Sungguh betapa sebak dan sedihnya penulis mahu meneruskan penulisan ini. Sungguh, betapa disimpan rindu ini begitu lama, sudah lama air mata tidak keluar, namun akhirnya 'empangan' air mata tetap pecah juga. Penulis tetap juga mahu meneruskan nukilan-nukilan ini, bukan sahaja sebagai pedoman namun ini sebenarnya penulis cuba menghuraikan apa yang tersimpan di dalam hati bertahun-tahun lamanya. Terima kasih yang tidak terhingga yang sudi 'follow', terima kasih yang membaca serta memberi komen. -Penulis-
Sungguh hati Hazimi tidak tenteram sejak awal bangun pagi itu. Tapi bagi memenuhi janji kepada ibunya yang mahu pulang ke kampung dahulu di Ipoh, maka terpaksalah dirinya untuk balik.
"Sayang...abang hantar sayang ke Puduraya ye selepas sarapan. Abang pun nak masuk ofis, banyak kerja yang tertangguh."
"Yup...tapi..."
"Tapi apa?"
"Saya sebenarnya kalau diikutkan tak nak balik. Saya khuatir keadaan abang. Dan lagi...."
"Lagi apa? Pasal keadaan abang?"
"Yup."
Khairil mengeluh panjang.
"Sayang...baliklah dulu ke kampung. Kesian your parent tunggu. Pasal abang jangan risau. Nanti kirim salam kat pakcik dan makcik."
"Insya Allah. Bang...saya mohon sangat-sangat bang, jika betul-betul abang sayangkan saya, tolong beritahu saya....saya mohon, beritahu saya perkara sebenarnya..."
"Nak beritahu apa? Abang ok la."
"Abang, please don't lying to me."
"Abang nak tipu apanya sayang....abang sihat, ok je..."
"Tapi hati dan perasaan saya tetap beritahu yang abang ni tak sihat, sakit...malah menyimpan rahsia dari saya."
"Rahsia apa? Apa yang abang rahsiakan?"
"Abang...please"
"Yang sayang nak paksa abang apa hal? Kenapa?" Muka Khairil mula kemerahan dan meledak kemarahan secara tiba-tiba, mungkin tidak tahan diasak dengan soalan demi soalan dari Hazimi.
(Penulis berasa amat bersalah tatkala mengenang semula perkara ini)
"Apa salah saya untuk saya tahu. Saya sayangkan abang, dan abang sayangkan saya kan? Tak ada rahsia antara kita kan?"
"Rahsia apa ni? Apa yang aku rahsiakan?"
"Abang..."
"Kalau kau nak tahu sangat....baik...aku beritahu....ye AKU SAKIT!!!! MEMANG AKU SAKIT!!! PUAS HATI KAU?" Jerkah Khairil. Hazimi rasa tersentak.
"Abang sakit apa?" Hazimi cuba bertanya dengan lembut tetapi suaranya agak bergetar.
"AKU SAKIT NAK MATI!!! AKU HIDUP DAH TAK LAMA!!! AKU ADA BARAH TAU TAK???"
Hazimi terdiam, memandang kosong kepada Khairil.
"Dah, puas hati dah? Ye...aku sakit, aku dah nak mati, aku akan tinggalkan dunia ni, aku akan tinggalkan kau. Puas kan? Seronok kan bila aku dah tak ada kan?"
"Ya Allah, apa yang abang cakap ni? Demi Allah, kata-kata abang buatkan saya tersentap, tersentak..."
Tidak habis ayat yang Hazimi lontarkan Khairil bangun dan terus menghempaskan pinggan ke lantai.
"Dah...kau balik sekarang. Aku tak nak tengok muka kau!!! Pakcik...pakcik...cepat bawa budak ni keluar, bawa dia ke Puduraya. Aku tak nak tengok muka dia!!!!" Jerit Khairil.
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
Документальная прозаKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...