Siapakah yang dinamakan teman?
Siapakah yang dipanggil sebagai sahabat?
Siapakah yang dikatakan sebagai rakan?
Siapakah yang dipanggil sebagai kawan?Siapa aku?
Yang tiada siapa mahu berteman denganku
Yang rusuh rasa jijik bersahabat denganku
Yang tiada sudi terbuka hati menjadi rakanku
Yang hanya mahu berkawan denganku hanya demi kepentingan diri sendiriAku berteman dengan air mata yang mengalir
Aku bersahabat dengan kesepian yang mencengkam
Aku menjadi rakan kepada rasa rusuh perit hati yang menggunung
Aku berkawan dengan kesunyian yang mencengkam jiwaAku tercari cari makna surat dan siratnya teman
Aku termenung dalam erti sahabat yang sejati
Aku terdiam dalam definisi rakan taulan
Aku mengeluh dalam kata bicara sebenar kawanAku tiada sesiapa
Bukan kerana ku menyombong diri
Bukan kerana ku rasa diri ego menggunung
Tetapi aku punya peristiwa perit
Masa silam yang menyakitkan
Kesakitan yang sukar digalas
Kepayahan yang terpaksa aku hadapi
Kesedihan dan kegalauan hati yang tidak pernah sirna dalam jiwa iniAku lakukan kebaikan berkali kali
Ku korbankan masa, harta dan segalanya
Kepada perkara yang ku langsung tidak pasti
Demi meraih perhatian, demi merengguk cinta
Demi menghilangkan rasa duka nestapa
Namun pengakhiran... keperitan demi kepayahan yang menyiat sanubarikuAdakah cinta, kasih sayang dan perhatian begitu mahal harganya untuk diriku?
Adakah erti kesemuanya perlu aku bayar dengan rasa hati, perasaan dan pemikiran dalam tekanan?
Adakah aku perlu mengemis menjatuhkan maruahku kerana semua ini?
Adakah aku perlu menjadi orang yang paling bodoh lagi jahil kerana semua ini?
Adakah kepenatan dan kesengsaraan ku ini menjadi penghibur kepada kalian yang mahu aku derita pengakhirannya?Yang bersimpati hanya luahan sedih kepadaku
Menyuruh aku bersabar
Meminta aku bertenang
Memohon aku redha
Mahukan aku ikhlas terima
Begitu indah bahasa nukilan
Diriku tetap cuba terus cuba
Namun sampai bila?
Tetap juga aku menangis
Kerap bertambah aku termenung
Hati ini tetap rasa payah menerima takdir iniJika kematian itu penamat dan pengakhiran sebuah derita ini aku bersedia
Jika kehidupan diteruskan, ke mana lagi aku mengharap dan berjalan?
Sungguh aku benci kepada semua ini, aku meluat kepada manusia yang berkeliling bertopeng kebaikan
Betapa kejamnya manusia ini kepadaku
Mengapa aku dihukum oleh kamu sebegini?
APA SALAH DAN DOSAKU DI HADAPAN MATAMU? YANG MENGHUKUM, MENGHINA, MENGHINDAR DAN MENGEJIKU?Kejamnya manusia melihat aku derita
Air mata aku ini seolah olah hiburan kamu
Kisah aku ini hanya umpama senandung lagu yang mengkhayalkanmuYa Tuhanku,
Sungguh aku sudah penat diriku
Aku lelah dengan cabaran dan ujian
Aku tak mampu pikul dosa, bala dan bencana ini... Hanya aku bersangka baik padaMu... Namun hati ini susah dididik dengan semuanya ini?
Aku hanya terus merintih terus mengadu hanya padaMu

YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
Não FicçãoKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...