Bab4

447 21 1
                                    

Qalif duduk dengan lelaki tadi. Mereka seperti mengenali satu sama lain kerana rancak berbual.Qaisara menghampiri mereka dengan ipadnya.

"Tuan Qalif nak order apa?"

Jari jemari runcingnya telah bersedia untuk menaip.

"Nothing.Go."

Hanya dua patah perkataan itu yang keluar dari mulut Qalif. Qaisara menjauhkan dirinya. Takut mengganggu dua lelaki itu.

"Riz, kau tau tak minah tu langgar motor aku pagi tadi. Dia mintak maaf astu terus blah je tinggal aku. Astu bila dia tahu aku ni bos dia baru gelabah muka tu."

Qalif menceritakan kejadian pagi tadi pada sahabatnya,Rizqi. Rizqi sedikit tertawa mendengar cerita Qalif. Dia terbayangkan wajah Qaisara sedang gugup semasa menaip pesanannya tadi. Cantik. Kulit wajah yang putih bersih itu sedikit merah.

"Chill la bro, dia cute la. Takkan kau tak cair?"

Rizqi menyakat kawannya itu. Qalif mengalihkan pandangan pada Qaisara. Gadis itu datang bersama troli yang membawa pesanan Rizqi. Strawberry croissant dan espresso itu diletakkan di atas meja. Setelah itu, Qaisara mengoyakkan senyuman pada Rizqi dan berlalu pergi bersama troli tadi.

Qalif masih ingin membalas dendam pada Qaisara. Dia ligat berfikir rancangan untuk mengenakan Qaisara.Setelah beberapa minit berlalu, Qalif mengukir senyuman yang membawa maksud dia telah menemukan idea.

"Ok bro kau makan la. Aku ada kerja sikit. See you later."

Belum sempat Rizqi membalas kata kata Qalif, dia telah bangun dan pergi dari situ. Qaisara yang sedang mengambil pesanan pelanggan lain melihat Qalif berjalan pergi.

"Ha padan muka kau. Baru puas hati aku. Ingat muka kau cantik, aku cair ke?"

Qalif menyimpan kunci motornya di dalam poket. Dia menggunakan kunci itu untuk menggores sedikit kereta Qaisara. Baru lah puas hatinya terhadap perempuan itu.

"Lif! Kau buat apa?"

Suara itu mengejutkan Qalif. Dia melihat pemilik suara itu.

"Laju betul kau makan. Bela saka ke?"

Walaupun masih terkejut, lidah tetap aktif membahan kawannya.Rizqi melihat pintu kereta Qaisara yang sedikit calar. Dia memandang kawannya semula.

"Kau yang buat ke tu?"

Satu soalan itu membuatkan riak wajah Qalif berubah. Rizqi semakin yakin kesan calar itu dibuat oleh Qalif.

"Ni kereta perempuan tadi kan? Kau nak balas dendam ke?"

Soalan Rizqi kepada Qalif semakin bertambah.Qalif berniat untuk jujur sahaja dengan Rizqi. Memang itu kerja dia.

"Haah aku buat.Padan muka dia. Ni aku bagi calar sikit je ni. Tak sampai 3cm.Calar dekat baby aku tu 3cm setengah kau tahu?"

Jawapan daripada Qalif membuatkan Rizqi menepuk dahi. Dia tak sangka Qalif akan melakukan hal seperti ini.

"Tuan buat apa dekat kereta saya?"

Suara lembut itu menyapa telinga Qalif dan Rizqi. Kedua dua mereka terdiam.

QALIFWhere stories live. Discover now