Awal Subuh Khairil terjaga dari lenanya. Badannya terasa lesu dan sedikit lemah. Dilihatnya Hazimi tidur di sebelahnya.
"Sayang...." suara Khairil yang perlahan memanggil Hazimi. Namun Hazimi tidak sedar.
"Sayang...sayang" Sekali lagi Khairil memanggil Hazimi. Barulah Hazimi tersedar.
"Er...abang...abang...abang ok ke? Abang nak minum ke?" Terpisat-pisat mata Hazimi terbuka, cuba dilawan rasa mengantuk.
"Yup...abang dahaga. Boleh ambilkan air?"
Lantas air kosong dari jag dituang oleh Hazimi. Hazimi segera memapah Khairil bangun untuk minum. Air minum diteguk perlahan-lahan oleh Khairil.
"Abang...are you ok? Saya risau tengok keadaan abang ni."
"Don't worry sayang. Abang ok. Abang cuma penat sikit sejak kebelakangan ni"
"Penat? Keadaan abang ni nampak benar-benar tak sihat. Abang kena pergi ke hospital...." Tak sempat Hazimi menghabiskan ayatnya.
"Sayang...dah. Jangan risau. I'm ok. Ni abang pula tengok keadaan sayang macam tak sihat je." Segera tangan Khairil memegang tangan Hazimi. Terasa agak panas tangan Hazimi. Lantas pula telapak tangannya mendemah dahi Hazimi. Memang Hazimi demam.
"Tengok...sayang demam pulak. Panas pulak tu. Kan abang dah cakap jangan risau pasal abang. Sekarang ni sayang pula yang demam. Dah... bersiap, kita pergi ke klinik."
"Tak nak. Saya nak temankan abang pergi ke hospital."
"Dah...jangan degil. Jom...." Segera Khairil bangun dari katil. Hazimi hanya mendiamkan diri. Sejujurnya Hazimi tidak larat bangun, terasa badannya lemah. Mungkin kepenatan bali Dari Langkawi ditambah malam tadi yang dia asyik terjaga melihat-lihat Khairil.
"Dah...bangun." Segera Khairil memapah Hazimi masuk ke bilik air.
**********
Pagi itu pemandu peribadi Khairil membawa Hazimi pergi ke klinik sambil ditemani sendiri oleh Khairil. Khairil sendiri membayar harga rawatan dan mengambil ubat di kaunter farmasi.
"Pakcik, jom kita balik. Saya pun tak masuk ofis hari ini."
"Baik tuan."
Sepanjang perjalanan Hazimi terlentok tidur di bahu Khairil. Malah ketika sampai di rumah Khairil, dia dipimpin oleh pemandu peribadi Khairil. Kebetulan di rumah pembantu rumah harian yang digaji oleh Khairil menyediakan sarapan pagi.
"Sayang....jom sarapan. Makan sikit. Lepas tu makan ubat dan tidur."
"Abang pun kena makan ubat." Jawan Hazimi dengan lemah.
"Ye...ye....tapi sayang makan ubat dulu baru abang makan ubat."
"Abang sakit apa sebenarnya?" Tanya Hazimi akhirnya...tapi dengan nada yang lemah.
"Dah...nanti abang cerita. Makan dulu sikit, kemudian makan ubat then tidur."
Selepas bersarapan Hazimi lantas makan ubat dan terus dibawa ke bilik tidur Khairil.
"Sayang tidur ye...kalau ada apa-apa panggil abang. Abang ada je dalam bilik ni." Khairil menarik selimut untuk Hazimi.
************
Awal petang Hazimi terjaga. Dari telinganya seolah-olah terdengar perbualan. Suara Khairil sedang berbincang dengan seseorang. Tidak dapat ditangkap butir percakapan antara mereka.
"Sayang, dah bangun. Sorry kalau kami mengganggu rehat sayang." Khairil mendapatkan Hazimi.
"Hurm...ok. Siapa dia bang?"
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
No FicciónKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...