Penulis sekali lagi memohon maaf kerana kesibukan tugas dan hal-hal peribadi menyebabkan penulisan ini terhenti seketika. Insya Allah, penulis akan cuba mencari ruang masa bagi mencoret kisah "Hazimi" ini. Mana yang baik jadikan tauladan, yang mana buruk jadikan ingatan serta sempadan. -Penulis-
Masa terus berlalu.
Begitu juga dengan perjalanan hidup Hazimi. Kesibukan belajar dan penglibatan beliau dalam aktiviti-aktiviti universiti sedikit sebanyak membantu beliau menghilangkan rasa kesunyian, tambahan pula dengan cinta jarak jauh antara dirinya dengan Khairil. Namun kerana kesetiaan dan kejujuran terjalin antara mereka sentiasa 'mekar' rasa cinta antara mereka.
Jika cuti semester, Hazimi ke Kuala Lumpur ataupun Khairil akan melawat Hazimi di Ipoh. Khairil juga tidak kekok mengenali keluarga Hazimi.
"Abang tengok bahagia je keluarga sayang. Hubungan rapat antara satu sama lain."
"Ala bang....biasa la tu."
"Abang tak rapat sangat dengan arwah mak ayah abang dulu. They always busy with their business and work."
"Dah la tu bang. Jangan diingat macam tu. Banyakkan sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka."
******************
Sedar tak sedar hampir 3 tahun Hazimi belajar di USM dan pengajiannya akan tamat tidak lama lagi. Hazimi menyimpan cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat Master pula demi memenuhi cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah. Namun, dia tahu kedudukan dirinya tidak mampu untuk meyambung pengajiannya; tambahan pula pinjaman PTPTN perlu dibayar selepas bergraduan lagi.
"Bang...buat apa tu?" Hazimi memulakan perbualan selepas mendail nombor Khairil
"Oh....sayang. Abang di hospital."
"Hospital? Kenapa? Abang sakit ke?"
"Taklah...just regular medical check up. Badan kena jaga...keep maintain."
(Sebenarnya selepas itu barulah 'Hazimi' mendapat tahu rupanya Khairil memang kerap ke hospital kerana penyakit yang dideritainya.)
"Oh....macam tu."
"Sayang, bila mula exam akhir semester?"
"Sekarang ni study week. My paper will begin next week. Hari Isnin dah start."
"Oh really? Buat elok-elok. By the way....hurm...sayang....habis exam ni sayang nak buat apa?"
"Balik rumah la...as usual tolong mak ayah di gerai. Then maybe nak cari kerja sementara dulu kut."
"Hurm....sayang, abang masih remembered yang sayang nak sambung study ke peringkat lebih tinggi kan? Kenapa tak sambung?"
"Erm...memang itu niat saya bang...tapi abang pun tahu keadaan diri saya macam mana kan..."
"Maksud sayang?"
"Yerlah, sayang kena cari kerja, dah mula kena bayar hutang PTPTN, kena bantu mak ayah lagi. Dah tak nak tengok diaorang susah payah nak berniaga. Lagipun adik saya yang kedua tu dah masuk UiTM, kena banyak guna duit. Adik bongsu pun sekolah lagi. Jadi saya kena la bantu mak ayah saya juga."
"Hurm...kesian sayang. But anywany...kalau sayang nak sambung ke peringkat Master don't worry. I will support you."
"Hah? Tak nak la bang. Cukuplah bang...saya tak nak termakan budi abang. Abang banyak tolong saya dah. Takut saya tak terbalas."
"Ni yang abang tak suka ni. Sayang ni suka ungkit apa yang abang bagi. I'm sincere la."
"Bukan macam tu bang, tapi entahlah...saya takut..."

YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
No FicciónKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...