Hodoh, Gemuk, Miskin & Berpenyakit

202 8 9
                                    


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera buat sidang pembaca sekalian. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat hendaknya. Semalam 14 Februari ramai betul yang menayang pasangan masing-masing dalam media sosial; baik sama ada pasangan yang 'straight' ataupun yang songsang. Penulis hanya sekadar melihat siaran-siaran tersebut dengan membaca kapsyen-kapsyen berkenaan. Tak apalah, itu rezeki mereka, masih ada yang sudi menerima dan mampu memberi kasih sayang dan saling mencintai. Kepada sidang pembaca, jangan terkejut tajuk di atas, bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi lontaran ayat ini menuju secara terus kepada diri penulis. 

Dalam pada itu, penulis memeriksa diri sendiri sama ada masih mampu atau adakah sesiapa yang boleh menerima diri penulis seadanya. Secara tiba-tiba ayat-ayat ini menerpa dalam minda dan hati penulis kerana penulis pernah dihidangkan lemparan ayat-ayat ini:

"Dahlah muka hodoh, buruk, muka pecah tembok, hensem lagi orang gila kat tepi jalan tu!"

"Gemuk macam b*bi, gemuk ni memang sorry la tak ada yang nak, kuat makan, tidur pun mesti kuat berdengkur"

"Tak sedar diri ke? Kau tu dahlah ada HIV, muka tak semenggah mana, gemuk pulak tu, ada hati lagi nak cari pasangan? Sedarlah diri sikit tu hoiiii!!!!"

"Dah tua nak mampus pun single lagi? Kau rupa macam ni mesti makan tahi b*bi kan? Sebab tu tak ada yang nak sebab dah asyik makan tahi b*bi!!!"


Pertamanya, mesti sidang pembaca tertanya-tanya bagaimana penulis dilempari sebegini? Inilah sebahagian ayat-ayat yang pernah dilempari baik dengan kata-kata diluahkan mahupun tulisan yang diberikan. Memang mengucap panjang penulis bila penulis mendengar atau membaca ayat-ayat sebegini. Tetapi bila difikir panjang, mungkin ada kebenarannya kerana:

1. Memang penulis gemuk, berat dah 110 kg, jadi memang berat la kan.... macam b*bi

2. Kenyataan bila orang gemuk macam penulis memang kuat makan, kuat tidur berdengkur

3. Memang penulis ada HIV dan sedarlah bahawa tiada siapa mahu ambil risiko mahukan diri ini

4. Penulis akui bukan kaya mana pun, kereta pun tak ada, nak belanja orang? Diri penulis pun tak lepas.


Bukan penulis nak mencari simpati atau kasihan dari sidang pembaca. Demi Allah, tidak sama sekali. Cuma yang bermain dalam minda diri penulis, dengan 4 alasan di atas, maka tak layakkah sesiapa yang boleh terima diri ini? Apakah rupa paras dan faktor luaran itu betul-betul diukur sebelum mengetahui isi dalaman ini? 

Hampir 9 tahun penulis menyepi, menyendiri dan keseorangan. Apakah ini hukuman yang terus penulis jalani atas nama ketidak adilan mereka menilai dan menghukum diri penulis? Jika ada, adakah orang tersebut boleh menghapuskan ingatan silam diri penulis yang menakutkan? Apakah dirinya boleh terima diri penulis yang ada HIV? Semua perkara ini sungguh bermain dalam minda ini.

Kepada yang sado sasa angkat besi, yang rupa kacak menawan, yang kaya berharta dan mewah hidpunya; dan yang telah menghina diri penulis ini, terima kasih kerana menyedarkan diri penulis. 

"MEMANG TIDAK LAYAK PUN DIRI INI HIDUP MENOPANG LANGIT YANG SAMA DAN MENGINJAK BUMI YANG SAMA DENGAN KALIAN. JIKA KALIAN DAH BENCI SANGAT DAN NAMPAK DIRI INI HINA, BUNUH SAHAJA DIRI INI. SEMOGA YANG TINGGAL AKAN SENYUM TAWA GEMBIRA DAN YANG PERGI TERUS TIDAK AKAN DATANG MENYEMAKKAN MATA KALIAN LAGI."


 Inilah dosa dan hukuman yang penulis perlu tanggung atas pandangan dan kesimpulan dari manusia. Belum lagi hukuman dan balasan yang perlu penulis tanggung dari Allah Azza Wa Jalla lagi. Jika ini pengadilan kalian kepada penulis, tidak mengapa. Teruskan sahaja keji, nista dan segala buruk kata kalian pada diri ini. Maka tak layaklah 14 Februari ini dan hari-hari seterusnya diri ini ada yang menyanyangi, mencintai dan menghargai. 


BAGI DIRI PENULIS; CINTA, KASIH SAYANG, KEIKHLASAN DAN KESETIAAN TELAH LAMA MATI DIBUNUH OLEH HUKUMAN DARI MEREKA. 

Secebis Kisah Yang MalangWhere stories live. Discover now