Cebisan 5

2K 52 13
                                    


Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca yang sudi membaca cebisan-cebisan dari kisah hidup sebenar penulis. Kepada yang bertanya dan memberi komen kisah hidup penulis ini amat dihargai dan sedaya upaya penulis akan membalasnya. Semoga kebaikan dan kerahmatan Illahi melimpahi hidup kita semua, Amin! 

-Penulis-


Hazimi baru sahaja selesai menunaikan solat. Nasib baiklah dalam bilik hotel yang mewah itu ditandakan arah kiblat. Selepas solat Hazimi terus berwirid, berzikir dan berdoa. Namun...sepasang mata Khairil melihat segala tindakan Hazimi seolah-olah menyimpan persoalan demi persoalan. Sambil itu matanya juga melihat layar kaca TV.

Usai solat Hazimi terus duduk di sofa, membetulkan urat tengkuk dan memicit micit kakinya.

"Dah selesai sembahyang?"

"Alhamdulillah, dah bang"

"You selalu sembahyang ke?" Ish...apa punya soalan daaa....

"Ye...kenapa bang? Abang tak suka saya solat ke tadi?"

"Nope...but...hurm...entahlah. To be frank, I dah lama tak sembahyang. For me for what I sembahyang kalau Tuhan tak adil kepada semua orang"

"Astaghfirullah al 'azim...mengapa abang cakap macam tu? Apa hak kita untuk memperkatakan Tuhan tu tak adil?"

"Ye lah...ada manusia yang sengsara, ada manusia yang bahagia. Macam I, kaya tapi hidup I ni tak ada ertinya. Waktu I need my parent Tuhan dah ambil mereka. Not fair!"

"Abang...tak baik berkata sedemikian rupa. Saya bukan nak berdebat dengan abang sebab pengetahuan agama saya pun bukannya baik sangat. Tapi saya percaya semua ini ada hikmah dan percaturan dari Allah." 

"Hikmah? What hikmah? Bullshit with hikmah! Kalau u kata Tuhan tu maha pengasih penyayang kenapa Dia biarkan I hidup sunyi? Kenapa I korbankan hidup I pada orang lain tak dihargai? Kenapa Tuhan biarkan orang tu terus hidup? Kenapa my parent yang baik Dia ambil nyawa mereka dengan cepat"

"Bang...again and again saya tak nak argue dengan abang. Tapi baiklah, demi menjernihkan keadaan beri saya peluang untuk menjawab soalan abang. Insya Allah, saya cuba"

"Ok...proceed. If you can convince me with your answer so you are qualified to be a lecturer on day" Eh....dah mencabar pulak mamat ni...Hazimi bab berdebat ni memang dia suka tapi kalau menyentuh soal agama Hazimi perlu berhemah.

"Sebelum abang nak ukur kehidupan abang dan apa yang terjadi, saya nak bertanya abang adil ke Tuhan nak jadikan semua manusia ini bahagia, kaya dan tak ada kejahatan di atas muka bumi?"

"Of course He is fair...because He love His servant so He must give equality to all human being."

"Saya bagi perumpamaan la bang. Kalau Tuhan bagi semua manusia kekayaan, kebahagiaan dan kegembiraan adakah semua manusia mensyukuri pemberian dari Dia? Jika abang ukur kehidupan abang dan apa yang berlaku pada diri abang sebenarnya abang juga tidak adil pada diri abang dan orang lain"

"What? I'm not understand" Berkerut muka Khairil cuba memahaminya

"Begini...berapa ramai manusia yang diberi kesenangan hidup menggunakan kesenangan hidupnya mencari redha Tuhan? Namun ramai yang menyimpang jauh bila menggunakan kekayaan dan pemberian yang Tuhan berikan dengan memusnahkan kehidupan lain. Pasal abang kata korbankan diri abang kerana orang lain, bang...abang juga ada cakap manusia ni mana ada sifat berterima kasih dan nak hargai. Macam hubungan PLU, mana ada yang bertahan sebab PLU ni kan cari yang lebih baik dan lebih yang tiada kesudahan. Abang juga ada beritahu petang tadi dekat pantai kan? Ingat tak? Kalau abang kata tidak adil Tuhan sebab Tuhan ambil nyawa mak ayah abang sungguh Dia dah adil. Dia adil pada abang untuk abang pula berdiri dan berdikari pula untuk menikmati hidup. Apalah kisah hidup kita dibandingkan dengan Kekasih Allah Nabi Muhammad kan? Walaupun baginda dah dijanjikan syurga, jadi Kekasih Allah tetapi tengoklah kehidupan sejarah baginda. Abang ni dah besar baru kehilangan mak ayah tetapi baginda sejak dalam kandungan ibunya dah kehilangan ayah. Umur baginda kecil sangat dah kehilangan seorang ibu. Hidupnya bukan mewah tetapi sentiasa diberkati kerana baginda tahu Allah itu maha pengasih dan penyayang. Baginda tahu Allah memberi hikmah dari segala apa yang diberikan oleh Allah menguatkan azam baginda dalam menegakkan agama Allah."

Secebis Kisah Yang MalangWhere stories live. Discover now