Keesokan harinya tanpa disangka-sangka Amir yang menghubungi Hazimi, namun tatkala itu Hazimi sedang memberi kuliah. Memang Hazimi sebolehnya tidak akan menjawab sebarang panggilan telefon sewaktu dirinya sedang menyampaikan kuliah.
Sehabis kuliah, Hazimi segera menghubungi Amir.
"Assalamualaikum Amir. Sorry, tadi abang tak dapat jawab call. Abang mengajar tadi."
"Oh, tak apa, sorry ganggu abang. Ni dah habis kelas ke?"
"Alhamdulillah dah. Tak ada kuliah ke hari ni Amir?"
"Ada, sekejap lagi. Saja bosan tu yang call abang."
"Ermmm...ok. Study elok-elok. Nanti malam abang call semula. Assalamualaikum."
"Wa'alaikumussalam."
***********
Sesi perkenalan antara Hazimi dan Amir terus berjalan berbulan, kadangkala mereka akan berhubung melalui whatsapp. Dari situ Hazimi terus mengenali dan mengenali Amir dengan cara lebih dekat. Amir sentiasa akan menjawab mesej dari Hazimi dan sudi bersembang dengan Hazimi. Ini menyebabkan Hazimi semakin tertarik dengan Amir dan mahu bertemu dengan Amir suatu hari nanti. Bahasa dan budi yang ditunjukkan Amir memang memikat hati Hazimi.
"Boleh je kalau abang nak jumpa saya. Lagipun kita boleh kenal dan berkawan kan?" Ujar Amir di dalam whatsapp.
"Tapi abang malu...abang tak hensem pun."
"Ala...apa salahnya nak berkawan."
"Nanti kalau kita ada masa kita jumpa boleh ye?"
"Boleh."
***********
Hari itu Hazimi agak sibuk dengan mengajar kuliah dan menghadiri mesyuarat. Malam itu selepas makan malam dan berehat, barulah Hazimi melihat-lihat kembali handphonenya. Lantas dia menghubungi Amir.
"Assalamualaikum. Hai Amir, buat pe tu?"
"Oh, abang Hazimi. Ermmm...kat gym. Baru lepas workout."
"Oh...mesti lebih nampak hebat kan? Hehehehe"
"Hebat apanya bang, biasa je."
"By the way Amir study apa di UPM tu?"
"Saya study bidang HR. Abang ni entah-entah dah bergelar Doktor ke, Prof ke?
"Nope...abang masih lecturer biasa je. Ala, lecturer cabuk je...hehehe. Dah, just call abang ni abang...gelaran akademik tu tak ada dalam kamus abang kalau nak berkawan."
"Taklah bang, takut saya tak respect abang je..."
"Eh...tak lah."
"Ermmm...abang nak jumpa dengan Amir nanti boleh?" Hazimi sengaja menduga
"Boleh je...apa salahnya. Abang nak jumpa kat mana?"
"Oh...apa kata kita jumpa Sabtu ni kat KL Sentral. Abang naik tren je...."
"Ok...saya tunggu abang nanti. Kita jumpa pukul 12 tengahari ok?"
"Ok."
Hazimi meletakkan handphonenya. "Yes... dia sudi nak jumpa aku."
**********
Hari Sabtu.
Hazimi menaiki tren komuter dari Stesen Nilai menuju ke Kl Sentral. Semasa di dalam perjalanan Hazimi menghubungi Amir. Amir sudah hampir menuju ke Kl Sentral.
"Kita tengok siapa yang sampai dulu, kalau siapa yang lambat kena denda." Amir bergurau.
"Ala, jangan la. Takkan kena denda?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Secebis Kisah Yang Malang
No FicciónKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...
