BAB 19 | Rasa Bersalah

137 23 36
                                    

Baru Alif tahu, apa yang berlaku pada Danish sebenarnya.

Bapanya terlibat dalam jerat dadah sehingga menerima tawaran untuk menjadi keldai dadah di sekitar Kuala Lumpur. Akhirnya, selepas ditangkap oleh pihak polis, dia didapati positif dadah jenis syabu.

Ibunya pula merupakan seorang pekerja kilang. Dia juga didapati positif dadah jenis syabu setelah menjalani ujian air kencing. Dia terlibat dalam aktiviti keldai dadah.

Kedua mereka ditahan polis semasa berada di kelab malam. Ketika itu, mereka membawa beg bimbit yang diisi penuh dengan bahan berbahaya itu.

Alif begitu sedih setelah mendapat tahu tentang itu. Pada usia empat tahun lagi Danish telah melalui situasi yang memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.

Danish terlalu trauma dengan setiap perbuatan ibu bapanya.

"Malam ini, Danish tidur dekat bilik ini, okey? Ada ramai kawan, ada abang-abang yang lain. Jangan takut-takut, ya," ujar Firdaus dengan berlemah-lembut. Danish mengangguk kecil dan tersenyum nipis.

"Iqmal, kalau ada apa-apa, beritahu pada Abang Alif atau Abang Nafis, ya? Abah dengan mak ada urusan di luar malam ini. Tengok-tengok kan Danish sekali," pesan Firdaus pada Iqmal.

"Baik, abah," balas Iqmal.

Setelah Firdaus hilang dari penglihatan, Iqmal memimpin tangan Danish sambil membawanya ke katil.

"Danish tidur, okey. Abang ada dekat katil depan itu kalau Danish nak minta apa-apa. Nanti esok, abang tolong kemaskan pakaian dan barang-barang keperluan Danish ke dalam almari," ujar Iqmal.

"Okey, abang..." Danish baring di atas tilamnya.

Seluruh ruangan bilik itu gelap selepas lampu ditutup oleh Iqmal.

"Dah, masing-masing tidur dekat katil sendiri. Berhenti berbual, berhenti main. Abang dah tutup lampu kan? Tidur sekarang." Mendatar saja nada suara Iqmal.

Maklumlah, dia diibaratkan paling sulung di dalam bilik tersebut. Garang pula itu. Jadi tidak hairanlah jika adik-adik yang lain terus bertindak selepas arahan diberikan olehnya.

Lagi-lagi apabila suaranya mula mendatar seperti tadi. Itu sudah membawa maksud bahawa, jika mereka tidak mendengar kata, maka adalah akibat yang menanti.

Tak adalah teruk sangat dendanya. Cuma perlu melakukan qiamullail sahaja.

Mudah, kan?

___

0102 pagi

Danish menangis teresak-esak di atas katil sambil menggenggam selimutnya seolah-olah baru saja mengalami mimpi buruk.

Iqmal yang mendengar tangisan Danish terus mengatur langkah ke arahnya.

Dia cuba untuk memujuk Danish, tetapi tidak berhasil. Semakin kuat adalah.

Tanpa melengahkan masa, dia berjalan keluar dari bilik lalu mengetuk pintu bilik Alif.

Alif yang baru saja ingin melelapkan mata membuka pintu. Terasa pedih rasanya tatkala cahaya menerobos masuk ke dalam retina.

"Ya, Iqmal. Kenapa?" soalnya. Suaranya agak serak.

"Abang... Danish menangis. Dia mimpi agaknya," jelas Iqmal.

Alif pun masuk ke bilik mereka lalu mendekati Danish.

Kanak-kanak itu menggigil ketakutan. Kerisauan muka menjalar ke dalam dirinya.

"Danish, kenapa ini?" Terketar-ketar tangan Danish memeluk tubuh Alif.

"M-Mama dengan abah pukul Danish. Abang, tolong..." jawabnya.

"Jangan risau Danish. Mama dengan abah awak tak ada dekat sini." Alif menenangkan Danish. Dia masih menggigil.

"Kalau macam itu, Danish tidur dekat bilik abang sajalah." Alif memberi cadangan. Danish menyengguk perlahan.

Lalu selepas itu, Alif membawa dia masuk ke biliknya lalu membaringkan tubuh kecil Danish di atas tilam.

Danish masih tersedu-sedan. Perlahan-lahan Alif menyarungkan selimut ke atas tubuh Danish.

