Sungguh perpisahan itu memeritkan. Sungguh perpisahan itu menguji rasa jiwa.
Hazimi sungguh terpukul dengan peristiwa lepas. Pemergian Khairil sungguh hampir merenggut rasa dirinya. Saban malam dirinya menangis mengenang Khairil. Segala kenangan demi kenangan bersama Khairil menyerbu ke mindanya. Namun, mahu tidak mahu Hazimi perlu kuat semangat demi masa depannya, tambahan pula dia menggalas amanah wasiat yang ditinggalkan oleh Khairil-yang mahu melihatnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana (Master).
**********
Masa berlalu, silih berganti...hampir 2 tahun setengah pemergian Khairil.
Hazimi pula hampir menyiapkan tesis Masternya. Kini hanya lebih menumpukan untuk penambahbaikan tesisnya selepas melalui ujian vivavocenya.
Suatu hari Hazimi melihat suatu iklan di akhbar-iklan dari salah sebuah badan berkanun yang sedang mencari guru-guru bagi salah sebuah sekolah berasrama penuh.
"Erm...minat juga nak jadi cikgu. Lagipun pensyarah aku pernah cakap biar bermula jadi seorang guru dan meningkat naik menjadi seorang pensyarah. Biar kutip pengalaman mengajar dari rendah. Boleh la tanya pensyarah aku nanti, mak ayah aku pun rasanya tak ada masalah kalau aku nak minta."
Lantas Hazimi bertemu dengan penyelia tesisnya dan diberitahu hasratnya untuk melamar pekerjaan tersebut.
"Erm, elok tu Hazimi, saya menyokong penuh. Lagipun tesis you pun tak ada major problem. Boleh buat penambahbaikan segera kan?" Tanya penyelia tesisnya.
"Insya Allah, Prof. Lagipun dalam sebulan nanti target saya akan submit tesis saya yang sudah siap dibaiki ke Pusat Pengajian Siswazah. Salinan tesis tu juga saya akan majukan kepada prof."
"Good. Saya yakin awak akan berjaya. Cuma pesan saya satu sahaja Hazimi, bila bekerja tumpukan dedikasi awak kepada karier awak, mengajar anak bangsa dengan bersungguh-sungguh."
"Insya Allah, Prof."
Selepas mendapat restu dari penyelia tesisnya termasuk ibu bapanya Hazimi memohon jawatan kosong tersebut melalui laman web rasmi badan berkanun tersebut. Alangkah gembiranya selepas siap menghantar tesisnya, Hazimi dipanggil untuk menghadiri temuduga berkenaan di Kuala Lumpur.
"Ini peluang aku. Insya Allah, boleh juga aku menjenguk kubur abang Khairil."
*********
Alhamdulillah, temuduga berjalan dengan lancar di Kuala Lumpur, malah Hazimi yakin yang dirinya akan mendapat peluang pekerjaan. Usai temuduga, Hazimi meneruskan perjalanan melawat kubur Khairil.
Selepas membaca al-Fatihah dan diniatkan sedekah untuk arwah, Hazimi duduk lama di sisi kubur berkenaan. Kubur tersebut dijaga rapi dan kemas.
"Abang, saya datang..." Bisik hatinya seolah-olah berkomunikasi dengan arwah Khairil. Tidak sedar air matanya merembes keluar.
"Astaghfirullah al 'azim"...perlahan-lahan Hazimi beristighfar kerana terlalu larut dalam perasaannya.
"Abang, saya balik dulu...nanti saya akan datang lagi." Hazimi mengusap-usap batu nisan.
***********
Selepas menyerahkan tesis yang telah dijanjikan untuk diserahkan, Hazimi pulang ke kampung. Sebelum pulang, sempat Hazimi bertemu dengan penyelia tesisnya dan mengucapkan terima kasih atas bimbingan.
"Insya Allah, kita berjumpa waktu konvo nanti. Oh ye, how about your application sebagai cikgu tu?"
"Insya Allah prof, saya dah temuduga, cuma menunggu jawapan je nanti."
"I wish you good luck."
"Thanks prof."
Sementara menanti untuk mendapat pekerjaan, Hazimi banyak membantu ahli keluarganya di gerai milik ibu ayahnya.
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
No FicciónKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...