Bab9

387 17 0
                                    

Disebabkan keretanya tiada,dia memilih untuk menaiki grab ke tempat kerjanya.Baju dibetulkan sedikit. Pagi ini neneknya tiada di rumah. Awal awal pagi lagi Sariah pergi berjoging dengan kawan kawannya. Kebiasaannya Sariah akan balik tengah hari.

Pintu rumah dikunci. Selepas itu, kasut dicapai dan dilemparkan ke kakinya. Dia menyarung kasut hitam itu.Tiba-tiba di hadapannya ada sepasang kaki yang sedang berdiri. Mata melihat ke atas.Rupanya pemilik kaki itu ialah Qalif. Qalif tegak berdiri melihat dirinya memakai kasut.

"Kau tinggal kereta kan? Biar aku hantar kau hari ni."

Qalif ingin menghantar Qaisara.Qaisara memandang lelaki itu dengan pandangan pelik. Qalif hanya menaiki motor. Dia tidak mahu jiran jirannya mengata tentang dia bila melihat dirinya menaiki motor dengan Qalif.

Qalif yang melihat reaksi Qaisara itu dapat meneka apa yang sedang berada di fikirannya.Disebabkan dia ingin menghantar Qaisara, hari ini dia membawa Ferrari sf90 miliknya.Dia jarang menggunakan kereta kerana dia lebih gemar menaiki motor.

Namun hari ini Ferrari nya itu telah memiliki penumpang baru. Dia cuma menggunakan Ferrari itu jika mamanya pulang ke Malaysia. Disebabkan sekarang mamanya masih berada di oversea kerana hal kerja, Ferrari itu pun lama tidak dihidupkan enjinnya.

"Aku bawak kereta hari ni.Kau tak payah berangan nak naik motor dengan aku."

Qaisara menjeling tajam ke arah Qalif. Dia langsung tidak terfikir nak naik motor dengan lelaki itu.Mata melihat sekeliling mencari kereta Qalif sehinggalah dia melihat Ferrari berwarna hitam. Dia yakin itu kereta Qalif.

Selepas itu, dia berjalan dengan Qalif menuju ke Ferrari itu. Hatinya sedikit teruja untuk naik kereta mahal itu. Setelah Qalif masuk ke dalam kereta barulah dia juga ikut masuk.

Tiba-tiba tingkap kereta di bahagian Qalif diketuk. Jelas wajah Sariah di sebalik tingkap itu. Qalif menurunkan tingkap keretanya.

"Kamu nak hantar Qaisara pergi kerja ke?"

Sariah bertanya kepada Qalif sambil tersenyum manis ke arah Qaisara.

"Haah. Boleh saya hantarkan dia?"

Di depan orang lebih berumur dia perlu lebih beradab. Mulut puakanya hilang untuk seketika.Kalau dah dapat hati nenek, baru lah ke langkah seterusnya untuk mendapatkan hati cucu pula.

"Boleh takkan tak boleh. Kamu jaga dia ya?"

Sariah memesan kepada Qalif untuk menjaga cucu nya itu. Qalif tersenyum dan mengangguk. Qaisara hanya mendiamkan diri. Tidak tahu ingin berkata apa. Akhirnya Qalif menaikkan semula tingkap itu. Sariah melambaikan tangannya. Qaisara hanya memerhati tingkah laku neneknya itu. Sariah memang berkenan dengan Qalif.

Setelah sampai ke tempat kerja Qalif berjalan lebih laju dan meninggalkan Qaisara.Qaisara yang bersendirian mengingat kembali kejadian di dalam kereta tadi. Dia mengucapkan terima kasih kepada Qalif dan menghadiahkan senyuman kepadanya. Qalif seperti terkesima melihat senyumnya. Setelah beberapa saat barulah lelaki itu mengalihkan pandangannya dari wajah Qaisara dan terus turun dari kereta.

Hari ini barulah Qalif menggunakan lif khas untuk dirinya itu. Qaisara hanya menaiki lif biasa untuk pekerja dan pelanggan.Setelah dia sampai di tingkat 4, dia memulakan kerjanya. Seorang lelaki seperti berusia 50-an duduk di meja paling hujung. Dia membawa ipadnya dan berjalan ke lelaki itu.

"Order?"

Lelaki itu tidak memesan apa apa. Matanya sibuk melihat Qaisara dengan senyuman pelik. Qaisara mula tidak selesa dipandang seperti itu.

"I nak order you boleh?"

5 patah perkataan itu membuatkan Qaisara semakin tidak selesa dan menapak selangkah kebelakang. Tangan lelaki itu pula cuba menghampiri tangannya. Tiba-tiba tangan lelaki itu dicengkam seseorang. Dia terkejut, Qaisara juga terkejut.

"Don't you dare to touch her!"

Suara Qalif bergema di ruangan itu. Tangannya masih mencengkam tangan lelaki tadi.Beberapa orang yang berada di situ mengalihkan perhatian kearah Qalif.

QALIFWhere stories live. Discover now