Bab18

369 11 0
                                    

Qalif dan Qaisara berjalan berdampingan keluar dari situ.Senyum masih melekat di wajah.Semua pekerja sedang melihat ke arah mereka.Perempuan yang menolak Qaisara itu makin geram.Lain yang dia mahu, lain pula yang berlaku.Kak Liz dan Kak Lin menghampiri pasangan itu.

"Qaisara, kamu ok tak ni? Kamu sejuk tak?"

Kak Liz merisaukan Qaisara.Dia menggenggam tangan gadis itu.Kak Lin pula seperti terbau nasi minyak. Dia mengenyitkan mata kiri nya pada Qaisara.

"Sara sejuk ke?"

Tanpa menunggu Qaisara membalas kata-kata nya, dia membuka coat nya dan dipakaikan di bahu Qaisara.Semua terkejut dengan tindakan Qalif.Rizqi memandang mereka berdua silih ganti.Dia terluka, tapi dalam masa yang sama dia bahagia lihat kawannya gembira dengan orang baru.

Dia tahu Qalif sentiasa dihantui kenangan lama.Jadi kali ini, biarlah lelaki itu bahagia untuk kali ke dua.Tentang perasaannya terhadap Qaisara biarlah dia simpan jadi kenangan. Jika mereka tidak ditakdirkan bersama, menjadi kawan pun sudah cukup buatnya.

Mereka semua balik ke hotel semula pada pukul 11:00 malam.Qaisara letih hari ini. Dia hanya berehat di bilik seorang diri. Kak Liz dan Kak Lin keluar bersiar-siar. Walaupun mereka sudah berumur tetapi mereka lebih rajin dari dirinya.Mata sudah layu ingin terlelap. Tiba-tiba dia terdengar bunyi gitar. Bunyi itu datang dari depan pintu biliknya. Hati mula risau siapa pula yang bermain gitar malam-malam begini.Tiba-tiba ada suara yang bernyanyi.Bila dia tahu pemilik suara itu barulah risaunya hilang.Dia mendengar Qalif menyanyi untuk nya. Lagu Inilah Jalannya ciptaan Masdo.

"Tak mengapa oh kekasih"
"Lepas nikah nanti kita kan bercinta "
"Buat selamanya"
"Walau sakit pedih"
"Inilah jalannya mendapat"
"Restu"
"Darinya"

Tak sangka Qalif pandai menyanyi.Boleh tahan juga suara lelaki itu.Qaisara bangun dari katil dan membuka pintu untuk Qalif.Lelaki itu tersenyum menunjuk gigi putihnya yang tersusun itu.

"Hi Sara.Tak tidur lagi?"

Qalif tahu Qaisara penat hari ini.Petang menangis,malam ditolak jatuh kolam pula.Dia tahu siapa yang menolak Qaisara itu. Memang dia tidak akan lepaskan perempuan itu.Balik ke Malaysia nanti dia akan memecatnya.

"Dah nak tidur tadi, tiba-tiba dengar hantu main gitar.Mana tuan dapat gitar ni?"

Pelik juga Qaisara.Masa di airport dia tidak nampak pula Qalif membawa gitar.

"Gitar ni aku suruh Adib beli tadi.By the way, tak payah la nak bertuan dah. Cuba kau tukar panggil aku abang ke baby ke."

Qalif menyakat Qaisara.Qaisara dah terbiasa panggilnya tuan. Nak tukar panggil abang, baby boleh tercabut anak tekaknya.Akhirnya dia memutuskan untuk memanggil Qalif sahaja. Tiada tuan lagi.

"Awak tak ngantuk ke Qalif?"

Qaisara mula rasa ngantuk semula.Dia menunggu Qalif balik ke biliknya.Namun tiada tanda-tanda lelaki itu ingin pergi.

"Tak nak.Nak cakap dengan kau lagi. Nanti rindu."

Qalif mula menunjukkan sisi manjanya.Qaisara malas melayan. Dia hanya membayangkan bantal sahaja sekarang.

"Ehem,ehem. Dating ke?"

Kak Liz dan Kak Lin telah balik ke hotel. Mereka seronok melihat Qalif dan Qaisara seperti ada hubungan. Serasi betul dua orang itu.

Qaisara terkejut dan malu.Dia cepat-cepat menutup pintu dan baring di atas katil. Baik dia berlakon tidur sebelum di soal siasat. Qalif pula senyum ke arah Kak Liz dan Kak Lin selepas itu dia berlalu pergi.Dia ada hadiah untuk Qaisara sebenarnya.Esok sahaja lah dia beri.Dia dah cari tempat-tempat untuk dating esok.Harap-harap Qaisara ingin mengikutinya.

QALIFWhere stories live. Discover now