BAB 15 | Sakit

207 23 43
                                    

Sebuah hotel murah di sewa oleh Alif untuk dua malam sementara dia mencari rumah sewa dan kerja. Dia merebahkan badannya di atas katil sambil tangannya ligat membuka beg. Sekeping surat dikeluarkan.

Ditilik setiap isi kandungan surat itu sekalipun dia telah mengetahui apa yang ada di dalamnya. Matanya tertancap pada sebaris tarikh yang tertulis di situ.

"L-Lusa?" Terketar-ketar tangan Alif memegang surat tersebut.

Hari di mana dia akan menjalankan sesi rawatan pertama. Rasa takut, gemuruh dan risau mula menjalar ke seluruh tubuh. Pelbagai soalan bermain di benak minda.

Disebabkan dia tidak mahu berfikir panjang, dia lantas menyimpan surat itu semula dan melelapkan mata bagi mendapatkan sedikit rehat.

0100 pagi

Alif tersedar selepas menggigil kesejukan. Dia terlupa untuk menurunkan suhu penyaman udara.

16°C

Alif menepuk dahinya sendiri. Cuai sungguh dia semalam.

"Macam mana aku boleh lupa nak turunkan suhu..." Alif bangkit dari katil dan mengambil alat kawalan jauh penyaman udara tersebut. Kemudian, dia menyambung tidurnya semula.

___

0544 pagi

Pagi menjelma dengan begitu pantas. Alif baru sahaja bangkit dari lena. Ucapan alhamdulillah dilafazkan dengan perlahan.

Orang kata, mulakan hari dengan senyuman. Jadi, Alif tersenyum sendiri di atas katil.

Alif membersihkan dirinya lalu terus menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Semasa dia bersalaman dengan para jemaah selepas solat, seorang pemuda berjubah dan berkopiah putih menegurnya.

"Kenapa muka kamu pucat?" soalnya. Alif terus menayangkan senyuman manis.

Memang dia akui, wajahnya dari tadi pucat. Mungkin kerana terlalu sejuk semalam.

"Sejuklah, encik," jawabnya bersama sengihan kecil. Pemuda tadi tertawa saja. Dia membawa Alif ke sudut masjid dan mengajaknya untuk duduk bersila di situ.

Mereka berkenalan seketika. Pemuda itu bernama Hisham. Orangnya sungguh murah dengan senyuman.

"Jadi, encik ni imam dekat sini?" Alif bertanya dengan tenang.

"Ya. Alhamdulillah... Kenapa? Kamu nak gantikan saya ke?" Hisham menyoalnya pula.

"Tak adalah. Saya tak baik, encik. Tak layak." Alif menjawab perlahan.

"Tak baik cakap macam itu. Sesiapa pun boleh jadi imam. Awak baik, Alif," kata Hisham. Dia mengusap lembut belakang Alif.

Mereka berbual-bual mesra meskipun baru sahaja berkenalan tidak sampai sehari.

"Allahu Akbar... Sedar tak sedar, dah hampir pukul 10 kita duduk berbual di sini." Alif menilik ke arah jam tangannya.

"Itulah. Alang-alang kita solat sunat dhuha sekali lah. Jom," ajak Hisham. Alif mengikuti gerak-gerinya dari belakang.

Mereka berwuduk sebelum menunaikan solat dhuha bersama-sama.

___

Alif berjalan di kaki lima hospital itu dengan rasa gemuruh. Tangannya menggigil hebat.

Punggungnya dilabuhkan di atas sebuah kerusi sementara menunggu namanya dipanggil oleh pembantu doktor.

Lafaz istighfar dibacakan olehnya perlahan.

DIARI HATI ALIF [C]Where stories live. Discover now