"Saya mintak maaf. Bukan saya tak nak kahwin dengan Qalif tapi kami baru je kenal. Tak terlalu awal ke nk kahwin?"
Qaisara cuba menyusun ayat supaya mama Qalif tidak terasa hati dengannya.Takut juga jika dia tidak dapat menjadi menantu terus nanti.Datin Qamilia bangun dan duduk di sebelah Qaisara. Dia memegang tangan Qaisara dan memandang gadis itu.
"Sara,Mama dah lama nak tengok anak mama tu kahwin.Lepas kejadian tunang dia meninggal, mama takut hati dia dah tak terbuka untuk terima orang lain.Mama pun dah tua Sara.Mama nak ada orang yang jaga dia bila mama dah tak ada nanti.Tolong ya Sara? Kahwin dengan Qalif."
Qalif sebak melihat mama nya. Wanita itu sentiasa inginkan yang terbaik buat nya.Sekarang mama nya sudah merestui hubungannya dengan Qaisara.Hanya tunggu Qaisara setuju atau tidak jadi suri hati nya.
"Nek tak apa ke?"
Qaisara bertanya dahulu kepada Sariah.Mata lah tahu Sariah tak nak dia kahwin lagi. Umur pun masih muda. Tapi apabila melihat Sariah tersenyum dan mengangguk perlahan maksudnya neneknya juga setuju. Qaisara memandang ke arah Qalif. Qalif mengalihkan pandangan ke tempat lain.Dia sebenarnya berdebar menanti jawapan dari Qaisara.
"Qaisara setuju jadi isteri Qalif."
Sariah dan Datin Qamilia bersyukur dengan keputusan Qaisara.Qalif menghadiahkan satu senyuman kepada Qaisara.Tidak lama lagi dia akan menjadi suami kepada Qaisara.Dia berharap dapat menjaga Qaisara dan menjadi suami yang terbaik.
"Sara nak tak pergi butik cari baju kahwin hari ni?Tapi kalau Sara busy tak apa lah. Lain kali kita pergi."
Datin Qamilia cuba buat ayat minta simpati.Dia harap Qaisara tidak sibuk dan boleh pergi ke butik dengannya hari ini.
"Boleh mama."
Qaisara masih malu-malu ingin memanggil datin Qamilia dengan panggilan mama.Qalif pula sedang menutup mulutnya dengan tangan menahan dari ketawa.
Datin Qamilia sudah memujuk Sariah untuk ikut mereka tetapi Sariah menolak.Sariah menyuruh Qalif menjaga Qaisara cucunya itu. Akhirnya mereka cuma pergi bertiga.Untung lah hari ini Qalif membawa kereta range rover. Kalau dia bawa ferrari itu entah mana dia perlu sumbat Qaisara.
Setelah sampai di butik,Datin Qamilia berjalan dengan Qaisara dan Qalif menjadi halimunan.Tapi Qalif tidak kisah, dia bahagia lihat mamanya dengan Qaisara. Semoga urusan mereka untuk berkahwin dipermudahkan.Mereka masuk ke dalam butik pengantin dua tingkat itu. Butik ini ialah milik kawan mamanya.Semua baju di situ di lihat satu persatu oleh datin Qamilia. Semuanya cantik dan sesuai dengan Qaisara.
"Sara,kamu pilih lah yang mana kamu rasa kamu suka. Lepastu tanya Qalif dia suka ke tak.Mama nak jumpa kawan mama kejap nak bincang pasal pelamin.Sara pilih baju je. Mama tolong uruskan yang lain ya?"
Qaisara mengangguk dan melihat datin Qamilia pergi ke kawannya.Memang bakal mak mertua nya itu terlebih excited.Dia tidak kisah jika pelamin dan lain lain diuruskan oleh datin Qamilia kerana dia tidak terlampau pandai memilih.
Qaisara masih melihat baju-baju pengantin yang cantik tergantung. Dia rambang mata nak memilih. Semuanya cantik.Tiba-tiba satu tangan mengambil baju yang berada di hadapannya.
"Aku nak kau pakai yang ni.Cantik, tak ketat,perfect with you."
Qalif memilih baju untuk Qaisara.Qaisara pun sebenarnya sukakan baju tu. Tapi tidak sempat dia nak ambil Qalif dah ambil terlebih dahulu.
"Saya pun suka baju.Awak tak cari lagi baju awak?"
Qaisara bertanya kepada Qalif.Bakal suaminya ini sibuk mencari baju untuk dirinya tapi diri sendiri masih tiada baju.Qaisara tidak sabar ingin melihat Qalif semasa hari perkahwinan mereka nanti.
"Baju?Tak payah lah. Nanti nak bukak jugak kan?"
Qalif menyakat Qaisara.Mendengar ayat itu Qaisara mula malu.Dan pergi ke tempat lain.Takut pengsan dalam butik ni pulak.Qalif mengikuti Qaisara tetapi masih berjarak jauh.
"Kau takut eh?"
Tiba-tiba datin Qamilia menepuk belakang Qalif menggunakan handbag channel miliknya.Dia tidak sangka Qalif masih ber aku kau dengan Qaisara.
"Ish kamu ni Qalif. Nanti lepas kahwin panggil sweet sikit.Kalau aku kau lagi ni nampak handbag ni? Melekat dekat kepala kamu nanti."
Datin Qamilia menegur anaknya.Qalif memandang Qaisara yang sedang ketawa lihat dia di marahi mamanya.Mama pun kacau daun. Baru dia nak menyakat Qaisara.
"Sara dah pilih baju?"
Datin Qamilia bertanya kepada Qaisara kot la dia tak dapat nak cari baju sebab kena kacau dengan Qalif.
"Dah ma."
Qaisara mengangkat jari telunjuknya dan dihalakan ke arah Qalif. Datin Qamilia melihat baju yang dipegang Qalif.Memang baju tu sesuai dengan Qaisara.
"Kalau macam tu, tinggal nak cari baju Qalif je lah.Yang lain semua mama dah uruskan."
Memang datin Qamilia dah uruskan hal lain.Selepas itu datin Qamilia dan Qaisara memilih baju untuk Qalif pula.Setelah semuanya selesai,Qalif menghantar Qaisara balik ke rumah.Kini mereka hanya perlu menghitung hari menunggu hari bahagia mereka.
YOU ARE READING
QALIF
RomanceSeorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak dia bekerja di situ hidupnya perlahan lahan mula berubah apabila hadir rasa cinta terhadap bos nya Sy...