Bab22

362 10 3
                                    

Tidak lena tidur Qalif mengingatkan Qaisara.Dia meminta assistantnya iaitu Adib untuk membatalkan semua temujanji dengan reporter hari ini.Awal-awal pagi lagi Qalif sudah bergerak untuk ke hospital melawat kekasihnya itu.Sejambak bunga ros diletakkan di tempat duduk belakang keretanya.

Sesampai sahaja di hospital, dia terus berlalu ke bilik Qaisara. Pintu di ketuk terlebih dahulu dan menunggu sahutan dari Sariah.Sariah tidak balik ke rumah kerana menjaga cucunya itu.Qalif nampak mata Sariah yang sembab mungkin kerana malam semalam Sariah menangis terlalu lama.Siapa yang tidak sedih bila melihat orang yang disayangi terbaring kaku tidak bersuara.

"Nenek balik rehat dulu ya? Biar Qalif jagakan Qaisara."

Qalif menyuruh Sariah balik untuk berehat dahulu.Kini giliran dia pula untuk menjaga Qaisara. Qalif meletakkan jambangan bunga itu di atas meja di bilik Qaisara kemudian dia mengangkat beg Sariah dan memimpin tangan Sariah keluar dari bilik itu.Qalif menelefon Adib untuk menghantar Sariah balik ke rumah dan dia menamatkan panggilan.

"Nenek duduk dekat kerusi ni dulu. Nanti kawan Qalif datang ambik nenek."

Qalif menyalam tangan tua itu dan berlalu pergi. Dia masuk ke bilik Qaisara dan duduk menghampiri gadis itu.Hati nya sebak melihat keadaan Qaisara. Dia berharap bibir itu tersenyum kepadanya.

"Sara,cepat la bangun aku tak boleh tengok kau sakit macam ni.Aku rindu kau Sara. Sebenarnya haritu aku gurau je. Tak tahu pulak kau ni kuat merajuk.Dah merajuk tak bagi aku pujuk pulak.Nasib baik masa kena rompak tu Rizqi ada.Dia cakap dia lalu situ sebab malas guna jalan jauh jugak. Tengok la dua dua pemalas sangat. Last-last dua dua melepas ke sini.Polis jumpa gambar perompak tu dalam fon kau.Pandai betul buah hati aku ni. Polis dah dapat perompak tu. Nasib lah polis yang dapat. Kalau aku yang dapat memang dua dua kat sebelah bilik kau.Hari ni aku bagi bunga dekat kau.Esok kau nak aku bagi apa? Hati aku?. Nanti kau dah bangun, aku masak untuk kau.Kau cakap je nak apa.Bakal suami kau ni chef. Semua dia boleh masak.Kalau kau cepat bangun, cepat la kita kahwin.Mama tak tahu lagi hubungan kita ni. Nanti aku kenalkan kau dekat mama.Mesti dia suka dapat menantu cantik macam kau. Aku pun suka dapat bini cantik.Sara...Jawablah..."

Hari ini air matanya jatuh lagi.Sedih bila Qaisara tidak dapat balas kata-katanya.Kepala di tundukkan ke bawah memandang lantai.Air mata menitik jatuh ke kasut nya.

"Get well soon,sayang."

Rizqi lama perhatikan Qalif dari cermin pintu bilik itu.Dia sedih melihat keadaan Qalif. Kawannya itu baru nak berbahagia kini dia perlu menerima Qaisara terlantar seperti itu.Tidak bergerak, tidak bersuara. Hanya ada bunyi nafas.Rizqi mengetuk pintu bilik itu.Qalif mendongakkan kepalanya memandang Rizqi yang berdiri di hadapan pintu.Laju dia menyeka air matanya.Rizqi menghampiri Qalif dan memegang bahu kawannya itu.

"Lif,Qaisara takkan tinggalkan kau.Dia cintakan kau.Nanti bila dia bangun, kau jaga dia baik-baik.Jangan sakitkan hati dia.Hargai dia Lif.Aku tak sabar nak tengok korang kahwin.Nanti kau kahwin aku teman kau dekat sebelah.Nanti kau nervous berpeluh-peluh aku lap muka kau pakai stokin."

Qalif tersenyum tawar.Dia juga tak sabar nak merasakan saat bahagia itu.Saat di mana Qaisara sah menjadi isterinya.Ada nya Qaisara di sisi akan melengkapkan hidup seorang Syed Qalif Al-Fatah.

"Kau mesti tak makan lagi kan?Ni sah awal-awal pagi tadi sibuk cari bunga je.Pergi lah makan dulu. Isi perut kau tu. Nanti tak pasal-pasal kau join duduk sini."

Tepat tekaan Rizqi. Memang Qalif tak sempat makan pagi tadi.Dalam fikirannya hanya ada Qaisara dan bunga.

"Nanti lah aku makan Qi. Tak puas lagi bercakap dengan dia.Aku rindu sangat nak dengar suara dia."

Rizqi membiarkan Qalif di situ.Bila dah rindu buah hati, perut pun tak rasa lapar dah. Rizqi meninggalkan Qalif dan balik ke biliknya.Dadanya dipegang kerana terasa sakit. Dia cuba menarik nafas perlahan-lahan dan memejamkan matanya.Makin kerap dia di serang penyakit itu.Dia berharap dia sempat melihat saat bahagia Qalif dan Qaisara.

QALIFWhere stories live. Discover now