"Jangan takut, ya. Abang ada dekat sebelah Danish," ujar Alif.

Setelah Danish mula senyap, Alif membisikkan alunan zikir dan beberapa surah pendek ke telinganya dengan harapan supaya ketenangan dapat disemai ke dalam hati si kecil itu.

Kesudahannya, Danish tertidur nyenyak di sisi Alif. Barulah Alif rasa lapang sedikit melihatnya sudahpun diulit lena.

___

Ja'afar yang baru sahaja keluar dari balai polis tersenyum lega setelah dirinya diikat jamin oleh Irfan sendiri.

Namun, senyuman itu termati saat rasa bersalah muncul di benak hati.

"Bos, saya nak minta maaf. Sepatutnya bos biarkan saja saya di penjara. Saya layak di tempat seperti itu," ujarnya.

Irfan mengukir senyum.

"Tak. Kamu tak layak duduk di dalam penjara. Saya tahu, kamu tak berniat untuk melakukan perkara sedemikian.  Saya pun dah lama maafkan kamu, Ja'afar," kata Irfan dengan tenang.

"Saya sebenarnya cemburu dengan Alif. Yalah, bos tambah gaji dia, tapi saya, nak kata ditambah gaji itu tidak, lebih kepada ditolak gaji. Tambahan pula, duit sewa rumah belum dibayar, masa itu jugalah anak sulung saya sakit. Saya buntu, bos. Mula-mula, saya ada niat nak mencuri duit, tapi saya batalkan niat tersebut. Saya tak nak bagi keluarga saya makan duit haram," jelas Ja'afar. Irfan menepuk belakang tubuhnya perlahan.

"Akhirnya, disebabkan amarah yang melampau dekat bos sebab berhentikan saya, saya bertindak secara bodoh untuk bakar kedai bos." Ja'afar menyambung lagi.

"Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuma, perbuatan kamu itu boleh membawa kepada penyesalan yang berterusan. Kamu fikir tak, apa yang akan berlaku pada keluarga kamu semasa kamu berada di dalam penjara? Kamu fikir tak, apa yang akan terjadi pada masa depan anak-anak kamu? Tidak mengapa, Ja'afar. Saya minta maaf juga kerana tidak berfikir panjang sebelum berhentikan kamu. Kamu boleh kembali bekerja dengan saya," ujar Irfan bersama sebuah senyuman ikhlas di bibirnya.

"B-Betul ke ni, bos?" Ja'afar agak kurang percaya.

"Betul, Ja'afar. Takkan saya nak menipu pula. Cumanya, kamu belum boleh masuk kerja lagilah kerana kerja pembaikpulihan kedai belum selesai," balas Irfan.

"Terima kasih banyak-banyak, bos. Hm, macam mana dengan Alif, ya bos? Dia masih bekerja lagi ke? Saya rasa bersalah pula dengan dia," soal Irfan.

"Dia dah tak kerja dengan saya. Hari itu, dia ada telefon saya. Dia kata, dia dah dapat kerja dekat rumah anak yatim. Dia mengajar anak-anak dekat sana. Kiranya macam cikgu lah," jawab Irfan.

"Mesti dia marahkan saya." Ja'afar tersenyum hambar.

"Masa dia telefon itu, dia ada tanya saya tentang kamu juga. Dia kata, dia tak nak berdendam apa-apa pada kamu. Kamu janganlah risau. Insya-Allah, dia mesti dah maafkan kamu." Irfan memandang Ja'afar yanh sedang menunduk.

"Dia... Memang orang yang baik," bisik Ja'afar dengan perlahan namun jelas didengari oleh Irfan.

Irfan hanya mampu tersenyum kecil.

Benarlah, manusia tak akan boleh lari daripada kesilapan. Dan ada kesilapan yang mengundang seribu satu penyelasan di masa hadapan.

Maaf.

Satu perkataan yang sudah cukup untuk mengghaibkan seribu satu penyesalan atas kesilapan yang dilakukan itu.

Cuma perkataan itu agak berat untuk dilontarkan.

Kerana apa?

Kerana ego yang menjadi penghalang sewaktu bibir ingin menghamburkan perkataannya.

_
_
_

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke bahagian ini.

Komen dan undian amatlah saya hargai.

Assalamualaikum wbt.

DIARI HATI ALIF [C]Where stories live. Discover now