Bab10

416 13 1
                                    

Qaisara berdiri di belakang Qalif. Tangan kanannya memegang baju Qalif. Dia dapat melihat wajah Qalif yang mula bertukar merah.Urat ditangannya juga mula timbul.

Lelaki tua itu melepaskan tangannya dan dia bangun pergi dari situ.Mungkin marah kerana Qalif mengganggu dirinya untuk memegang Qaisara. Namun lelaki itu tidak berani bersuara. Dia hanya hadiahkan jelingan kepada Qalif.Qalif memusingkan kepalanya sedikit untuk melihat Qaisara yang berada di belakangnya.

"Kau ok?"

Qalif merisaukan keadaan Qaisara. Memang susah menjadi perempuan cantik. Sentiasa diganggu.

"Saya ok. Dia tak sempat pegang saya pun. Terima kasih tolong saya tadi."

Qaisara memandang Qalif. Dia bersyukur ditolong lelaki itu. Jika tiada Qalif mungkin lelaki tua tadi sudah memegang tangannya.Dan disebabkan kejadian tadi, dia semakin yakin dengan perasaannya.Dia mula menyukai Qalif.Namun, dia berusaha menutupi perasaan itu.

"Ni berapa lama kau nak pegang baju aku ni. Sebelum kedut baik kau lepas."

Qaisara lupa tangannya masih memegang baju Qalif. Dia menundukkan kepalanya kerana malu.Tangan disorok ke belakang badan.

Pelanggan lain sudah mengalihkan pandangan mereka. Nasib baik tiada yang merakam kejadian tadi. Kalau tak, viral muka dia dan Qalif.

"Dah, pergi sambung kerja. Bankrup aku nanti sebab kau."

Selepas itu Qalif berlalu pergi. Qaisara melihat Qalif yang semakin menjauh. Lelaki itu terus berjalan tanpa melihat ke belakang. Qaisara tersenyum dan menyambung pekerjaannya.

Semasa waktu rehat, dia dan Kak Liz keluar makan bersama. Tekak teringin mee goreng mamak.Di restoran Qalif hanya ada mee goreng kayangan.Harga mee goreng saja sudah sama dengan harga makan mereka untuk tiga hari.Memang restoran itu untuk orang yang berduit sahaja.

"Qai tahu tak minggu depan semua staff kena pergi korea tiga hari.Tuan Qalif tanggung semua. Jangan risau."

Qaisara hampir tersedak mee goreng mendengar hal itu. Kaya betul Qalif ingin menanggung semua. Tetapi dia masih pelik. Qalif buka restoran dekat korea ke.

"Buat apa dekat sana?"

Qaisara ingin tahu sebab mereka ke sana.

"Setiap tahun memang tuan Qalif akan bawak pekerja dia pegi bercuti.Baik kan bos kita tu. Dah la handsome."

Qaisara semakin terkejut.Sampai ke Korea Qalif bawak pekerjanya bercuti.Memang untung bekerja dengan Qalif.Selepas itu, mereka sambung menghabiskan mee goreng masing masing.

Semasa balik ke restoran,Qaisara terjumpa Rizqi yang sedang berjalan keluar dari situ. Rizqi datang ke arah Qaisara sambil tersenyum. Mana la tak senyum, jumpa pujaan hati.Makin cantik Qaisara di matanya.

"Hi Qaisara. Baru lepas rehat ke?"

Qaisara senyum dan mengangguk kepada Rizqi.

"You dah tahu ke minggu depan Qalif nak bawak staff dia pergi bercuti dekat korea?"

Rizqi bertanya kepada Qaisara.Jika Qaisara sudah tahu, dia ada kejutan untuknya.

"Kak Liz baru bagitau saya tadi.Awak pun pergi ke?"

Walaupun dia tahu Rizqi bukan bekerja di situ dia tetap bertanya. Mungkin Rizqi akan ikut kawannya itu dan menghabiskan masa bersama di Korea. Qaisara terbayang Rizqi dan Qalif memakai baju sejuk berwarna pink. Dia menahan senyum supaya tidak di tanya apa apa oleh Rizqi.

"Yes, i pun pergi jugak. Nanti i yang bawak kapal terbang tu bawak semua pergi korea."

Qaisara seperti tidak percaya. Dia lupa Rizqi seorang pilot.

"Serious la?Wow, saya teringin nak tengok awak pakai uniform pilot tu.Setakat ni dah berapa perempuan try awak bila tengok awak pakai baju tu?"

Rizqi tergelak kecil mendengar hal itu.Memang ramai perempuan yang cuba mendapatkannya lagi lagi bila tengok dia berbaju putih itu. Tapi tiada seorang pun yang berjaya dapatkan hatinya. Tapi sekarang hatinya telah terisi dengan seseorang. Gadis di hadapannya ini telah mencuri hatinya.

"Waktu rehat dah habis kan? Kau nak menggatal dekat sini sampai raya ke?"

QALIFWhere stories live. Discover now