Cebisan 19

1.3K 33 20
                                    

Jika orang dilamun cinta kerana rupa sahaja pasti akan binasa cinta, memudaratkan diri juga akhirnya sehingga tercampak jatuh terbuang entah ke mana. Kerana cinta manusia berdasar rupa sanggup manusia butakan hati sehingga menanggung azab yang tak terperi. Jika cinta itu dari hati yang ikhlas, semua yang berlaku nampak jelas menembus hakikat. Jadi tanya kepada hati, adakah kau bercinta kerana rupanya atau kerana ikhlas semata-mata? Adakah cinta itu ikhlas dari lubuk jiwa atau tersirat sesuatu untuk meminta imbal balas dengan material? -Penulis-


Semakin lama semakin tidak keruan Hazimi kepada Amir. Angau kerana terpesona dengan rupanya. Memang tidak dapat dinafikan rupanya yang menawan dengan susuk tubuhnya yang 'sado'.Terselit juga rasa bangga Hazimi tatkala berjalan dengan Amir, kerana sering dilihat oleh orang lain, terutamanya PLU. Tambahan pula Amir merupakan berdarah campuran, ibunya orang Sarawak dan ayahnya orang Semenanjung. Namun kerap juga Hazimi bermonolog...mengapa pula dirinya diterima oleh Amir. Kadangkala juga Hazimi terasa 'sesuatu' berkenaan Amir, kerana Amir kadangkala suka bersembang tiba-tiba gelak yang tidak tentu punca. Seringkali juga Amir bersembang memandingkan dirinya dengan jantan 'sado' dan seolah-olah 'menghina' bentuk badan orang itu yang tidak kena bagi matanya. Pernah tatkala Hazimi dan Amir sedang beratur membayar kasut untuk Amir, dengan tiba-tiba Amir berkata:

"Tengoklah kaki dia tu...badan sado, tapi badan kecik. Nak sado mestilah bentuk kaki, jangan nampak kecik je."

"Tak baik cakap orang macam tu."

"Eleh...kaki dia tu tak kuat mana la tu."

Kadangkala ada juga Hazimi menegur cara berpakaian Amir. Selalu Amir akan memakai rantai dan bangle yang bagi pandangan Hazimi agak janggal. Pernah sekali Amir memakai baju singlet tanpa lengan dan seluar yang agak fit. 

"Sayang, jangan la pakai macam ni lagi. Ramai yang tengok."

"Kenapa? Apa yang salahnya? Bukan luak mana pun orang tengok saya. Lagipun saya ni cepat panas, so kena la berpakaian macam ni baru tak panas." Dengan lagak Amir memberitahu. Hazimi sekadar diam dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

Pernah dahulu Amir secara tiba-tiba bertanya kepada Hazimi apakah kualiti hidup yang sebenar kepada Hazimi. 

"Apa kualiti hidup sebenar ye bang?" Tanyanya secara tiba-tiba.

"Kenapa tanya macam tu?"

"Apa pendapat abang?"

"Bagi abang, kualiti hidup yang sebenar adalah berbakti pada orang lain tanpa mohon dibalas dan selagi mana hidup taburlah ilmu agar orang lain boleh jadikan amalan."

"Oh...ok. Kalau saya pula kualiti hidup itu bila kita rasa puas dengan semuanya dan orang lain tidak akan pijak kepala kita."

"La...pulak. Kenapa cakap macam tu?"

"Saja. Hahahahaha." Kesudahannya hanya jawapan dengan gelak besarnya sahaja diberikan. 

**************

Amir juga pernah mengadu keadaan dirinya yang agak susah belajar di UPM, dengan faktor kewangan dan sebagainya. Tanpa basa basi Hazimi meminta nombor akaun Amir untuk membantu. Hazimi faham kerana dirinya dahulu belajar dan betapa susah jika tiada duit, tambahan pula inilah caranya untuk 'mengikuti' jejak langkah yang pernah dilakukan oleh arwah Khairil kepada dirinya dahulu-cuba membantu apa yang terdaya. Pada mulanya Amir seolah-olah mengelak untuk memberi nombor akaunnya namun apabila didesak maka diberi juga. Saban minggu sekurang-kurangnya RM 100 cuba dimasukkan oleh Hazimi untuk Amir.

Hari Sabtu dan Ahad adalah hari yang cukup bahagia untuk Hazimi kerana dirinya boleh berjumpa dengan Amir. Kerana mahu berdua-duaan dengan Amir sanggup menyewa bilik hotel di Kuala Lumpur, jika tidak Amir sendiri akan datang ke Nilai. Setiap kali berjumpa pasti ada sahaja Hazimi akan membelikan sesuatu untuk Amir dan sanggup berbelanja kerana Amir. Seluar, baju, seluar dalam, kasut malah banyak lagi dibelikan untuk Amir.

Secebis Kisah Yang MalangWhere stories live. Discover now