Bab15

378 13 2
                                    

Qaisara semakin dekat dengan lelaki itu. Dia yakin itu ialah Qalif.Qaisara cuba memanggil nama Qalif.

"Tuan Qalif?"

Qalif kenal suara itu. Dia terus mengelap air mata yang mengalir di pipinya.Dia tidak mahu sesiapa tahu dia sedang menangis di hadapan pantai ini.Lagi-lagi pekerjanya.

"Kau nak apa?"

Qalif tidak memandang Qaisara. Dia hanya melihat pemandangan pantai itu.Tanpa dia sedari, Qaisara telah selamat duduk di sebelahnya. Tapi mereka masih berjarak. Dalam 2 meter.

"Tuan ok tak ni? Kenapa tuan nangis? Kalau ada masalah, cerita la dengan saya."

Qaisara nampak mata laki itu merah dan bertakung air. Makin comel pula bila Qalif seperti itu.Dia cuba memujuk Qalif menceritakan masalahnya.

"Aku boleh pendam. Tak payah cerita dekat kau pun."

Qalif dan ego nya berpisah tiada.Dia rela memendam semua yang dia rasa. Biarlah dia seorang yang tahu sakit yang dia rasakan. Luka itu masih segar di hati walaupun kejadian itu telah lama berlalu.Qaisara pula masih cuba memujuk Qalif untuk bercerita kepadanya.

"Tuan, orang cakap tak baik pendam masalah. Kita kena share dengan orang lain. Baru lah tenang hati tu."

Qaisara berharap pujukan kali ini menjadi. Qalif masih tidak memandangnya. Air mata mengalir semula. Qaisara cuak, dia takut tersalah cakap.

"Aku tak boleh lupakan dia.Tunang
aku. Dia meninggal tiga tahun lepas sebab excident.Masa tu aku dengan dia gaduh. Mungkin masa balik tu dia tak fokus bawak kereta. Aku menyesal. Menyesal sangat. Kalau lah aku tahu tu hari terakhir dia dengan aku, aku tak nak sia-sia kan hari tu dengan bergaduh.Walaupun dah tiga tahun berlalu, aku tetap rasa bersalah. Aku tak boleh terima dia tinggal aku.Mama dah banyak kali pujuk aku cari pengganti dia. Tapi aku tak nak.Aku nak dia.I need her."

Qaisara tergamam mendengar cerita Qalif. Dia tak sangka lelaki itu pernah bertunang. Tipu lah dia tidak merasa cemburu. Walaupun Qalif bukan milik dia. Tapi itu cuma masa lalu. Mungkin dia boleh menjadi masa depan Qalif.Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memujuk Qalif. Dia ingin menenangkan laki itu. Tak sanggup dia nak tengok air mata yang terus keluar itu. Rasa kesian hadir dalam hatinya.

"Benda yang dah lepas, biarlah lepas. Tuan jangan fikirkan lagi.Tuan ni ada rupa, kaya, baik.Takkan nak habiskan masa dengan ingat masa lalu. Cuba tuan buka hati tu terima apa yang dah jadi.Mama tuan mesti sedih tengok tuan macam ni. Sebab tu dia nak tuan cari pengganti.Cuba lah tuan.Ramai yang boleh sayang tuan macam mana tunang tuan sayangkan tuan."

Qalif mendengar semua nasihat Qaisara. Memang benar katanya. Dia perlu cari pengganti. Masa lalu tidak perlu di ingat lagi.Qalif memandang Qaisara. Dia menghadiahkan senyuman manis pada Qaisara. Ini lah kali pertama laki ini tersenyum ikhlas pada dirinya.Tangan ingin mengusap air mata Qalif. Tapi dia masih tahu halal dan haram.Dia takkan sentuh lelaki sesuka hati.

"Thanks Sara.Baru lah rasa ringan sikit hati ni."

Qalif mengucapkan terima kasih kerana dia mula rasa tenang sedikit. Tiba-tiba ada bola kristal yang diletakkan di hadapannya.Dia menaikkan kening kanannya. Pelik. Kenapa Qaisara letakkan bola kristal itu di hadapannya.

"Tuan,saya nak cakap sesuatu boleh?"

Qaisara meminta izin terlebih dahulu. Entah kenapa dia rasa ini lah masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan yang telah lama dia simpan kemas dalam hatinya.

"Sure."

Qalif membenarkan.Qaisara pula seperti tak senang duduk.Qalif semakin ingin tahu apa yang ingin dikatakan oleh Qaisara. Macam benda penting.

"Tuan banyak tolong saya. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya.Saya sebenarnya..."

Hati semakin risau nak meluahkan perasaannya.Dia tiba-tiba rasa tidak yakin untuk meluahkan sekarang.Tapi mulut tetap cuba berterus terang.

"Saya sebenarnya suka dekat tuan.Boleh tak tuan balas balik perasaan saya ni?"

Qaisara memejamkan matanya. Terlampau takut untuk melihat Qalif. Qalif pula membeku tidak bergerak. Terkejut dengan pengakuan Qaisara.

"WHATT?!.Can you look at yourself first?Kau ingat aku banyak tolong kau
sebab aku suka kau ke?Wake up Sara. Im not interested with you."

Kata-kata Qalif terlampau pedih untuk didengari olehnya.Hatinya rasa seperti di siat-siat.Terluka dengan pengakuan Qalif.Air mata tak mampu di tahan lagi.Dia cuba untuk berdiri dan pergi dari situ.Susah untuk dia berjalan kerana kaki terasa lemah tiba-tiba.Sedih dan malu bercampur dalam dirinya. Akhirnya dia mampu untuk lari dan masuk ke dalam hotel. Qalif melihat Qaisara pergi meninggalkan dirinya.Dia sendiri masih keliru dengan hatinya. Sebenarnya dia ada sedikit rasa suka terhadap Qaisara. Tapi dia menepis perasaan itu kerana hati tak sanggup rasa kehilangan buat kali ke dua.Tapi dia mula risau. Betul kah keputusannya tadi menolak Qaisara.

QALIFWhere stories live. Discover now