Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam bertemu kembali buat pembaca budiman. Penulis terpanggil untuk menulis pengalaman menghadapi HIV dan AIDS ini; deisebabkan ramai yang pm kepada penulis berkenaan pengalaman penulis; ada yang bertanya adakah HIV dan AIDS sebagai penamat kepada kehidupan....ada yang bertanya adakah HIV dan AIDS boleh sembuh. Insya Allah, penulis sedaya upaya untuk mengungkap permasalahan ini, jika ada yang salah mohon diampunkan. Harapan penulis agar secoretan ini mampu menjawab persoalan demi persoalan yang timbul.
Apa itu HIV dan AIDS?
Sehingga kini ramai rakyat Malaysia yang masih keliru; malah tidak tahu apakah itu HIV dan AIDS. Baiklah, penulis sedaya upaya menghuraikan pengertian.
HIV (nama penuh : human immunodeficiency virus), ataupun dalam bahasa yang lebih mudah bermaksud virus kurang imun manusia ialah virus yang menyebabkan berlakunya serangan terhadap sistem imun manusia. Jangkitan HIV yang tidak dirawat dengan segera menyebabkan menjadi AIDS.
HIV merupakan sejenis kondisi yang menyebabkandaya imunisasi seseorang menjadi begitu lemah sehingga tidak dapat melawan jangkitan kuman penyakit-penyakit lain dan mengekang perkembangan sel-sel. Dalam badan kita, ada sistem imun yang dikenali sebagai sel T CD4 (sel darah putih) yang semulajadi akan menjadi 'tembok pertahanan' dan tentera-tentera yang melawan sebarang penyakit yang menyerang. Apabila virus HIV menyerang, dengan bahasa mudahnya....virus tersebut akan menyerang dan memakan sel T CD4 (kiranya jadi makanannya yang utama), dan paling menakutkan ia akan terus berkembang dan terus berkembang dalam darah. Bagi orang biasa yang sihat, sel CD4 ini sekitar berada 500 dan boleh jumlah ribuan.
Menurut sumber yang saya petik dari laman web hellosehat.com/penyakit/hiv-aids:
Virus HIV bertindak dalam beberapa fasa jika tidak mendapat rawatan awal.
Bagaimanapun syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada para penyelidik di mana hasil usaha mereka dengan izin Yang Maha Kuasa ubat bagi mengawal (bukan menyembuhkan lagi buat masa ini) telahpun ditemui. Untuk maklumat lanjut tentang ubat-ubatan ini akan saya sentuh dalam siri yang lain ya!
Jangkitan Tahap Pertama
Jangkitan Akut akan berlaku dalam tempoh 2 hingga 4 minggu jangkitan berlaku. Sindrom-sindrom tertentu akan hadir dan sering dikenali sebagai "the worst flu ever". Kebanyakkan namun bukan semua yang dijangkiti akan mendapat sindrom-sindrom seperti :1) demam
2) bengkak kelenjar
3) sakit tekak
4) ruam
5) sakit otot dan sendi
6) sakit kepalaPenyakit-penyakit ini adalah penyakit normal yang menyerang manusia maka tidak hairanlah ramai yang gagal dikesan mempunyai masalah HIV pada peringkat ini.
Sindrom ini dipanggil "accute retroviral syndrome (ARS)" atau Jangkitan HIV Primer di mana tubuh mula bertindak-balas kepada serangan virus ini. Rawatan di tahap ini sangat penting bagi mereka yang berisiko tinggi dan mereka yang terdedah secara tidak sengaja kepada jangkitan.
Apa yang berlaku pada tahap ini?
Tahap ini adalah tahap di mana virus HIV akan menyerang tubuh secara aktif. Virus bijak ini akan menyerupai sel T atau CD4 dan akan memusnahkan ia pada masa yang sama. Kehadiran sel T atau CD4 akan berkurangan secara mendadak.
Kemudian sel T atau CD4 akan kembali menyerang virus HIV bagi meyeimbangkan kembali kehadiran virus ini di dalam tubuh. Proses ini dikenali sebagai "viral set point"
Selepas beberapa ketika sel T atau CD4 akan kembali meningkat tetapi tidak akan kembali mencapai tahap normal (500 counts and above adalah bacaan normal).
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
Документальная прозаKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...