Alhamdulillah, penulis sudah kembali ke ibu kota selepas 4 hari bertugas di luar kawasan. Walaupun badan yang penat dan sedikit tidak sihat, Insya Allah penulis akan mencoret kisah-kisah 'Hazimi' ini. -Penulis-
Betapa bahagianya Hazimi, dan dirinya tidak menyangka bahawa impiannya mahukan seseorang yang menjadi bfnya sudah tercapai. Walaupun jarak memisahkan namun itu tidak menjadikan alasan untuk berubah hatinya. Kehadiran abang Khairil dalam hidupnya banyak mengubah hidupnya.
Saban malam mereka akan bertelefon, bertanya khabar dan melepaskan rindu yang terbuku. Khairil banyak memberi semangat dan membantu Hazimi dalam soal pendidikannya. Bukan Hazimi meminta namun Khairil terus sahaja membantunya, baik wang ringgit dan material lain yang membantu pengajian Hazimi.
Betapa bertuah dan bersyukurnya Hazimi mendapat Khairil yang begitu menyayangi dan mencintai dirinya. Sering dirinya bermonolog apalah yang ada pada dirinya sehingga Khairil begitu setia dengan dirinya.
Pernah dahulu Hazimi menyatakan yang dirinya begitu banyak dengan tugasan dan pembentangan tutorial yang memerlukan penggunaan laptop atau komputer. Pernah Khairil menelefon Hazimi tatkala Hazimi sedang menunggu gilirannya untuk menggunakan komputer dalam makmal pusat pengajiannya.
"Jenuh menunggu. Tapi tak apalah, saya kesian juga kawan-kawan saya ni. Mereka datang awal so diaorang la guna dulu". Luah Hazimi.
"Kesian sayang ni. You also need do your assignment right? Why your faculty not provide enough computers for the students? Mesti internet pun lembab juga kan?"
"Ha ah bang....tapi syukurlah dari tak ada." Balas Hazimi.
Minggu hadapannya, sewaktu Khairil datang Ke Pulau Pinang, dihadiahkan sebuah laptop kepada Hazimi. Jenuh Hazimi menolaknya namun terpaksa diambil.
"Kalau tak nak, abang balik je. Abang campak kat dalam laut tengah-tengah jambatan tu." Ugut Khairil.
"Yerlah, saya ambil."
"Macam ni la...sayang." Lantas pipi Hazimi dicubit Khairil
"Thanks bang, mahal ni, dah susahkan abang je."
"Taklah...pakai je, kemudahan sayang juga."
******
Alhamdulillah, cuti semester sudah kembali. Hazimi berasa bebannya belajar di semester pertama sudah selesai. Cuti 3 bulan yang dinantikan rasanya elok Hazimi pulang ke kampung bagi membantu ayah dan ibunya berniaga.
"When your sem break start?" Tanya Khairil memulakan perbualan malam itu.
"Minggu depan. Tapi esok last paper saya. Hari Ahad nanti saya balik la ke kampung saya kat Ipoh".
"Oh...i see. Ok. By the way tomorrow I will going to Penang. Maybe we can meet up during late afternoon...around 5 pm. Can we meet depan pintu pagar USM Sungai Dua?"
"Hurm...ye ke? Ok...kebetulan esok paper saya tamat jam 12 tengahari. Insya Allah kita jumpa ye. Abang, doakan saya supaya mudah menjawab soalan esok."
" Of course dear. Abang selalu doakan sayang, doa abang sentiasa mengiringi sayang selalu."
******
Selepas menjawab peperiksan kertas akhir tengahari itu, lapang fikiran Hazimi. Namun hatinya berdebar-debar menunggu Khairil bertemu dengannya.
Dalam jam 4.50 petang, Hazimi menunggu Khairil. Nasib baiklah berdekatan pintu pagar USM Sungai Dua terdapat beberapa pondok menunggu yang kebetulan terletak berhadapan dengan Masjid al-Malik Khalid, masjid rasmi USM. Matanya memandang kereta yang masuk melalui pintu pagar itu.
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
No FicciónKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...