Bab13

354 11 0
                                    

Qaisara menghabiskan empat jam itu dengan membaca novel, makan, dengar lagu dan tidur.Nak berbual tapi tempat duduk sebelah kosong. Teddy bear Rizqi la yang menjadi peneman.Dia memberikan nama Qiqi pada teddy bear putih itu.

Selama berada di dalam kapal terbang itu,dia langsung tidak melihat Qalif. Mungkin Qalif berada di bilik untuk vip.Dia tidak pelik jika Qalif duduk di bilik mewah layanan first class itu.

Setelah turun dari kapal terbang, mereka berjalan untuk keluar dari airport itu.Sempat Qaisara melihat Rizqi yang berada jauh dari nya.Lelaki itu berjalan ke arah lain. Mungkin dia ada hal yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba Kak Liz dan kawannya itu datang menghampiri Qaisara. Kak Liz menepuk perlahan bahu Qaisara yang tak berisi itu.Qaisara memandang Kak Liz yang sedang tersenyum pada dia.

"Laju betul jalan. Semput akak nak kejar. Ni kawan kak Liz, nama dia Linda. Panggil je kak Lin."

Kak Liz mengenalkan kawannya itu pada Qaisara. Mereka bersalaman dan berjalan bersama-sama mengikuti pekerja yang lain.Wajah kak Lin tidak jauh beza dengan wajah kak Liz.Kalau kak Liz tidak beritahu kak Lin ini kawannya pasti dia berfikir mereka adik beradik.

"Qai,kamu ada apa apa ke dengan tuan Qalif tu?Tadi kak Liz nampak dia selimutkan kamu masa kamu tidur."

Langkah Qaisara terhenti.Jantung laju mengepam darah.Mulut terkunci dari mengeluarkan suara.Dia langsung tidak terfikir yang menyelimutkan dia tadi ialah Qalif.Dia ingatkan Rizqi yang menyelimutkan dirinya. Tapi bila difikir kembali, tidak logik Rizqi yang datang kerana dia perlu membawa kapal terbang itu.

Walaupun setiap kapal terbang memiliki dua pilot, tapi tidak bermaksud salah seorang dari mereka boleh pergi ke tempat lain sesuka hati kecuali ada kecemasan.

"Betul ke Qalif yang selimutkan Qai tadi? Kak Liz nak melawak eh?"

Qaisara masih tidak percaya apa yang dikatakan kak Liz tadi. Tapi jika benar Qalif yang lakukan, makin laju lah degupan jantung dia. Siapa yang tak sakit jantung kalau crush selimutkan.

"Ye Qai, akak pun nampak tadi. Tapi bagus tuan Qalif tu dia tak sentuh pun kamu."

Kak Lin membenarkan kata-kata sahabatnya itu. Dia menjadi saksi ke dua.Bila tahu kak Liz dan Kak Lin nampak kejadian itu, dia sedikit malu. Nasib lah mereka tak dengar si Qalif tu kata sweet dreams padanya.

"Untung lah, sorang bagi teddy bear sorang lagi tolong selimut.Dua dua kau nak sapu. Boleh tahan gatal juga kau ni kan?"

Salah seorang dari waitress yang kerja satu tingkat dengannya itu menyindir dirinya.Kawannya di sebelah pula buat job menjeling.Qaisara tidak ingin membalas kata kata perempuan itu. Dia, kak Liz dan Kak Lin berjalan lebih laju meninggalkan dua perempuan itu di belakang.

Akhirnya mereka sampai di luar.Empat buah bas untuk mereka telah sampai di hadapan airport itu.Mereka laju masuk ke dalam bas untuk mencari tempat duduk. Kak Liz masih memilih untuk duduk berdua dengan Kak Lin dan Qaisara masih duduk di tempat paling belakang seorang diri.Dia memakai headphone dan kepala disandarkan pada tingkap.

"Termenung apa tu? I duduk kat sebelah pun tak perasan."

Qaisara memandang Rizqi yang telah selamat duduk di sebelahnya.Qaisara rasa tidak selesa tapi tak sampai hati nak halau lelaki itu. Akhirnya dia membiarkan sahaja Rizqi duduk di sebelahnya.

"Tengah feeling dengar lagu."

Qaisara memandang tingkap semula. Tiba-tiba suasana dalam bas itu sunyi sepi. Qaisara melihat hadapan kot lah orang dah turun tapi bas belum gerak lagi.Rupanya bos mereka baru masuk. Qaisara simpan rasa gembiranya dalam hati. Boleh lah dia tengok Qalif seminit sekali. Qalif pula duduk di kerusi hadapannya.Dapat lah dia lihat bayang Qalif di tingkap bas itu.

"Eh, habis bateri pulak fon ni. Power bank tertinggal pulak."

Qaisara mengeluh fonnya telah terpadam kerana habis bateri.Lama sangat dengar lagu dalam kapal terbang tadi. Dia pun cas tak sampai seratus peratus.Baru nak keluarkan novel dari beg tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan earphone kepadanya.

"Pakai la earphone i. You pakai sebelah, i pakai sebelah. Ok you nak dengar lagu apa? I bukakan."

Rizqi ni memang terlebih baik dengannya. Dia mengambil earphone itu dan dipakai pada telinga kirinya.

"Saya nak lagu yang relax je. Jangan buka lagu rock pulak."

Rizqi hanya mengikut kehendak Qaisara. Buah hati mintak lagu relax, lagu relax la dia akan cari.Jari sibuk mencari lagu, mata pula sibuk curi pandang teddy bear yang berada dalam pelukan Qaisara. Dua dua comel.

Rizqi membuka lagu sempurna andra the backbone. Qaisara nampak macam suka dengan lagu tu jadi Rizqi tidak menukar lagu lain.Qaisara mengalihkan pandangannya pada tingkap semula.

Bas sudah bergerak menuju ke Incheon.Dalam perjalanan itu, mereka berdua menghabiskan masa sambil mendengar lagu bersama. Kadang-kadang Rizqi memandang Qaisara dan membayangkan masa depannya dengan gadis itu.Dia tersenyum sendiri. Qaisara juga sedang memikirkan masa depannya. Masa depan bersama Qalif. Entah dapat jadi kenyataan atau pun tidak.

QALIFWhere stories live. Discover now