Cebisan 9

1.4K 37 6
                                    

Secara jujurnya, mulai cebisan ini bermulanya episod duka demi duka menyelubungi "Hazimi"-wakil kepada watak penulis yang sebenarnya. Sungguh tiada sedar air mata mengalir menitis dari pelupuk mata penulis tatkala mencoret kisah cebisan 8 yang sudah. Penulis memohon kekuatan dari Allah S.W.T agar diberikan kekuatan iman, sabar dan redha yang sebaik-baiknya. Mohon sangat pembaca agar sudi kiranya mendoakan kesejahteraan penulis, semoga ada kekuatan penulis terus mencoret agar menjadi pedoman hidup untuk semua. 

-Penulis-

Hari demi hari berlalu. Hazimi dengan semangat sentiasa menumpukan perhatian kepada kariernya. Tambahan pula Hazimi kini sibuk dengan permulaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master); dengan pembiayaan pengajian ditaja sepenuhnya oleh Khairil. Hazimi memang terasa terhutang budi kepada Khairil kerana kesudian menaja pengajiannya.

********

"Assalamualaikum bang. Apa khabar?" Hazimi memulakan perbualan telefon pada suatu malam.

"Walaikumussalam. Baik je. Sayang sihat?"

"Alhamdulillah, sihat. Bang...Insya Allah saya akan konvo minggu depan. Tarikhnya 11 Ogos ni. Sidang pagi jam 9" 

"Really...oh ye macam mana CGPA sayang?"

"Alhamdulillah...saya dapat First Class with honours. Syukur sangat."

"Really? Alhamdulillah. A biggest and heartiest congratulation. Insya Allah abang akan hadir waktu konvokesyen sayang nanti. Abang nak sendiri sarungkan jubah dan mortarboard pada sayang tau. Oh ye...your family datang ke?"

"Insya Allah boleh je bang. Yup, mereka datang dan my mom pun tanya pasal abang."

"Really? Hurm...ingat juga pada menantu kesayangannya ye? Hehehehe"

"Ish...apa la abang ni. Ok bang...saya nak rehat dulu. Esok saya kena ganti pensyarah, kena mengajar kuliah la. Student ramai ada lebih kurang 200 orang."

"Oh...ye ke? Good. Jangan menggigil tau. Hehehehe."

"Insya Allah, tak. Ok bang....good night. Love you. Assalamualaikum."

"Love you too...waalaikumussalam."

************

Pagi 11 Ogos.

Hari yang sangat mengujakan bagi Hazimi. Hazimi bersama keluarganya yang tiba dua hari awal di Pulau Pinang bangun awal dan bersiap-siap dan bergerak ke tempat berkumpul graduan. Ibu bapanya mula memasuki Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) manakala Hazimi masih menunggu di tempat berkumpul dewan.

"Assalamualaikum sayang." Panggilan dari Khairil akhirnya yang ditunggu tiba.

"Waalaikumussalam. Abang...abang kat mana?"

"Abang kat tempat parking in front of the mosque. Where are you now?"

"Saya kat dewan kuliah sebelah DTSP ni. Tunggu abang nak pakaikan jubah dengan mortarboard kat saya."

"Ok...wait for me. Mak ayah sayang dah masuk ke dalam DTSP dah ke?"

"Dah...abang cepat la datang."

"Ok...tunggu...lima minit lagi abang."

Lima minit kemudian muncul Khairil bersama seorang lelaki di sebelahnya. Hazimi terperasan perubahan Khairil yang nampak kurus sedikit dan mukanya yang sidkit cengkung.

"Hai sayang. Tahniah tau. I'm very proud of you."

"Thanks bang. Hurm...ni siapa ni bang?"

"Oh...ni driver abang. Abang minta dia drive dari KL."

Secebis Kisah Yang MalangWhere stories live. Discover now