Alhamdulillah, penulis masih lagi mampu menguasai perasaan tatkala menulis kisah-kisah 'Hazimi'-pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis. Betapa banyak kenangan yang masih tersimpan rapat dalam lipatan minda penulis berkenaan arwah Khairil. Semoga roh arwah berada di dalam lindungan rahmat redha Allah, Amin. -Penulis-
Awal pagi itu Khairil dan Hazimi bangun awal dan bersiap sekadarnya. Hazimi benar-benar teruja mahu ke Langkawi, tambahan pula pertama kali menaiki kapal terbang; satu pengalaman yang benar-benar mengujakan dirinya.
"Bang...berapa jam penerbangan dari KL ke Langkawi?" Hazimi bertanya ke Khairil sewaktu mereka dibawa oleh pemandu peribadi Khairil ke KLIA.
"Ada la dalam 18 jam. Hehehehe."
"Hah? Biar betul? Takkan lama sangat? Kalau naik kereta pun tak la lama sangat sampai macam tu?"
"Adoi la...mana ada sayang oi. Dalam 1 jam sampai la. Tu pun tak sampai 1 jam pun. Kenapa? Ni abang tengok sayang excited sangat nak naik kapal terbang je?"
"Ish...mentang-mentang la saya ni orang kampung, tak pernah naik kapal terbang, boleh pulak nak menipu kita. Yerlah, maunya tak excited."
"Dah...dah. Kita enjoy our holiday."
Sejam perjalanan mereka ke KLIA dan setibanya di sana Hazimi mengikut sahaja Khairil ke kaunter pemeriksaan bagasi. Mereka beratur panjang kerana terdapat ramai penumpang pada hari itu.
"Ok sayang...dah letakkan beg tu kat belt."
"Eh...takkan la nak letak kat situ. Tu nak dibawa beg tu ke mana? Kut dihantar naik kapal terbang lain, jenuh kita nak cari bang." Betul-betul kekampungan Hazimi ni.
"La....ni nak check keselamatan la. Ni prosedur."
"Kut nanti check melalui kamera nampak saya bawa underware apa, barang peribadi apa...malu la."
"Hahahaha...sayang sayang. Dah...jangan takut. Letak je."
Betapa kalut dan 'kuno' Hazimi berkenaan semuanya. Baginya itu pengalaman pertama kali baginya menghadapi semuanya. Nasib baiklah selepas bagasi diperiksa dan diambil semula. Khairil hanya menggeleng kepalanya melihat telatah Hazimi.
"Dah...kita pergi kaunter check-in."
"Buat apa pulak?"
"La...mestilah ke kaunter check-in nak dapatkan tiket sayang oi."
Mereka beratur dan tiba giliran mereka, Khairil menyuruh Hazimi mengangkat bagasi ke atas belt di sebelah kaunter check-in.
"Buat apa?"
"Letak je situ. Kita tak perlu nak bawak beg tu sendiri ke dalam kapa terbang."
"Selamat ke? Kut tersalah hantar ke kapal terbang, mau tak berpakaian kita nanti."
"Ya Allah...dah letak je. Nanti ada diletakkan tagging kat beg tu. Takkan hilang punya. Kita ni penerbangan domestik je."
"Hurm...ok."
Pegawai yang bertugas hanya tersenyum senyum melihat telatah Khairil dan Hazimi.
"Jangan risau dik. Kalau tersalah pun pasti akan dihantar semula ke tuan empunya." Kata pegawai berkenaan
"Hahaha. Maaflah encik. Sepupu saya ni baru naik flight. Pengalaman baru bagi dia ni."
Hazimi hanya diam sahaja.
Selepas selesai urusan check-in Hazimi masih meluahkan rasa kekhuatirannya.
"Sayang...kalau sayang takut sangat sayang naik belt tu...sayang peluk beg tu masuk dalam perut kapal terbang. Duduk berasak-asak dengan beg lain nak? Adoi la...sayang ni buat abang nak gelak besar je la pagi."
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
No FicciónKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...