Tanah kubur yang masih merah ditenung lama. Saat itu, dia telah kekeringan air mata. Selesai urusan pengebumian, dia tidak berganjak dari tanah perkuburan itu sedangkan yang lain telah pulang ke rumah masing-masing.
"Alif, dah lah tu... Jom balik," ajak Rahman.
Alif mengangguk kecil lalu berjalan pulang bersama Rahman.
"Tenang, Alif. Allah tahu apa yang kau rasa. Titipkan doa untuk arwah. Itu lebih baik." Rahman telah menganggap Alif seperti adiknya sendiri. Di saat Alif memerlukan khidmat nasihat, dia akan beri dengan hati yang ikhlas.
"Terima kasih, bang." Bibir Alif mengoyak senyuman nipis.
___
Alif merebahkan badannya di atas katil. Baru sahaja dia menelan sebiji paracetamol kerana diserang sakit kepala yang teramat tadi.
Mesej-mesej yang memenuhi ruang notifikasi telefonnya tidak dibaca oleh Alif. Dia tidak berdaya untuk melihat telefon apatah lagi membalas mesej.
"Alif... Jom, makan sekali. Kamu daripada semalam tak jamah apa-apa." Syamila memanggil Alif yang baru ingin terlelap dengan perlahan.
"Alif tak lapar lagi ibu," ujar Alif.
"Betul ke ni? Nanti perut kamu sakit macam mana?" soal ibunya, prihatin.
"Tak apa, ibu. Kalau Alif lapar nanti Alif turun makan." Dia memandang wajah ibunya. Senyuman nipis dihadiahkan untuk memuaskan hati ratu hatinya itu.
"Yalah. Ibu turun dulu," kata ibunya sambil membalas senyumannya tadi.
Mata kembali ditutup semula untuk menyambung tidur. Sakit yang tadi mencengkam kepalanya mula beransur reda.
Setelah hampir satu jam diulit mimpi, Alif terjaga semasa azan asar berkumandang. Ucapan syukur dilantunkan sebelum tubuhnya dipaksa bangkit untuk ke bilik mandi.
Sedang dia membersihkan wajah, cecair merah pekat mengalir keluar dari hidung. Alif kaget.
"Apahal hidung aku keluar darah pula ni?" bisik hatinya.
Makin dibersihkan, makin banyak pula keluar. Alif mula risau.
Sejak kebelakangan ini, dia kerap diserang sakit kepala, loya, asyik letih dan mengantuk. Kali ini, darah mengalir keluar dari hidung pula.
"Ah, berhenti pun!" monolog Alif.
Sesudah membersihkan diri dan mengambil wuduk, dia menunaikan solat fardu asar secara bersendirian.
Empat rakaat disempurnakan lalu tangan diangkat memohon doa. Mukadimah doa dibaca, kemudian diikuti dengan doa buat ibu dan ayah, adik-beradik, sahabat-sahabat serta seluruh muslimin dan muslimat. Lalu diselitkan juga beberapa doa tambahan sebelum mengakhiri doanya.
Sejurus selepas solat, Alif melangkah ke dapur untuk menjamah sedikit makanan sebagai alas perut.
"Haa... Alif. Ibu dah panas kan lauk untuk kamu," beritahu ibunya.
"Terima kasih, ibu," ucap Alif sambil tersenyum lebar.
"Sama-sama..." Ibunya berlalu pergi dari situ meninggalkan Alif yang sedang mencedok nasi.
Lafaz bismillah dibaca sebelum menikmati hidangan yang disediakan.
___
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...