**Penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak menyambung kisah perjalanan Hazimi. Bukan kerana lupa tetapi banyak faktor kekangan masa yang tidak menyebelahi penulis. Namun penulis akan cuba mencari masa terbaik mencoret kisah Hazimi ini. Dan ya...kisah Hazimi ini adalah kisah diri penulis sendiri; bukan seumpama membuka pekung yang bernanah di dada akan tetapi niat hati penulis supaya pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah penulis ini. Cuma nama sahaja penulis ubah demi memastikan maruah dirinya masih terjaga**
Tahun 2002 - USM Pulau Pinang.
Selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM yang memberangsangkan, Hazimi mendapat peluang menyambung pengajiannya ke USM, Pulau Pinang. Bagi dirinya, inilah kali pertama keluar dari hidup berkeluarga dan semakin membara azamnya untuk menjadi seorang yang berjaya di hadapan.
Namun, disebalik sibuk dan tekunnya Hazimi menelaah ilmu di bumi Pulau Mutiara itu, naluri gay memang tidak dapat dipisahkan. Langkahnya semakin panjang dengan mula aktif berkenalan atau chit chat dalam MiRC, Friendster dan sebagainya. Dan...buat pertama kalinya Hazimi merasai keseronokan di atas ranjang apabila beliau mula mengenali chatters yang sama-sama dahagakan nafsu serakah. Namun semuanya ini tidak menjejaskan prestasi pembelajaran beliau; sentiasa aktif di dalam bilik kuliah dan disenangi ramai rakan dan pensyarah-pensyarahnya.
******
Pada suatu hari selepas habis kuliah, panjang langkahnya Hazimi pergi ke cyber cafe, menghabiskan masa dengan chatting dalam MiRC. Melalui channel 'Sayangabang', beliau mula mencari insan-insan di luar yang mahu bersembang dengannya. Dan...secara tiba -tiba ada seorang yang menegurnya dalam channel 'Sayangabang'. Chatting punya chatting dan secara tidak malu Hazimi meminta gambar orang yang menegurnya. Ya....hensem sungguh orang yang menegurnya. Orang itu memperkenalkan dirinya sebagai Khairil, seorang arkitek yang menetap di Kuala Lumpur.
"Alah...jauhnya. Aku ni nak cari orang Penang je. Jauh-jauh pun bukan boleh jumpa. Tak guna hensem pun sebab dia di KL, aku ni kat Penang. Berlambak lagi dia boleh cari kat KL nun ha"....itulah cetusan rasa hati Hazimi bila mendapat gambar Khairil. Selepas di minta oleh Khairil gambarnya....Hazimi hantar juga gambarnya dengan menyatakan dirinya taklah hensem mana. Hazimi acuh tak acuh bersembang dengan Khairil walaupun tiada orang lain yang sudi mahu bersembang dengan Hazimi. Betapa terkejutnya Hazimi bila mendapat tahu bahawa Khairil akan ke Pulau Pinang pada minggu hadapan kerana urusan kerja selama seminggu. "Maybe boleh jumpa kut"...ujar Khairil dalam chatting. Hazimi yang secara tiba-tiba teruja berkata boleh...walaupun hakikatnya...'Ya Allah...minggu depan aku ada 3 presentation weh...mati aku kalau tak buat preparation'. Tapi sebab nafsu kan....nak juga jumpa. Hazimi meminta nombor phone Khairil untuk mudah berhubung. "012 XXXXXXX."...hurm....012 tu ni...mesti orang kaya ni...getus si Hazimi. Khairil meminta nombor phone Hazimi namun Hazimi beritahu yang dia tiada pakai nombor handphone, hanya pakai 'Ringring Card'...(Jika yang tak tahu apa tu Ringring Card- satu kad seperti top up yang dibeli dan dimasukkan kod tu kat public phone then boleh call nombor yang dikehendaki)
Malam itu Hazimi memberanikan diri untuk menghubungi Khairul. Betapa terkejutnya Hazimi bila mendengar suara Khairul tapi dari corong telefon yang mendengar suara yang agak bising...Khairil segera mengenali Hazimi dan memaklumkan dirinya dalam pub dan minta call dirinya esok. "Ok"...perbualan terhenti. Betapa kecewanya Hazimi. "Ooohhh, mat disco clubbing rupanya....tak nak la aku!" Pantang bagi dirinya bagi disco clubbing ini sebab tempat tu bagi dirinya tempat yang tak senonoh. "Rupa je hensem...entah entah kaki botol...dasar pemabuk!" Hazimi menggerutu dan hanya buat endah tak endah saja. Namun hatinya mendesak juga cuba hubungi Khairil keesokan harinya.
*****
Esok harinya...
Betapa penat Hazimi menghadiri kuliah. Biasa la USM ni...kena berjalan kaki naik turun bukit baru sampai ke dewan kuliah. Kemudian berjalan kaki lagi ke kompleks dewan kuliah yang lebih jauh. Nak naik bas? Mohon maaf la....sentiasa padat! Hari tu dia agak 'terlupa' dengan Khairil; dengan kelam kabutnya study group, buat research di library. Sehinggalah jam 8 malam apabila kakinya mahu melangkah pulang ke kediamannya selepas dinner, barulah Hazimi teringat Khairil. "Nak call ke tak? Nak call ke tak?"...soalan tu bermain dalam mindanya. "Alah...cubalah....kalau dia kat pub ke tak payah ko nak sembang panjang". Akhirnya desakan hati dituruti, Hazimi laju melangkah ke public phone. Dalam hatinya berdoa agar Khairil menjawab panggilan. "Alhamdulillah"...jawab pun selepas tiga empat kali bunyi dering. Nasib baik malam tu Hazimi dapat berbual agak lama dengan Khairil...dan Khairil pula berada di rumahnya. Khairil memaklumkan yang dia akan ke Penang lebih awal, dalam hari Sabtu. Dan...yang paling mengejutkan...Khairil mahu berjumpa dengan Hazimi di USM!!! What????This Saturday??? Aalamak....bukan nak mengelak tapi kenapa awal sangat???? Antara malu dan mahu menguasai diri Hazimi. Khairil segera menebak yang Hazimi maybe tak mahu berjumpa dengannya...namun Hazimi menjelaskan yang dia malu nak jumpa, tambahan pula macam mana nak jumpa. "Jangan risau, awak beritahu saya desasiswa mana awak tinggal. I will there around 9.00 am on this Saturday". Kalau awak nampak kereta BMW warna hitam plat nombor XXX XXXX tu...yang tu kereta I". "OK"...sahut sepatah Hazimi. Tapi dalam hatinya perasaan kecut dan teruja bermain-main dalam hatinya. "Betul ke mamat ni nak jumpa aku? Aku mimpi ke? Atau dia mainkan aku?" Aghhhhh...sudah....boleh gila aku....penasaran yang aku cari!!!!
******
Hari Sabtu....
Antara teruja dan takut. Ya...hari tu Hazimi bangun lebih awal...dan sentiasa dari semasa ke semasa meninjau tempat parking kereta depan desasiswanya. Makan pun tak lalu jadinya angkara teruja dan takut. Tepat jam 9 pagi Hazimi menunggu di depan parking. Nasib baiklah dapat berteduh sebab ada gazebo.
Dalam jam 9.15 pagi, Hazimi ternampak satu kereta BMW menjalar masuk ke kawasan parking. "Ya Allah...dia datang beb. Sungguh dia datang!!! Hazimi...ko cool je!!! Jangan tunjuk ko resah gelisah! Jangan ko excited sangat....maybe dia nak jumpa ko je!".
"Ha...tunggu juga ye. I ingatkan u tak tunggu. Sorry la lambat sikit sebab jambatan jam sikit la". Ayat demi ayat pertama terpacul keluar dari mulut Khairil. Hazimi hanya tercegat berdiri, tanpa berkata apa-apa. Hatinya tak keruan. "Adoiiii......mak......hensemnya ko!!! Dah macam iras iras Alex Yoong....betui ke dia ni?"
"Are you ok?" Tanya Khairil. Hazimi hanya mampu tersenyum dan menyatakan yang dia OK je.
"Finally we meet here. Full of nostalgic. Still USM seperti I pernah belajar dulu kat sini".
"Ohhh....patut la dia tahu desasiswa aku...dia pernah belajar kat USM ni juga!"
"Jom...kita pergi sarapan dulu. I rindu la roti canai mamak Penang ni. You tak ada apa-apa kerja kan hari ni?"
"Aaaa...aaahhh...aahhh" Gugup Hazimi. "Nak makan roti canai? Saya ni bukan tahu sangat restoran mana yang ada roti canai sedap. Kalau nak kita keluar ke Sungai Dua...ke restoran mamak yang selalu saya ngan kawan saya pergi"
"That great. Jom...naik kereta I. Boleh kita sembang panjang".
"Alamak....naik kereta mewah ni la pulak. Aku ni orang kampung, ish....bercupak cupak mata orang memandang aku ni nanti. Eiii...malunya!!!" Gumam Hazimi.
"Don't worry Hazimi. I belanja. Dah...jangan dok pikiaq pikiaq, jenuh cheq tunggu hang!"
"Amboi...dia cakap loghat Penang pulak...tapi weird betul kat telinga aku ni!!!"
-Bersambung-
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
No FicciónKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...