Hari inilah hari yang ditunggu-tunggu kan. Qaisara cantik berbaju putih.Tangan berinai itu menggenggam bunga.Tudungnya sedang dililit kemas oleh mua perempuan.Sariah melihat cucunya yang sebentar lagi akan menjadi isteri sah kepada Syed Qalif Al-Fatah.Hati nya tidak berhenti berdoa supaya jodoh mereka berkekalan.
"Qai,nanti jangan melawan cakap suami tau.Hormat Qalif tu."
Dari semalam lagi Sariah menasihati cucunya.Semua nasihat Sariah diingati Qaisara.Takut sangat Qaisara jadi isteri derhaka.
"Ya nek.Qai ingat semua yang nenek pesan. Nenek jangan risau lah."
Qaisara tahu sebenarnya Sariah sedih
kerana selepas ini Qaisara akan tinggal bersama Qalif.Sunyi lah rumah Sariah tu.Cucu pun sorang ni sahaja."Nek,Qalif tak sampai lagi ke?Majlis dah nak mula dah ni."
Qaisara mula risau. Lagi lima minit majlis perkahwinan dia dan Qalif akan berlangsung tapi pengantin lelaki masih belum sampai.
"Tak apa, kita keluar dulu.Kejap lagi sampai lah tu."
Sariah memujuk cucunya. Mungkin Qaisara takut Qalif tak jadi kahwin dengannya.Qaisara berjalan keluar dari bilik hotel itu dengan Sariah. Dia memegang tangan neneknya itu. Hati mula berdebar-debar.Tiba-tiba seseorang memanggil nama Qaisara.
"Sara!!"
Qaisara dan Sariah memandang empunya suara itu.Rupanya datin Qamilia yang memanggil. Wanita itu datang ke arah Qaisara dengan nafas yang tidak teratur.
"Sara, maaf lah Qalif lambat sikit.Haritu dia bagitau mama dia nak buat kek kahwin dia sendiri.Maklumlah dia kan chef.Mula-mula mama tak setuju. Lepastu dia nak jugak, mama pun terpaksa lah setuju.Tak apalah, baru lah sweet kan? Pengantin laki yang buat kek kahwin.Terkejut mama tengok kek tu tadi. Nanti kamu tengok lah. Dah jom jom semua orang dah tunggu dah tu."
Barulah Qaisara tahu kenapa Qalif lambat. Rupanya bakal suami dia sibuk buat kek.Sariah hanya ketawa mendengar cerita datin Qamilia.Qalif memang gigih dan rajin.
Qaisara duduk di kerusi pengantin ditemani Sariah dan datin Qamilia.Pelamin pilihan mak mertua nya itu memang cantik dan kena dengan cita rasanya.Ruangan itu dipenuhi bunga-bunga berwarna putih.Di depan pintu masuk ada cermin besar yang tertulis nama Qalif dan Qaisara.Meja untuk tetamu diletakkan sangkar kecil yang di dalamnya ada dua ekor burung yang diperbuat dari berlian.Di sebelah kanan ialah tempat menyediakan makanan untuk tetamu. Makanan yang disediakan hampir lima puluh jenis.Di sebelah kiri pula ada meja panjang yang diletakkan doorgift untuk tetamu.Tidak berapa jauh dari pelaminnya ada kek tujuh tingkat yang diletakkan di atas meja bulat.Setiap lapisan kek itu ditulis Q&Q. Dan di lapisan paling atas ada satu set barang kemas untuknya.Dia terharu dengan usaha Qalif.
Qalif berada di meja yang berhadapan dengan pelamin.Di sebelahnya ada Rizqi dan di hadapannya ada tok kadi. Qalif menarik nafas terlebih dahulu sebelum memegang tangan tok kadi itu.Semua tetamu sedang memandang ke arah Qalif. Qaisara juga memandang Qalif dengan hati yang berdebar-debar.
"Syed Qalif Al-Fatah bin Syed Qamil."
