Bab5

467 22 0
                                    

"Kau buat apa dekat sini? Nak curi tulang?"

Walaupun Qalif masih terkejut dengan kehadiran Qaisara, dia tetap berusaha menutupi perasaan itu. Takut disyak sesuatu yang tidak kena oleh Qaisara. Rizqi pula bergerak sedikit untuk melindung kesan calar yang dibuat oleh Qalif tadi.

"maaf tuan Qalif, saya nak ambil barang saya je. Tertinggal dalam kereta."

Qaisara memberitahu niat nya datang ke situ.Dia semakin dekat dengan mereka. Kunci kereta ditekan untuk membuka pintu. Qalif dan Rizqi semakin risau dan belum berganjak dari situ.

"awak boleh tepi sikit? Saya nk buka pintu kereta saya ni.Ke awak nak tolong bukakan?"

Qaisara menunggu Rizqi memberi ruang untuk dia membuka pintu.Rizqi pasrah dan terpaksa bergerak ke tepi sedikit.

"Eh kenapa calar ni?pagi tadi tak nampak pun."

Jari jemarinya menyentuh kesan calar itu. Tetapi dia belum menyangka Qalif yang mencalarkan keretanya.

"Ha apahal calar pintu kereta kau tu? Aku lalu sini tadi astu nampak calar tu. Sebab tu aku datang tengok. Tah tah ni kifarah untuk kau kot sebab langgar aku pagi tadi."

Rizqi memandang Qalif. Terkejut dengan kata kata kawannya itu. Qalif tidak pernah berubah dan setia dengan mulut puaka nya.

"It's okay, i can help you. I ada kawan kerja mechanic."

Rizqi sudi untuk menolong Qaisara sementara Qalif memandang Rizqi tidak puas hati.Niat nak balas dendam tetapi Rizqi sibuk nak menolong perempuan itu.

"Qi, this is her car. Not yours."

Qalif semakin geram bila Qaisara tersenyum tipis ke arah Rizqi.

"Yang kau tersenyum senyum tu kenapa?Cepat pergi sambung kerja!"

Setelah selesai marah,Qalif meninggalkan Qaisara dan Rizqi di situ. Dia kembali ke dalam restoran dan menuju ke lif.

"You jangan terasa dengan Qalif tu. Dia memang mulut laser sikit.Ni you nak tak i tolong? I boleh call kawan i dtg sini ambik kereta."

Rizqi masih mencuba untuk menolong Qaisara.Namun Qaisara menggeleng dan tersenyum tidak mahu ditolong oleh Rizqi. Betul kata Qalif,ini kereta dia. Rizqi tidak perlu menolongnya.

"Saya mintak diri dulu."

Qaisara mengalihkan badan ingin berlalu pergi. Tiba-tiba Rizqi bersuara.

"Hey, apa nama you?"

Langkah Qaisara terhenti dan memandang ke arah Rizqi.Dia masih berfikir kenapa lelaki itu menanyakan namanya.

"Qaisara."

Rizqi mengangguk dan tersenyum kepada Qaisara. Dia juga seperti Kak Liz. Merasa nama itu cantik seperti orang nya.

Qaisara berjalan masuk ke dalam restoran. Lif yang digunakan oleh Qalif tadi diguna olehnya. Qaisara sedikit pelik melihat Qalif menggunakan lif itu dan bukan lif khas untuk nya yang berada di sebelah kiri. Lif di sebelah kiri itu terukir nama Qalif. Warna gold menaikkan lagi kecantikan lif itu.

Setelah sampai di tingkat 4,pintu lif terbuka.Dia menuju ke meja yang diletakkan ipadnya tadi. Tiba-tiba mata menangkap figura Qalif bersama seorang lelaki yang berjalan menuju ke dapur.Tanpa Qaisara sedar, kakinya ikut ke dapur itu.

Dia melihat Qalif yang sedang dipakaikan apron oleh lelaki tadi. Qaisara tahu Qalif akan masak. Mungkin ada vip yang datang dan meminta Qalif masak untuk mereka.Bukan calang-calang orang dapat merasa air tangan Qalif itu.

5 minit berlalu, Qaisara masih memerhatikan gerak geri Qalif kerana belum ada pelanggan baru yang datang.Apron berwarna hitam dan lengan baju yang di singsing hingga paras siku membuatkan Qalif kelihatan lebih kacak. Manakala lelaki yang bersamanya itu membantu memberi bahan-bahan yang diminta. Qalif kelihatan lebih menyerlah dari chef lain yang berada di dapur itu.

Qalif memusingkan dirinya.Qaisara terkejut apabila Qalif memandang tepat ke arahnya.Qaisara menapak selangkah kebelakang. Namun nasib nya masih malang. Dia tidak sengaja terlanggar seorang waitress yang sedang membawa sup panas.Sup itu tertumpah sedikit di kaki Qaisara.Dia menjerit kesakitan.Qalif yang melihat kejadian itu bergegas ke arah Qaisara. Qaisara menarik sedikit seluar nya dan jelas kelihatan kesan melecur berdekatan buku lali.

Qalif yang mula risau dengan keadaan Qaisara terus mengangkat Qaisara.Dia memanggil assistantnya iaitu lelaki yang membantu dia memasak tadi. Lelaki itu disuruh memanggil waitress untuk menghantar makanan itu kepada vip. Selepas itu, Qalif pergi dari situ dengan Qaisara tanpa memandang orang lain yang sedang memerhatikan dirinya.

"Lain kali bila kantoi usha aku, kau tak payah nak terkejut. Habis waitress pulak kau langgar. Cuba kau hati hati sikit."

Qaisara yang masih kesakitan tidak membalas kata kata Qalif. Dia menggenggam lengan baju Qalif dengan erat. Air mata mula menitis membasahi pipi.

QALIFWhere stories live. Discover now