Cebisan 17

1K 32 27
                                    

Penulis memohon maaf  kerana lewat menulis cebisan-cebisan kisah 'Hazimi'-maklumlah minggu lepas bercuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha. Insya Allah, penulis akan menyambung kisah-kisah 'Hazimi' buat tatapan pembaca. Penulis juga amat-mengalu-alukan sebarang komen, pertanyaan dan teguran yang membina untuk penulis; semoga ada manfaat untuk semuanya. -Penulis-


Betapa deritanya kesakitan Hazimi menanggung seksa angkara perbuatan sihir dan khianat. Dirinya benar-benar dalam keadaan derita. Saban malam; bermula dari Maghrib sehingga awal waktu Subuh badannya terasa bisa. Apabila dirawat pelbagai barangan santau keluar seolah-olah tidak berkurangan. Badannya kurus dan seleranya hampir tiada. Ibu bapanya sudah banyak berikhtiar ke sana ke mari mencari penawar dan perawat yang boleh merawat sakit Hazimi. Pada waktu siangnya Hazimi tetap juga membantu ayah dan ibunya berniaga di gerai makanan. Wajahnya yang pucat dan cengkung menimbulkan pertanyaan demi pertanyaan dari pelanggan-pelanggan gerai ayahnya. 

Pada suatu hari seperti biasa Hazimi membantu ayahnya, badannya terasa lesu dan berbisa. Ketika itu sudah hampir setahun dirinya berada dalam keadaan yang tidak menentu dan tak terurus. Tatkala itu datang seorang pelanggan ayahnya yang sudah lama tidak berkunjung ke gerai berkenaan. 

"Hazimi, pergi tanya pakcik tu nak makan apa" Ayah Hazimi menyuruh.

"Hurm..." Jawab Hazimi sepatah lantas pergi ke tempat duduk pelanggannya.

Ketika Hazimi mahu bertanya tiba tiba-tiba pelanggan ayahnya merenung dirinya dengan tajam. 

(Al-Fatihah kepada pakcik yang sudi membantu saya, tak sangka akhirnya pakcik meninggal dunia kerana menanggung dibalas santau oleh orang lain -Penulis-)

"Aku nak ko balik. Balik. Balik!!!" Pelanggan ayahnya terus bersuara. Agak keras dan lantang. Ayah Hazimi tersentak dan terus pergi bertanya.

"Pe halnye Hazimi? Ngape kamu buat pelanggan abah maghah ni?" Hazimi hanya diam membatu, seolah-olah 'dipukau'.

"Aku nak ko balik. Balik ke rumah. Ni, bapak Hazimi tunggu sini, ada benda aku nak cakap." Pelanggan itu menyuruh Hazimi terus balik. Entah apa yang menguasainya terus Hazimi melangkah balik ke rumahnya dan terus masuk ke bilik tanpa menyahut panggilan ibunya di dapur.

(Penulis tidak tahu apa yang terjadi, tetapi malam itu....)

Malam itu ayahnya menutup gerai lebih awal, selalunya jam 12 pagi bari ditutup namun selepas Maghrib ayahnya menutup gerai.

Malam itu, rupa-rupanya pelanggan ayahnya 'tahu' kehadiran entiti-entiti yang berada di dalam badan Hazimi, dan pelanggan tersebut sendiri bercakap kepada ayahnya untuk cuba membantu memulihkan Hazimi. Bermula malam itu, keadaan Hazimi semakin agresif, bukan kerana dirinya tetapi 'entiti-entiti' di dalam dirinya mula menunjukkan reaksi selepas berubat. Terlalu banyak barang sihir berjaya dikeluarkan. Hazimi berasa amat sakit sekali, seolah-olah satu badannya dihiris-hiris dengan pedang dan pada masa yang sama terasa seolah-olah panas dipanggang. Apalah daya Hazimi untuk melawan-fizikal, emosi dan mentalnya seolah-olah dikawal dan dijerut sesuatu. 

***********

Selama sebulan lamanya Hazimi berubat dengan pelanggan ayahnya, Alhamdulillah dari sehari ke sehari kesihatannya mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Barang sihir sudah sedikit keluar dan badannya lebih segar. Barulah Hazimi mula ingat-ingat kembali apa yang terjadi dan sering bertanya kepada ibu bapanya apakah yang sebenarnya terjadi pada dirinya. 

"Hazimi, pakcik rasa kamu kena berhijrah, jangan lagi mencari rezeki ke utara, cuba cari rezeki ke arah selatan pulak. Rezeki Allah ni luas kat dunia ni, asalkan rajin je." Pelanggan ayahnya menasihati Hazimi suatu hari. Tatkala itu Hazimi sedang duduk berehat di rumah-ayahnya tidak mahu Hazimi keluar membantu bagi memastikan Hazimi benar-benar pulih.

Secebis Kisah Yang MalangWhere stories live. Discover now