"Ya,saya"
"Aku nikah kan kau dengan Qaisara Melissa binti Mohtar dengan mas kahwin lima puluh ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikah nya Qaisara Melissa binti Mohtar dengan mas kahwin lima puluh ribu ringgit tunai."
Semua mengucapkan alhamdulillah dan mendoakan kebahagiaan untuk mereka.Rizqi menepuk bahu Qalif dan mengangkat ibu jari nya. Qaisara pula menitiskan air matanya dan memeluk Sariah dan datin Qamilia.Kini dia telah menjadi isteri kepada Qalif.Sariah dan datin Qamilia turun dan duduk di meja tetamu.Qalif menghampiri Qaisara dan duduk di sebelah isterinya itu. Dia menarik tangan kanan Qaisara dan menyarungkan cincin pada jari manis Qaisara.Kemudian Qaisara menyalam tangan Qalif dan Qalif mencium ubun-ubun Qaisara dan berbisik kepada isterinya itu.
"Assalamualaikum Sara.You are my beautiful destiny."
Qaisara semakin malu dan berdebar-debar.Qalif geli hati melihat reaksi isterinya itu.Photographer pula sedang mengambil gambar mereka berdua.
"Dekat lagi pengantin perempuan tu. Jauh jauh nak pergi mana."
Qalif menarik pinggang Qaisara untuk mendekatkan mereka. Dua-dua memandang kamera di hadapan. Macam-macam gaya yang disuruh mereka buat.Cahaya dari kamera itu membuatkan mata Qaisara silau. Qalif yang menyedari hal itu terus menghalang cahaya dari mata Qaisara menggunakan tangannya.
"Sakit mata ke?"
Qalif menyuruh photographer itu pergi.Entah berapa ratus gambar yang dia dah ambik.
"Dah jom pergi dekat tetamu."
Qalif menarik tangan Qaisara. Qaisara bangun dan berjalan dengan Qalif ke arah tetamu. Dia melihat tangan Qalif yang sedang memegang tangannya itu.Dia tersenyum bahagia dan memandang Qalif yang sedang membelakanginya.
"Qaisara!"
Kak Liz memanggil Qaisara.Qaisara menarik tangan Qalif untuk ke meja kak Liz.
"Selamat pengantin baru. Tak sangka dah kawin dah tuan Qalif dengan Qaisara. Haritu baru tuan Qalif tolong selimutkan Qaisara.Hari ni dua-dua share la selimut."
Qalif terkejut. Tak sangka ada yang nampak dia selimutkan Qaisara. Qaisara pula sedang malu-malu kucing. Mereka berterima kasih kepada kak Liz kerana sudi datang. Kemudian Rizqi pula memanggil mereka.
"Selamat pengantin baru.Sempat jugak aku tengok kau kahwin. Jaga Qaisara elok-elok.Kalau aku dah tak ada nanti, kau dah ada kawan baru.Tak ada lah aku risau dah."
Rizqi meluahkan perasaannya.Dia juga bahagia bila lihat kawannya itu akhirnya kahwin.Tentang perasaannya terhadap Qaisara sudah pun hilang. Dia tidak mahu menyimpan perasaan dengan isteri kawannya itu.
"Kau jangan risau Qi. Memang elok-elok aku jaga dia nanti."
Qalif dan Qaisara pergi ke meja tetamu lain pula. Pengantin memang sibuk di hari perkahwinan mereka.
Rizqi merasakan dadanya tiba-tiba sakit.Dia bangun dari kerusi dan berlari keluar dari situ.Qaisara dan Qalif memandang Rizqi pelik.
Rizqi lari masuk ke keretanya untuk mengambil ubat.Dada semakin sakit. Tangan terketar-ketar mengambil ubat. Tiba-tiba pandangannya berubah menjadi hitam.Dia pengsan di dalam keretanya itu namun tiada siapa yang perasan.
YOU ARE READING
QALIF
RomanceSeorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak dia bekerja di situ hidupnya perlahan lahan mula berubah apabila hadir rasa cinta terhadap bos nya Sy...