Bab6

431 16 0
                                    

Qalif membawa Qaisara ke bilik rehat untuk waitress. Dia menurunkan Qaisara dan memberinya kerusi.Qaisara perlahan lahan duduk di atas kerusi itu. Tangan digenggam menahan sakit. Qalif mengambil kotak aid kit dan membuka kotak itu. Satu ubat di ambil bersama kapas.

"Aku nak sapu ubat kat kaki kau ni. Tahan sikit."

Ubat itu dituang sedikit di atas kapas kemudian Qalif menyapukan pada luka itu. Qaisara memejamkan mata menahan pedih kerana ubat itu.

"Thanks."

Qaisara berterima kasih kepada bosnya itu. Walaupun mulut puaka tetapi hati dia baik. Dia melihat Qalif melilitkan pembalut luka di kakinya.

"Esok kau cuti je la dulu."

Qalif memberikan Qaisara cuti sehari. Dia ingin perempuan itu berehat dahulu.Namun Qaisara menggelengkan kepalanya.

"Tak nak. Saya nak kerja jugak esok. Baru sehari saya kerja takkan esok dah cuti.Luka ni sikit je saya boleh jalan lagi. Tapi tuan yang over tadi nak dukung saya."

Qalif malu sendiri bila mengingatkan kejadian tadi. Dia terlampau risaukan Qaisara sampai mendukung perempuan itu tanpa lihat keadaan sekeliling.Tangannya laju menunjal sedikit kepala Qaisara.

"Ha tu makan dia. Degil betul kau ni kan? Aku bos ke kau bos?Aku tak nak tengok muka kau esok."

Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang melihat mereka yang seperti anjing dan kucing.

"Ehem ehem. Bos, boleh saya masuk?"

Kak Liz meminta izin kepada Qalif untuk masuk mengambil airnya yang diletakkan di atas meja di bilik itu.Apabila masuk, kak Liz mengenyitkan mata kanannya pada Qaisara.Qaisara sedikit terkejut dan malu.Selepas mengambil airnya, kak Liz keluar dari bilik itu. Niat ingin memberi ruang kepada dua orang itu. Mata tuanya melihat mereka sangat serasi dan sepadan.Bibir mengukir senyum tipis.

"Kau boleh drive ke?"

Niat nk menolong. Tapi ditolak oleh Qaisara.

"Tak apa, saya boleh balik sendiri."

Mendengar pilihan Qaisara untuk balik sendiri, Qalif hanya mengangguk. Selepas itu dia berdiri dan meninggalkan Qaisara sendirian di bilik itu. Qaisara memandang jam dinding yang berada di hadapannya. Masih ada dua jam sebelum waktu balik.Dia cuba berdiri dan berjalan perlahan-lahan. Baru keluar dari bilik itu, dia melihat Rizqi. Rizqi yang juga ternampak Qaisara segera menuju ke arahnya.

"Qaisara kenapa dengan kaki you? You boleh jalan ke ni? Nak i tolong?"

Bertalu-talu soalan dilemparkan pada Qaisara.

"Kaki saya terkena sup panas tadi. Melecur sikit."

Qaisara menceritakan sedikit tentang kejadian tadi. Tetapi dia tidak menceritakan tentang dia mengintai Qalif memasak. Itulah punca dia menjadi seperti sekarang.

"You nak pergi mana ni?"

Rizqi bertanya ke mana Qaisara ingin pergi supaya dia dapat membantu perempuan itu.

"Saya nak sambung kerja."

Rizqi terkejut mendengarnya. Dia sedikit marah dengan Qalif kerana membiarkan Qaisara kerja dengan keadaan dia begini. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya dan mengeluarkan iphone 14.Jari laju menekan skrin fon itu menandakan dia sedang mesej seseorang.

Selepas itu, tangan Rizqi menggenggam tangan Qaisara untuk pergi mengambil beg Qaisara kemudian membawanya keluar dari restoran.Qaisara yang tidak selesa tangannya dipegang cuba melepaskan pegangan itu. Rizqi sedikit tersentak dan sambung berjalan menuju ke kereta audi yang telah terparking di hadapan restoran itu.

"I dah bagitau Qalif i nk hantar you balik. Biar you rehat."

Pintu di bahagian penumpang dibuka. Qaisara masuk perlahan-lahan kerana kakinya yang masih sakit.Dia tidak ingin menolak pertolongan Rizqi kali ini kerana kakinya semakin sakit dan dia semakin penat.

"Bagi alamat rumah you dekat i lepastu you rehat ok?"

Qaisara menunjukkan alamat rumahnya kepada Rizqi.Selepas melihat alamat, kereta audi itu laju meninggalkan kawasan parking tadi. Tanpa pengetahuan mereka, seseorang sedang mengikuti dari belakang.

QALIFWhere stories live. Discover now