Bab7

406 16 1
                                    

"Qaisara,kita dah sampai."

Kereta audi itu berhenti di hadapan sebuah rumah. Rizqi melihat halaman rumah yang cantik dihiasi bunga berwarna warni. Qaisara mencapai beg nya.

"Terima kasih hantar saya. Menyusahkan awak je."

Qaisara mengucapkan terima kasih dan tersenyum kepada Rizqi . Dia malu kerana lelaki itu terlalu baik dengannya. Rizqi memandang Qaisara yang berada di belakang.

"No problem. Kalau you nak i ambik you lusa nanti pun boleh. Kereta you kan tinggal dekat sana."

Rizqi masih sedia menolong. Entah kenapa dia terlalu rajin nak membantu gadis itu. Mungkin Qaisara telah mencuri hatinya. Siapa yang tak cair kalau diberi senyuman manis berkali kali.

"Eh it's okay, saya boleh pergi sendiri."

Qaisara tidak mahu susahkan lagi lelaki yang baru dikenali tidak sampai sehari.Rizqi mengalihkan pandangan ke hadapan dan tangan menggenggam stereng keretanya.

"Okay."

Rizqi menjawab sepatah. Dia membuka pintu kereta dan turun.Langkah menuju kearah pintu Qaisara.Dia membukakan pintu kepada Qaisara dan menolong gadis itu berjalan sehingga di depan pintu rumah. Selepas itu, Qaisara mengeluarkan kunci pintu rumahnya. Dia masuk ke rumah dan memberi salam. Rizqi melihat Qaisara masuk ke dalam rumah sehingga pintu rumah itu ditutup.Baru lah dia senang hati dan pergi dari situ.

"Ooo ni la kerja kau. Menggatal dengan Qi. Kaki kau tu aku yang sapu ubat. Bukan dia."

Lama Qalif memerhatikan drama kawannya dengan Qaisara. Hati sedikit kesal melihat mereka semakin rapat. Tidak lama selepas itu, dia menghidupkan enjin motornya dan meninggalkan kawasan rumah Qaisara.

"Yaallah, kenapa dengan kaki tu Qai?"

Sariah terkejut melihat kaki cucunya berbalut. Dia menghampiri Qaisara dan memapah gadis itu. Sariah membawanya perlahan-lahan ke sofa.

"Tadi sup panas tertumpah dekat kaki Qai. Lepastu melecur sikit. Bos Qai la yang tolong sapu ubat."

Sariah menggelengkan kepalanya. Hati sebak melihat Qaisara. Gadis itu sepatutnya sibuk belajar bukan sibuk bekerja.Hati ingin cuba memujuk Qaisara untuk sambung belajar lagi.

"Qai,kamu tak payah la kerja ya? Duit nenek cukup nak bagi kamu sambung belajar."

Mata Sariah penuh berharap melihat cucunya. Namun Qaisara tetap tidak bersetuju.Biarlah dia tidak dapat sambung belajar seperti kawannya yang lain. Dia tidak mahu menyusahkan Sariah. Telah banyak Sariah berkorban untuk membesarkannya selepas ibu dan ayah meninggal kemalangan 10 tahun lalu.

"Qai tak nak nek. Qai janji lepas ni Qai hati hati."

Sariah kecewa dengan jawapan Qaisara.Setiap kali dia memujuk, itulah ayat yang akan keluar dari mulut cucunya. Tak nak, Qai tak nak dan Qai tak nak nek.Qaisara yang melihat riak wajah neneknya berubah, terus mengalihkan topik.

"Nek, Qai pergi bilik dulu ya?"

Qaisara meminta izin untuk pergi ke biliknya.Setelah Sariah mengangguk, dia bangun dan berjalan ke biliknya.Nasib la biliknya tidak perlu naik tangga kerana biliknya bukan di tingkat 2.

Setelah selesai makan malam dengan neneknya, dia ingin berehat di bilik. Dia tiba tiba terbayangkan Qalif sedang memasak. Hati berdegup sedikit kencang melihat lelaki itu dengan penuh gaya memasak.

"Sayang, pejam mata.Abang ada surprise ni."

Qaisara memejamkan mata nya. Bibir mengukirkan senyuman paling manis. Hati rasa terlalu bahagia dengan lelaki itu.

"Okay, open your eyes!"

Lelaki itu menyuruh Qaisara membuka mata. Qaisara terkejut melihat kek yang ditulis namanya di atas dan gelang emas di tepi kek itu.

"Happy birthday to you my lovely wife."

Qaisara menitiskan air mata bahagia. Dia terharu dengan usaha lelaki itu. Dia tidak sangka Qalif telah menjadi suaminya.

"Thanks abang.Sara sayang abang. I love you so much."

Qaisara melihat gelang di tangannya yang telah dipakaikan oleh Qalif. Gelang itu terukir Q&Q. Qaisara&Qalif. Bibir masih tersenyum dan air mata masih mengalir.Qalif yang melihat isterinya itu masih menangis terus mengusap air mata itu.Bibir Qalif mendekati dahi Qaisara.

"Qai!!ada orang nak jumpa kamu."

Qaisara tersedar dari mimpi itu bila Sariah memanggil namanya.Dia bingkas bangun dan membuka pintu.




QALIFWhere stories live. Discover now