BAB 1 | Cabar

299 38 48
                                    

Pagi yang cerah ditambah lagi dengan kehadiran burung-burung yang berkicau merdu. Baru sahaja ingin merasai nikmat sebuah ketenangan, Alif dikejutkan dengan panggilan si ibu dari dapur.

"Alif. Pergi tengok kan adik kamu dekat bilik tu... Dia tu sakit." Ah, drama sudah pun bermula. Inilah perkara yang insan bernama Alif tidak suka.

Menjaga seorang adik yang dia sendiri benci.

"Ya, ibu. Kejap." Dengan langkah yang longlai, dia menuju ke bilik adik bongsunya itu.

"Kau nak apa, Arif? Aku penat lah," ujar Alif. Sekadar berbasa-basi.

"Abang, Arif nak minta tolong sikit. Boleh, kan?" soal Arif Zikri, adik bongsunya.

"Nak apa? Cakap sajalah." Alif memandang wajah adiknya dengan pandangan malas.

"Kaki Arif sakit. Tapi Arif nak pergi bilik air. Boleh abang tolong papah Arif masuk bilik air tak?" pinta Arif. Bibir pucatnya mengukirkan senyuman manis.

"Hm, ya lah." Alif mengangguk kecil.

"Eh, abang. Janganlah dukung. Patah pinggang abang nanti," ujar Arif sambil memandang abangnya.

Alif mengemaskan pegangan pada pinggang adiknya lalu membawanya ke bilik air. Adiknya pula masih lagi berasa serba-salah.

"Terima kasih, abang," ucap Arif. Alif hanya sekadar menggumam perlahan.

"Kalau dah siap. Panggil." Alif menutupkan pintu bilik air buat adiknya lalu dia melabuhkan punggung di atas katil.

Setelah beberapa minit di dalam bilik air, Arif memanggil abangnya itu. Alif pun membuka pintu dan mendukung adiknya ke arah katil.

"Terima kasih, abang," ucap Arif, lagi.

"Kau tak payah nak ucap terima kasih banyak kali, boleh tak? Rimas lah aku," ujar Alif. Adiknya itu hanya mengukir senyuman nipis.

"Bila lah kau nak sihat, dik?" getus hati Alif. Tanpa dia sedar sebuah keluhan berat terlepas dari bibirnya.

"Abang?" Arif menepuk tangan abangnya perlahan.

"Haa? Nak apa?" soal Alif.

"Tak ada apa-apa lah," kata Arif, perlahan. Alif beredar dari bilik itu tanpa berkata apa-apa. Wajah Arif bertukar murung.

"Arif minta maaf abang. Sebab selalu menyusahkan," bisik Arif di dalam hati. Ingin saja dia meluahkan ucapan maaf itu di hadapan abangnya, tetapi dia tidak berani.

Dia tahu, abangnya itu banyak bersusah-payah demi melihatnya sihat semula. Dia juga tidak sampai hati melihat abangnya dimarahi oleh ibu dan ayah kerana kesalahannya. Dia rela dibenci oleh abangnya.

___

Tasik buatan itu ditenung lama oleh Alif. Naura yang berada di sudut pondok itu hanya diam membatu melihat dia yang mengelamun dan berjalan mundar-mandir di situ.

"Alif, awak ok ke tidak ni?" Soalan daripada Naura membuatkan Alif tersentak dari lamunannya.

"Hm? Ok. Saya ok," jawab Alif. Wajahnya diangkat ke arah Naura lalu bibirnya mengukir sebuah senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya sebagai tanda semuanya dalam keadaan baik.

Naura menyimpul senyuman nipis.

"Kalau ada masalah beritahu, jangan simpan," kata Naura, ikhlas.

"Yalah..." Alif berkata perlahan.

"Hmm, macam mana dengan keputusan permohonan universiti awak? Dapat? Dekat mana?" soal Naura bertubi-tubi.

"Banyaknya soalan awak, Naura... Mana satu nak jawab dulu, ya? Hm, sebenarnya..." Alif mengeluh berat sebelum memulakan perbualan.

DIARI HATI ALIF [C]Where stories live. Discover now