Bab17

375 15 1
                                    

Qaisara terkapai-kapai menghampiri kak Liz dan kak Lin yang menghulurkan tangan untuk nya.Setelah Qalif dan Rizqi lompat ke dalam kolam itu barulah ramai yang sedar Qaisara terjatuh dalam kolam itu. Namun mereka tidak mengetahui angkara siapa perkara itu berlaku. Mereka ingat gadis itu tergelincir dan jatuh.

Qalif dan Rizqi membatalkan niat untuk menolong Qaisara bila dia sudah pun selamat naik ke atas. Baru nak jadi hero akhirnya hanya basah yang mereka dapat.Rizqi mula curiga dengan Qalif. Lelaki itu seperti menyukai Qaisara. Kalau tidak tak kan lah dia sanggup terjun kolam itu. Sebenarnya sudah lama dia perasan hal itu. Makin lama makin jelas kelihatan Qalif seperti ada perasaan pada Qaisara dan sekarang dia yakin seratus peratus dengan tanggapannya itu.

Qaisara menyedari Rizqi cuba menolongnya.Niat ingin berterima kasih tapi berubah bila dia sedar Qalif pun ingin membantu.Hati mula panas melihat Qalif yang sibuk mengambil berat tentangnya.Kalau tak suka, biar lah dia mati lemas dalam kolam itu.Dia berlari ingin ke tandas.Empangan air matanya ingin pecah entah untuk kali ke berapa.Semua sedang melihat drama dia dan dua orang hero.

"Eh Qaisara! Kamu nak ke mana tu?"

Kak Liz cuba bertanya. Tapi soalannya dibiarkan tidak terjawab oleh Qaisara.Rizqi dan Qalif pun sudah naik ke atas semula. Rizqi sedang memerah rambut hitam nya. Qalif pula sudah pergi dari situ.

"Sara! Stop!"

Qalif mengejar Qaisara yang sedang menjauh dari nya. Qaisara tidak menghiraukan Qalif, dia tetap meneruskan langkahnya malah semakin laju.Akhirnya Qalif terpaksa merentap pergelangan tangan Qaisara untuk menghentikannya.

"Apa pegang pegang ni? Lepas lah tuan!"

Qaisara memberontak untuk melepaskan tangannya.Tapi Qalif semakin erat menggenggam tangan itu. Qaisara geram dengan lelaki itu dan secara tidak sengaja tangannya yang lagi satu naik dan menampar kuat pipi Qalif.

Qalif memegang pipinya yang mula rasa berdenyut. Boleh tahan kuat tamparan Qaisara.Kalau ditampar sekali lagi tidak mustahil dia balik ke Malaysia membawa kad oku.Akhirnya dia melepaskan tangan Qaisara.Peluang untuk melarikan diri terbuka semula. Belum sempat Qaisara melangkah kaki nya Qalif lebih pantas berkata-kata.

"Please Sara!We need to talk.Kalau nak tampar aku lagi sekali pun tampar lah. Asalkan kau dengar dulu apa aku nak cakap ni Sara."

Qaisara memandang Qalif dengan mata yang berair.Dia menangis di hadapan Qalif buat kali ke dua.Dia berdiri di hadapan lelaki itu.

"Tuan nak marah saya lagi?Silakan."

Qaisara pasrah jika Qalif ingin memarahinya lagi.Dia bersedia untuk mendengar sindiran Qalif.Biar lah hati semakin benci. Lebih cepat dia boleh buang perasaan suka itu.

"No. Aku tak nak marah kau. Aku mintak maaf pasal petang tadi.Boleh aku jujur?Sebenarnya aku pun ada sikit perasaan suka dekat kau.Perangai kau yang suka senyum tu sama macam tunang aku. Senyum kau pun manis macam senyum dia.Tapi bila aku sedar perasaan suka tu makin dalam, aku buang perasaan tu jauh-jauh. Aku tak nak perasaan aku terikat dengan perempuan lain.Lepastu kau cakap kau suka aku.Aku keliru dengan perasaan aku masa tu.Sebab tu aku tak nak terima kau. Tapi bila aku ingat balik apa kau cakap baru aku sedar. Keputusan aku tu salah. Aku sepatutnya terima kau. Lupakan masa lalu sebab dia pun dah pergi.I'm sorry for hurting you Sara.Tolong bagi aku peluang kedua. Aku janji aku cuba sayang dan cintakan kau.Please."

Qalif cuba memujuk Qaisara berharap dia diberi peluang kedua.Qaisara melihat mata Qalif yang penuh berharap.Jujur hatinya tersentuh mendengar kata-kata Qalif tadi.Hati yang terluka itu sedikit terubati.Air mata berhenti mengalir. Bibir mula menghadiahkan senyuman tipis. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memberitahu keputusannya sama ada dia ingin memberi peluang kedua atau tidak.

"Kalau saya bagi peluang kedua, tuan janji jangan sia-siakan peluang tu"

Qalif sedikit gembira dan tersenyum mendengar kata-kata itu. Dia yakin dia akan diberi peluang kedua. Tangan kanannya di angkat seperti membaca ikrar.

"Yes! Im promise Sara."

Qaisara tergelak melihat perangai Qalif. Laki itu nampak confident dia akan diberi peluang kedua.Jika jawapan sebaliknya diberi oleh Qaisara, mungkin Qalif terjun semula ke dalam kolam kerana malu.

"Saya bagi tuan peluang kedua."

Rizqi terkejut mendengar jawapan Qaisara.Lama dia berdiri di belakang dinding melihat drama mereka.Hatinya hancur.Gelang yang ingin diberikan pada Qaisara malam ini digenggam erat.Dia merancang untuk meluahkan perasaannya bila gelang ini diberi pada Qaisara. Namun dia terlambat.Tapi jika dia lebih awal dari Qalif pun dia yakin Qaisara tidak akan menerima dia. Kerana hati Qaisara telah terisi dengan nama Qalif.Hati sakit melihat Qalif bahagia bergelak ketawa dengan Qaisara.Namun dia reda jika ini takdir untuk dirinya.Kaki melangkah pergi dari situ meninggalkan mereka.

QALIFWhere stories live. Discover now