Bab24

360 12 4
                                    

Qalif sedang menunggu mamanya di airport.Bayang datin Qamilia masih belum terlihat.Sementara menunggu, Qalif duduk sambil mengeluarkan telefonnya.Gambar Qaisara yang dia ambil secara diam-diam di lihat lama.

Hari ini Qaisara telah dibenarkan pulang.Dia telah menghantar Qaisara dan Sariah pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum datang ke airport.Tiba-tiba dia teringat janjinya dengan Sariah.Qalif mula risau jika Sariah terlalu berharap dia berkahwin dengan Qaisara.Apa-apa pun dia perlu menunggu restu dari mama nya.

"Termenung apa tu Qalif?Sampai mama kat depan ni pun kamu tak nampak."

Datin Qamilia bercekak pinggang di hadapan Qalif. Ingatkan bila dia balik Qalif berlari nak peluk dia.Tapi ini dia depan mata pun Qalif tak perasan.

"Eh mama.Sorry Qalif tengah fikir hal kerja tadi."

Laju tangan Qalif memasukkan fon kedalam poket seluarnya.Dia terpaksa lah tipu sunat kerana dia ingin beritahu pasal Qaisara pada mama nya itu bila balik ke rumah nanti.Dia yakin mama nya akan gembira dengan berita tentang Qaisara.Mana lah tak gembira,lama mama nya itu teringin nak menantu.Qalif  mengangkat beg mama nya dan memusingkan badan untuk jalan.

"Wait.Mama ada hadiah untuk Qalif.Harap-harap Qalif suka lah."

Langkah Qalif terhenti.Dia menunggu hadiah dari mama nya. Entah hadiah apa lah yang mama nya nak bagi sampai tak boleh tunggu balik rumah. Datin Qamilia memanggil seseorang.Qalif mula pelik melihat tingkah laku mamanya.Tiba-tiba datang seorang perempuan berambut blonde dan mata biru.Qalif berfikir perempuan itu kawan baru mama nya semasa di oversea.

"Ini lah hadiah Qalif."

Qalif masih tidak faham apa yang mama nya cuba lakukan.Minah salleh itu kah hadiah nya.Otak masih tidak dapat mencerna perkara yang sedang berlaku sekarang.

"I don't get it mama."

Qalif jujur dengan mama nya. Memang dia tidak faham dengan situasi itu.Datin Qamilia senyum kepada anaknya dan memandang minah salleh itu.

"Ini bakal menantu mama.Mama nak kamu kenal dengan dia."

Barulah Qalif faham, mama nya sibuk mencari menantu di oversea.Dia mula pening kepala dengan datin Qamilia.Teruk betul nak menantu.

"Mama,Qalif tak nak dia. Qalif dah dapat pengganti.Nanti Qalif bawak dia jumpa mama.Kalau tak sabar sangat, Qalif bawak petang ni."

Terkeluar juga berita gembira itu dari mulut nya.Datin Qamilia menghampiri Qalif dan memegang pipi anaknya itu.Dia masih tidak percaya. Takut Qalif menipu kerana tak nak minah salleh tu.

"Seriously Qalif?"

Kalau betul apa yang Qalif katakan itu, dia lah wanita paling bahagia di Malaysia hari ini.Lama dia menunggu berita itu dari Qalif.Akhirnya Qalif telah melupakan kekasih lama nya.

"Yes i'm serious."

Qalif memegang tangan datin Qamilia yang masih melekat di pipinya.Mata mama nya itu sedikit berair. Mungkin terharu.

"Bawak mama jumpa dia sekarang jugak!"

Qalif ketawa melihat mama nya yang memang tidak sabar nak berjumpa dengan menantu.Dia mengangguk dan pergi dari situ bersama datin Qamilia.Minah Salleh itu terkebil-kebil di tinggal seorang diri.

Mereka dalam perjalanan untuk ke rumah Qaisara.Qalif telah menelefon Qaisara untuk meminta izin ke rumahnya.Dia juga beritahu mama nya juga ikut sekali.

"Apa nama dia?"

Datin Qamilia teringin nak tahu nama menantunya itu.

"Qaisara Melissa."

Datin Qamilia semakin teruja untuk berjumpa.Nama pun dah cantik, orangnya mesti cantik juga.Senyum tidak lekang dari bibirnya.Gembira sangat hati wanita itu.

Sampai sahaja di hadapan rumah Qaisara,datin Qamilia laju membuka pintu kereta dan turun.Qalif tersenyum melihat mama nya gembira seperti itu.Tiada lagi pujukan untuk dia mencari pengganti.

Datin Qamilia dan Qalif berdiri di depan pintu rumah Qaisara.Qalif memberi salam dan mengetuk pintu itu.Baru nak ketuk untuk kali kedua, pintu telah terbuka.Datin Qamilia terkejut dan terdiam.Jantung rasa nak luruh ke lutut bila melihat orang yang membukakan pintu itu.Dia seperti tidak percaya itu bakal menantunya.Terlalu jauh dari apa yang dia bayangkan.Perempuan yang berada di hadapannya ini jelas lebih tua dari dirinya.

"Qalif,Puan, jemput lah masuk.Qaisara tengah buat air dekat dapur."

Datin Qamilia mula pening.Qaisara sedang buat air di dapur.Jadi wanita di hadapannya ini bukanlah Qaisara.Bila dia sedar, barulah dia berasa lega.Mati-mati dia ingat itu lah Qaisara.

"Mama, ni nenek Sara.Nek,ni mama Qalif."

Qalif lama perhatikan mama nya yang tadi seperti pelik dan terkejut.Mungkin mama nya ingat itu ialah Qaisara. Qalif menggeleng perlahan. Datin Qamilia dan Qalif masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa.Rumah Qaisara cantik dan kemas.Datin Qamilia semakin tidak sabar nak berjumpa dengan gadis itu.

Tak sampai dua minit mereka duduk,datang seorang gadis yang cantik bertudung sedang membawa air.Datin Qamilia melihat gadis itu dari atas sampai bawah.Cantik betul bakal menantunya itu.Sejuk mata memandang.Qaisara meletakkan air di atas meja berhadapan dengan Qalif dan Datin Qamilia.Dia menyalam wanita itu dan duduk di sebelah Sariah.Hati mula berdebar dengan situasi seperti itu.

"Mama nak kamu kahwin dengan Qalif minggu depan."

Semua terkejut dengan apa yang dikatakan datin Qamilia yang secara tiba-tiba itu.Qaisara memandang Qalif, dan Qalif memandangnya. Mata mereka tidak berkelip. Dua dua sedang terkejut. Sariah pula hanya tersenyum. Dia setuju dengan cadangan datin Qamilia. Perkara yang baik tidak perlu di lambat-lambatkan.

QALIFWhere stories live. Discover now