Cebisan 11

1.2K 38 8
                                        

Terima kasih kepada sidang pembaca yang masih sudi membaca cebisan demi cebisan kisah yang tercoret. -Penulis-


Pagi yang cerah...bumi Langkawi nampak indah dengan hamparan pantai memutih dan sinar mentari yang memancar menyinari lautan biru.

Usai sarapan, Khairil dan Hazimi berjalan-jalan sekitar pantai berhadapan dengan villa resort itu. Pemandangan yang menenangkan sambil tiupan angin bayu laut menampar-nampar wajah mereka.

"Sayang..." Khairil memulakan perbualan tatkala mereka duduk sebentar di kerusi baring yang disediakan.

"Ye bang...ada apa?"

"Hurm....erm....tak ada apa-apalah, saja je."

"La...pulak. Ada apa bang?"

"Erm...sayang ni betul-betul ke sayang kat abang?"

"Ish...soalan ni rasanya dah banyak kali abang tanya kat saya. Dan saya rasa abang tahu jawapannya kan?"

"Yerlah...abang tahu. Sayang ni memang sayangkan abang. Masakan sayang nak cari orang lain kan?"

"Eh...eh...ke situ pulak. Abang kenapa ni? Lain macam je soalan?"

"Tak ada apa-apa. Saja je."

"Abang ok ke ni? Saya tengok abang ni semacam je..."

"Semacam? Semacam mana?"

"Yerlah...soalan abang tadi tu lain macam je..."

"Hehehehe...taklah, saja nak duga sayang." Pandangan Khairil jauh melihat samudera biru.

Hazimi hanya memandang Khairil. Namun benak mindanya masih dibelenggu persoalan.

"Sayang, jika takdir abang pergi dahulu, abang cukup risau pada sayang..."Ayat Khairil segera dipintas oleh Hazimi.

"Abang nak ke mana pula?"

"Yerlah, andai kata la abang tiada di dunia ni...abang risau pada sayang yang bakal ditinggalkan?"

"La...abang nak ke mana pulak? Nak stay kat planet mana pulak ni? Kat planet tu ada pemandangan macam ni ke?" Hazimi cuba mengawal situasi dengan pertanyaan yang dangkal.

"Ish...apa la. Jika la abang mati..."

"Mati? Kenapa? Semua orang pun akan mati. Saya pun akan mati."

"Dengar dulu pertanyaan abang...ni pakai main potong je. Mentang-mentang la dah jadi Prof..."

"Ha...yerlah...ok...ok...proceed"

"Abang takut jika abang mati dan tinggalkan sayang."

"Takut? Kenapa? Apa yang abang takutkan?"

"Abang takut sayang ni dipermainkan, mungkin sehingga menyebabkan sayang derita."

"Kenapa abang cakap macam tu?"

"Sebab abang tengok sayang ni naive...terlalu menjaga hati, perasaan dan fikiran orang lain. Dunia ni sebenarnya cruel. Manusia ni ramai yang suka mengambil kesempatan. Bahkan sayang nanti pasti akan derita."

(Secara jujurnya, ayat Khairil ini umpama sebuah sumpahan kepada kehidupan Hazimi (Penulis) sendiri kerana selepas kematian Khairil malang demi malang menimpa hidup Hazimi)

"Bang...saya tak tahu nak ramalkan kehidupan masa depan saya. Saya betul-betul tak tahu. Yang saya tahu sekarang hidup saya bahagia disamping orang-orang yang saya sayang."

"Indeed, but you must remember, outside there...a lot of people will jeopardize your life easily. Sayang...don't put your trust easily to other people. It will might your life in dangerous. Pulak ni dalam dunia PLU ada ramai yang suka ambil kesempatan."

Secebis Kisah Yang MalangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang