Jika hujan perlambangan kesedihan, namun hujan juga menyegarkan alam. Jika mentari perlambangan keceriaan, namun sinarnya yang terik juga membuat diri resah tidak selesa. Jika sang guruh berdentum menimbulkan ketakutan, namun bunyinya menimbulkan harapan hujan akan turun. Jika sang pelangi memancar cantik, namun hanyalah sekadar timbul sekejap cuma. -Penulis-
"Apa yang perlu aku nak buat? Ya Allah...!!!" Hati dan perasaan Hazami terus bergolak.
Hazimi duduk termenung di dalam rumahnya. Rasanya kehidupan untuk dirinya akan segera berakhir- pengakhirannya sebuah kegelapan dan penuh kecelakaan.
"Inikah balasan untuk aku dalam dunia ni? Inikah akhirnya?" Hazimi terus tenggelam dalam isak tangisnya selepas berdoa.
Amir...nama yang bagi diri Hazimi sungguh benci untuk dituturkan, sungguh membara dendam Hazimi jika mengingati Amir, orang yang mencelakakan kehidupannya.
Sunyi rumah sungguh mencengkam. Walaupun di luar riuh rendah bunyi kenderaan yang lalu lalang namun bagi Hazimi suasana itu tidak lagi memberi apa-apa kesan kepadanya.
Lantas Hazimi mengambil handphonenya. Lantas melalui whatsapp, dia menaip mesej kepada Amir.
"Terima kasih sebab ko dah mencelakakan hidup aku. Aku dah disahkan HIV kerana sebab ko. Takkan aku redha dan takkan aku maafkan perbuatan ko jahanam. Aku doakan cukuplah setakat diri aku ko aniaya, jangan ko seksa lagi orang lain di luar sana." Namun tiada balasan dari Amir.
Hazimi melihat-lihat lagi mesej lain yang masuk melalui whatsapp. Matanya melorot kepada whatsapp dengan Shah, ex bf Amir.
"Mungkin aku kena hubungi dia. Aku kena minta nasihat dan pandangan dia." Lantas Hazimi segera menghunbungi Shah.
"Assalamualaikum Shah." Hazimi memulakan perbualan selepas panggilannya dijawab.
"Waalaikumussalam. Oh Hazimi. Awak apa khabar?"
"Shah, saya mohon maaf andai ganggu Shah, kut Shah sedang berehat."
"Its ok. Hazimi, are you ok? Kenapa suara awak lain macam je?"
"Shah, saya dah buat ujian darah...dan...saya...saya.."
"Hazimi, are you postive?"
"Ye Shah..." Terus Hazimi menangis.
"Ya Allah...Hazimi. Sabar, sabar. Relax. Jangan ikut emosi sangat. You di mana sekarang ni?"
"Saya di rumah. Saya dah tak tahu nak buat apa dah. Saya rasa jiwa saya kosong sangat."
"Hazimi, macam ni. Saya ke sana, jumpa awak. Awak bagi location tempat mana nak jumpa. Saya rasa saya perlu jumpa awak malam ni juga. You need help."
"Saya tak nak susahkan awak. Sorry saya call awak, dalam minda saya ni hanya awak sahaja yang boleh saya minta nasihat dan rujuk."
"Ok, you send your location. Kita jumpa di restoran yang berdekatan dengan rumah you. Give me some time to reach destination."
"Ok, saya hantar melalui whatsapp nanti. Saya tunggu di restoran berdekatan apartmen saya tinggal."
"Ok. Dah, saya nak siap-siap dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Seperti yang dijanjikan, satu jam kemudian Shah tiba di restoran tempat Hazimi bertemu. Selepas menu makanan diambil oleh pelayan, Shah memulakan perbualan.
"Hazimi, sabar. Jangan sedih. Dengar sini, HIV bukan penamat kepada kehidupan awak. Ini satu bentuk perjalanan baru untuk awak."
"Tapi Shah, apa pandangan keluarga, tempat kerja dan masyarakat pada saya ni? Kan HIV ni satu taboo pada orang kita ni?"
YOU ARE READING
Secebis Kisah Yang Malang
Non-FictionKisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada ma...