Cebisan 1

4.2K 66 3
                                    

Tatkala Hazimi mendapat keputusan ujian darah dari sebuah hospital swasta di ibu kota umpama episod duka yang terus berterusan melanda dalam hidupnya. Terasa dirinya seolah-olah diludahi seluruh warga ibu kota. "Ya Allah...ujian apa lagi yang Kau timpakan kepada diriku?" Ya...sah sudah dirinya dijangkiti penyakit yang paling jelik dalam masyarakat. Demam panas yang kerap menyerang dirinya rupa-rupanya adalah petanda virus HIV sedang bermaharajalela dalam tubuhnya. 

"Apa yang perlu aku lakukan? Apa nasib diriku? Bagaimana dengan penerimaan ahli keluargaku? Bagaimana dengan karier dan masa depanku?" Semua persoalan itu terus menghantui dirinya. Menangis dirinya...menggigil tubuhnya untuk menerima berita yang menjadi hakikat untuk ditelan seumur hidup.


****************

Hazimi bukanlah seorang lelaki yang dalam kategori kacak, apatah lagi jauh mahu bergaya melaram seperti sesetengah gay. Dia seorang dikatakan 'introvert' atau menyembunyikan nalurinya disebalik penampilan dirinya yang biasa. Dilahirkan dalam sebuah keluarga biasa, dirinya terdidik dengan adab sopan dan agama yang baik. Namun, sejak kecil dirinya dilayan seperti seorang 'perempuan', tambahan waktu zaman kecil rupanya yang seolah-olah anak Cina yang 'cute'. Walaupun begitu Hazimi tetap dijaga dan diasuh oleh keluarganya dan mereka mahukan Hazimi menjadi seorang anak yang berjaya di masa hadapan.


Zaman awal persekolahan rendahnya, sifat 'lembut' Hazimi kian terserlah. Digelar lembut, pondan....memang menjadi usikan kawan-kawannya. Bersukan jauh sekali. Jika ada murid perempuan bermain di situlah dirinya menyelit. Pernah dirinya mahu bermain bola sepak namun 'kaki bangku' yang dimilikinya menyebabkan Hazimi tidak tahu bermain bola sepak sehingga kini. Fasal pelajaran, dirinya memang agak menyerlah. Kerap kali dirinya mendapat tiga kedudukan terbaik di dalam kelasnya dan keseluruhan darjah. 


Secebis Kisah Yang MalangWhere stories live. Discover now