal bila melihat Kak Liz dan Kak Lin sedang membuka pintu bilik mereka.Jadi dia merancang untuk memujuk Qaisara esok pagi semasa di dalam kapal terbang. Biar dia tidak boleh lari ke mana-mana.

QALIFWhere stories live. Discover now