"Hoi, kau ada lesen ke tak? Ambik lesen sampai L je ke? Mata tu tengok mana? Habis aku kau sodok."
Lelaki itu laju melemparkan kata-kata pada Qaisara.
"Amboii, moyang tak ajar adab ke? Panggil orang hoi. Tadi saya tengah call nenek saya. Tak perasan awak kat depan. Saya mintak maaf."
Qaisara cuba bercakap dengan sabar.Takut lelaki itu meminta ganti rugi. Duit yang dia ada pun hanya cukup untuk mengisi minyak kereta dan makan.
Qaisara melihat jam di tangannya sekilas. Sudah terlanggar orang, kini dia terlambat masuk kerja sepuluh minit. Hati makin risau dengan nasibnya sebentar lagi. Dia perlu bertemu bos untuk menghantar resume yang diminta semasa interview minggu lepas.
Tangan pantas mencapai kunci kereta dan di simpan di dalam beg silang nya yang berwarna merah jambu itu. Pintu kereta dibuka dan kaki laju melangkah keluar.Dia berlalu dari situ tanpa menghiraukan lelaki tadi.
"kau nk pergi mana? Tu baby aku dah calar sapa nak bayar?"
Mata melihat Qaisara berlalu dari situ. Gadis itu semakin jauh dan menghilang dari pandangannya.
______________
Langkah Qaisara semakin laju sehinggalah dia tiba di hadapan pintu bilik bosnya. Nafas diatur terlebih dahulu sebelum tangan mengetuk pintu itu. Namun tiada sahutan.Dia melihat nama Qalif yang cantik terukir di pintu itu.
Qaisara teringat latar belakang bosnya itu.Seseorang lelaki yang menjadi pujaan hati wanita kerana dirinya yang serba sempurna. Dia memiliki restoran sendiri dan dia juga chef terkenal yang membuatkan restoran ini sentiasa ramai pelanggan. Layanan dan makanan di restoran ini ialah lima bintang.
"Kau tercegat apa depan pintu bilik aku ni?"
Suara lelaki itu dikenali oleh Qaisara. Dia memusingkan badannya untuk melihat pemilik suara itu. Dan benar, pemilik suara itu ialah lelaki yang dilanggarnya tadi.
"Awak buat apa dekat sini?"
Helmet masih menutupi wajah lelaki itu.Tetapi Qaisara dapat melihat samar samar wajah lelaki itu disebalik baizer gelap itu.
"Ni bilik aku. Kau tu buat apa kat sini?"
Otak Qaisara ligat mencerna kata-kata lelaki itu.Setelah beberapa saat barulah dia sedar yang lelaki ini ialah bosnya iaitu Qalif. Tuan Syed Qalif Al-Fatah.
Hati mula gelisah. Dalam fikirannya sudah terbayang dia akan dipecat pada hari pertama dia mula bekerja.
"saya nak hantar resume." Qaisara menunjukkan resume ditanggannya. Qalif melihat sekilas dan meninggalkan Qaisara di situ. Dia menanggalkan helmet dan diletak di atas meja. Setelah itu dia duduk di kerusinya.
Qaisara dapat melihat setiap inci wajah itu. Kulit putih bersih. Hidung mancung terletak. Bulu mata yang sedikit lentik. Kening yang cantik terukir. Bibir merah dan mata berwarna coklat cair.
Tanpa dia sedar, mata itu merenung tajam ke arahnya.
YOU ARE READING
QALIF
RomanceSeorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak dia bekerja di situ hidupnya perlahan lahan mula berubah apabila hadir rasa cinta terhadap bos nya Sy...