Atas permintaan pembaca, penulis akan menyambung lagi kisah antara 'Hazimi' dan 'Khairil'. Namun penulis memohon maaf terpaksa menghentikan seketika penulisan ini kerana akan berada di luar kawasan atas urusan kerja selama 4 hari. Insya Allah, akan menyusul kisah Hazimi ini sekembalinya dari tugas. -Penulis-
Awal Subuh sekitar jam 6 pagi.
"Ya Allah sejuknya!!! Kat mana aku ni?" Hazimi mula menggeliat. Tuntutan fardu ain perlu dilaksanakan segera.
Segera Hazimi berkalih dan terlihat Khairil sedang nyenyak tidur.
"Erm...nak gerakkan abang ke tak ni? Takut digerakkan marah pula dia tu. Kalau tak gerak aku rasa seperti bersalah pula." Minda Hazimi bermain-main dengan perasaanya.
"Baik aku mandi dulu." Akhirnya Hazimi membuat keputusan.
Usai mandi betapa terkejutnya Hazimi melihat Khairil sudah bangun tetapi masih duduk di bucu katil yang empuk.
"Sayang dah bangun? Kenapa tak gerakkan abang?"
"Saya cadang lepas mandi baru gerakkan abang. Maaf la kalau saya buat bising ke apa ke sampai ganggu tidur abang."
"Taklah...I'm ok. Sayang nak sembahyang Subuh ye? Solat la dulu...nanti abang solat kemudian."
"Ok". Tapi dalam hati betapa gembiranya Hazimi bila melihat Khairil bangun ke bilik air dan mahu menunaikan solat Subuh.
Selepas menunaikan solat Subuh, Khairil pula menunaikan solat Subuh pula. Betapa gembira dan teruja Hazimi melihat 'kekasihnya' sedang solat. Dalam hatinya mengucapkan syukur kepada Allah.
Selepas menunaikan solat, Khairil terus duduk di sofa di sebelah Hazimi. Lantas dipeluk erat Hazimi seolah-olah tidak mahu melepaskan Hazimi. Hazimi hanya tersenyum dan memegang tangan Khairil.
"Sayang...dah lama abang tak sembahyang. Hari ini abang rasa bahagia sangat sebab abang sudah mendapat orang yang abang sayang. Thanks sayang sebab banyak sedarkan diri abang semalam. Actually the whole night I tak tidur dan remembered about our conversation about God, His mercy and blessings. Apa yang sayang told me memang betul."
"Tak apa la bang. Bagus abang dah ada niat dan azam. Ni tak tidur satu malam betul ke? Saya dengar abang tidur berdengkur je malam tadi? Hehehehe..."
"Eh..eh...eh...that exactly not. Actually you snored so loudly la. Tidur pun lasak, sampai nak tendang tendang abang ni. Ada tok guru silat mengajar dalam tidur sayang ke?
"Ye ke? Ish...betul ke ni bang?"
"Nope...I'm kidding. Hahahaha" Khairil gelak besar dan diikuti jari Hazimi mencubit pinggang Khairil.
"Sakit la. Jari tu macam sepit crab je."
"Hahaha."
"After we breakfast, we check out. Then abang wanna go again to Georgetown. Hope you will accompany me. Then I will drop you to USM and heading back to KL".
"Ok bang. Saya ikut je."
***********
Pagi itu mereka bersarapan di Hotel Y. Hazimi berasa teruja dengan menu yang disajikan di Hotel Y. Menang tidak dapat dinafikan Hotel Y di Batu Feringghi ini memang antara hotel terbaik lima bintang yang sangat mementingkan kualiti perkhidmatan mereka. Sepanjang sarapan Khairil melayan Hazimi seperti kekasih dan dalam suasana romantik. Hazimi berasa bahagia tetapi pada masa yang sama dirinya malu jika ada orang lain melihat mereka.
Selepas sarapan Hazimi dan Khairil berjalan jalan di gigi pantai berhampiran dengan hotel penginapan mereka.
"Sayang...I really love you. You make me refreshing and energetic to live in this world. Please don't go away from me."
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
Документальная прозаKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...