Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera semua. Apa khabar sidang pembaca budiman? Bagaimana dengan keadaan kesihatan anda semua? Penulis berharap agar semua sidang pembaca berada di dalam keadan sihat, teruskan istiqamah dan sabar menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga ini. Dalam duduk-duduk tak buat apa-apa ni, eloklah kiranya penulis menyambung lagi kisah yang lalu, iaitu kenangan umrah.
Apabila penulis bergerak pulang ke Ipoh dengan menaiki tren ETS, bermulalah sebenarnya pengembaraan kerohanian penulis. Tatkala tren mula bergerak, dengan tekad penulis berkata bahawa biarlah perjalanan kali ini membawa ketenangan dan kedamaian. Sungguh, memang Allah S.W.T memperkenankan perjalanan penulis. Apabila sampai di Ipoh, hati dan minda hanya fokus kepada perjalanan umrah.
Bagi memudahkan urusan perjalanan umrah, penulis bersama-sama ibu bapa dan adik penulis sendiri menyemak dan mencatat barangan yang di bawa. Semua barangan peribadi, pakaian dan keperluan disusun mengikut keutamaan; selaras dengan peraturan menaiki kapal terbang untuk perjalanan antarabangsa. Nasib baiklah juga ada seorang rakan sekerja penulis sudi meminjamkan beg bagasi yang besar untuk memudahkan penulis memuatkan pakaian kami di dalam satu beg besar. Manakala beg bagasi lain diisi dengan keperluan lain. Oh ye, bagi jemaahn umrah yang menggunakan perkhidmatan Malaysian Airlines (MAS), berat beg bagasi yang dibenarkan untuk seorang adalah 30kg. Oklah kan...jadinya beg bagasi besar yang dipinjamkan tu memang kami muatkan pakaian kami sahaja.
Penerbangan kami dijadualkan pada 5 Februari 2019 jam 10.30 pagi. Jadi ini bermakna kami perlu berada di KLIA sebelum solat subuh lagi. Alhamdulillah, kumpulan whatsapp bagi kumpulan jemaah kami dibentuk oleh mutawif; iaitu pembimbing kami semasa di Makkah dan Madinah. Memandnagkan ibu dan ayah penulis yang tidak tahu dan tidak menggunakan telefon bimbit canggih ni, makanya semua urusan berkenaan informasi dan pertanyaan kepada mutawif diserahkan oleh ibu bapa kepada penulis. Alahai...nak buat macam mana kan? Dari kumpulan whatsapp ni kami berkenalan, jemaah dari seluruh Malaysia. Bagi kumpulan kami, kami diletakkan dalam Kumpulan 5 dan semua berkaitan dengan bas adalah bas nombor 5. Mutawif juga memberitahu bahawa sepanjang penginapan kami di Makkah adalah Hotel Haneen Al-Firdaous yang terletak kira-kira 300 meter dari dataran Masjidil Haram. Bagi penginapan di Madinah pula kami menginap Hotel Mawaddah al-Waha yang terletak kira-kira 150 meter dari pintu pagar nombor 15 Masjid Nabawi.
Mmeandangkan kami dari Ipoh dan pihak Syarikat Andalusia Ipoh tidak menyediakan pengangkutan ke KLIA, penulis telah menempah tiket bas seramai 4 orang (termasuk dengan adik penulis) dan bertolak sehari lebih awal, iaitu pada 4 Feruari 2019. Apabila kami turun di KLIA, seorang sahabat penulis yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan (kawan kerja tempat lama dahulu) datang mengambil kami dan beliau telah menempah homestay untuk kami bermalam. Adik penulis yang tinggal di Pahang datang bersama-sama dengan suami dan anak-anaknya bagi meraikan pemergian kami. Secara jujur malam itu, agak susah penulis mahu melelapkan mata, ketakutan dan kerisauan mula melanda hati. Yerlah, dengan keadana diri penulis, nak bantu pula ibu ayah, dengan takutnya jika dosa-dosa silam dipertontonkan di Makkah atau Madinah, mahu malu jadinya. Tapi tak apalah, apapun penulis masih berpegang bahawa Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. Dalam kerisauan itu akhirnya terlelap juga mata, yerlah sebab dah makan ubat mana tak tidur juga kan? Hehehehe...
*********
Tarikh 5 Februari 2019.
Seawal jam 3.30 pagi kami mula bangun dan bersiap. Penulis dan ibu bapa yang akan berangkat menunaikan umrah disunatkan mandi ihram dan mengambil wuduk kerana kami akan memakai kain ihram dan terus ke Makkah terlebih dahulu. Tatkala penulis memakai kain ihram, tidak sedar air mata penulis menitis kerana akhirnya tarikh ini tiba jua. Selepas memakain kain ihram disunatkan pula solat sunat ihram dua rakaat dan solat musafir 2 rakaat. Dalam doa penulis memanjatkan agar sepanjang perjalanan pergi dan balik dipermudahkan. Jam 5 pagi kami bertolak ke KLIA dengan sekali lagi sahabat penulis membawa van mengambil kami.
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
Документальная прозаKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...