Bab8

405 18 1
                                    

"Siapa nak jumpa Qai?"

Qaisara bertanya kepada Sariah. Neneknya itu elok bertudung. Mungkin seseorang yang ingin berjumpa dengannya itu ialah lelaki.

"Dia kata dia bos kamu. Dia datang nak tanya pasal kaki kamu tu.Elok orang nya. Nenek berkenan pulak dia dengan kamu.Tu dia tunggu dekat luar. Pergi cepat."

Sariah menyakat cucunya. Qaisara pula membulatkan mata nya apabila tahu Qalif ingin berjumpa dengannya. Sudah tadi mimpikan lelaki itu, sekarang dia ingin berjumpa pula.Qaisara sedikit malu memandangkan dia masih belum mandi.Bukan salah dia, tetapi salah Qalif kerana datang terlalu awal.

Qaisara menyilangkan tangannya di dada. Dia datang ke arah Qalif. Lelaki itu sedang berdiri di tepi motornya. Mata tidak lepas dari memandang Qaisara.

"Kaki kau sakit lagi ke?"

Qalif terus menanyakan keadaan kaki Qaisara.Qaisara melihat kakinya yang berbalut itu dan tersenyum. Dia memandang Qalif.

"Dah tak sakit sangat. Tuan risau pasal saya? Caring jugak tuan ni."

Qalif berdehem nak cover malu sebab tercaring lebih dekat pekerja yang sorang ini.Sanggup datang awal pagi sebab nak bagi ubat yang dibelinya di farmasi semalam.Plastik putih yang berisi ubat itu dihulurkan pada Qaisara.

"Aku ni bos.Kena la ziarah pekerja aku kalau sakit ke nazak ke."

Qaisara cuma mengangguk mendengar kata kata Qalif.Seorang bos memang perlu mengambil berat tentang pekerjanya. Plastik yang dihulur tadi di ambil.Dia melihat isi plastik itu.

"Ubat?Tak payah la tuan. Kaki saya dah tak sakit sangat pun. Dua hari lagi baik la ni."

Qaisara menghulurkan semula plastik itu ke arah Qalif. Belum sempat Qalif berkata-kata, audi r8 laju datang ke arah mereka. Qalif kenal kereta itu.Rizqi turun dari kereta dan datang menghampiri Qaisara dengan plastik di tangannya.

"Hi Qaisara, i datang nak bagi you nasi lemak. I beli dua bungkus dekat you."

Qalif menyambar nasi lemak itu dari tangan Rizqi. Qaisara tercengang melihat tindakan Qalif tadi.Rizqi juga sama. Pelik dengan perangai Qalif. Kedua dua mereka melihat ke arahnya.

"Aku lapar. Belum makan lagi. Bagi aku je la nasi lemak ni."

Qalif tayang muka sepuluh sen pada Rizqi.Rizqi ingin mengambil semula nasi lemak itu pada Qalif tapi Qalif pantas menepis.Qaisara tergelak melihat dua sahabat itu bergaduh. Comel.

"Tuan, ambik la ubat ni. Saya tak nak."

Qaisara menghulur kembali ubat pemberian Qalif itu.

"Kalau kau tak nak, kau bagi nenek kau. Esok masuk kerja.Jangan nak sambung cuti pulak."

Qalif memberi arahan kepada Qaisara dan menyindir perempuan itu.Rizqi hanya melihat drama mereka berdua. Sorang degil sorang lagi mulut puaka.

"Qi,kau tak ada kerja ke? Jom lepak."

Qalif bertanya kepada Rizqi. Sehari dua ni dia seperti tiada kerja. Selalunya sibuk di langit.

"Aku tak ada flight lagi. Minggu depan baru ada. Malas la lepak. Aku nak balik."

Qaisara telah tau nama lelaki itu dan pekerjaannya. Dia seorang pilot. Lihat dari gaya Rizqi pasti ramai pramugari dah jatuh hati padanya.Rizqi tak kalah tampan seperti kawannya Qalif. Mereka memang perfect.

Rizqi masuk ke dalam kereta dan audi r8 itu meninggalkan mereka. Qalif tahu kawannya itu terasa dengan sikapnya tadi. Tapi dia tidak mahu Rizqi mendapatkan Qaisara. Entah kenapa padahal dia tidak menyukai perempuan itu.Selepas Rizqi menjauh, Qalif pula memakai helmet dan menghidupkan enjin motor ducati nya.Sebelum pergi, dia menunjal sekali kepala Qaisara.Qaisara mencebik dilakukan seperti itu.Qalif tergelak kecil dengan reaksi Qaisara.

Selepas itu dia pun berlalu pergi dari situ.Qaisara melihat Qalif yang semakin menjauh. Tangan erat menggenggam plastik ubat.

"Amboi, sampai dua. Buat stok ke?"

Sariah dari tadi memerhatikan mereka bertiga. Qaisara mengalihkan pandangan ke neneknya.

"Dua dua bukan Qai punya la nek."

Qaisara jujur. Memang dua lelaki itu bukan miliknya.

"Kalau bukan Qai punya, nenek nak boleh? Kamu pilih la nak yang mana jadi tok wan baru kamu."

Qaisara tergelak mendengar hal itu. Tidak dapat dia bayang jika salah seorang dari lelaki itu menjadi tok wan nya.

QALIFWhere stories live. Discover now